Monday, 6 January 2014

EMAK TERSAYANG SEDANG UZUR


Penulis balik kampong serta merta apabila diberitahu yang emak tersayang sedang uzur dan sedang dirawat di Wad 10, Hospital Muar.

Penulis difahamkan emak tersayang hilang ingatannya sementara. Salah satu sebabnya ialah kandongan toksin yang berlebihi. Toksin terkumpul oleh kerana kesukaran membuang air besar dan kecil. Punca `disorder’ ini kerana penyakit hepetatis C (betul ke?) atau hati yang dijangkiti kuman. Di dapati juga ubatan yang dimakan setiap pagi petang dan malam, tidak di serap dengan betul dan menyumbang kepada toksin.

Emak tersayang berumur 73 tahun ini telah diberikan ubatan untuk melawaskan kencing dan buang air besar. Alhamdulilah, petang Jumaat tadi, emak sudah boleh bergurau dan mengenali penulis kembali. Malam sebelum nya beliau  tidak  ingat langsung penulis.


Penulis mendoakan semoga kesihatan emak tersayang terus beransur baik dan sembuh secepat mungkin. Kepada adik adik yang bersusah payah menjaga siang dan malam, jutaan terima kasih. Syurga balasannya. 

No comments:

Post a Comment