Penulis ucapkan ribuan terima
kasih di atas kenyataan akhbar oleh Yang Berusaha Tan Sri Gani Patail, Peguam
Negara yang memberikan keterangan bahawa Pejabat Peguam Negara tidak lemah.
Penulis adalah salah seorang
yang sering menulis mengenai `kelembutan’ Kementerian Dalam Negeri, undang
undang Malaysia yang `contestable’, pasukan pendakwaan / pembelaan Karpal Singh
+ geng lebih menyerlah daripada pasukan pendakwaan / pembelaan Pejabat Peguam
Negara dan ketegasan bertempat Yang Arif Tuan Hakim.
Dengan kenyataan tersebut,
lega hati rasanya kerana Peguam Negara faham dengan keresahan rakyat Malaysia.
Terlalu banyak perkara yang rakyat risaukan di mana ada golongan tertentu yang
sedang `test’ perlembagaan Malaysia. Antara isu termasuklah Kalimah Allah,
gangsterisme dan kongsi gelap, menghina agama Islam dan Institusi Kesultanan,
kes fitnah keterlaluan, perhimpunan haram dan demonstrasi dan kes berprofil
tinggi seperti Kes Liwat dan Rasuah.
Penulis pernah meyarankan
agar Pejabat Peguam Negara memperkuatkan pasukan pendakwaan melalui latihan dan
`out source’, mengusulkan pindaan undang undang jika didapati undang sediada
tidak sempurna, mendapatkan pandangan Institusi Kehakiman mengenai satu satu
undang dan `brainstroming’ antara PDRM / SPRM / SPR (contoh) dengan Pejabat
Peguam Negara / Pakar Undang Undang bebas dan badan Kehakiman. Untuk jangka
panjang, Kerajaan perlu menghantar pegawai pegawai Pejabat Peguam Negara
berkhidmat dengan negara jiran dan komenwel
untuk menimba pengalaman.
Tan Sri Peguam Negara ada
menyebut mengenai hanya dengan kerjasama semua pihak khasnya saksi saksi utama,
pesalah dapat di sabitkan kesalahan.
Satu kelainan yang Pejabat
Peguam Negara cuba tonjolkan ialah `menswastakan’ pendakwaan / pembelaan kes
berprofil tinggi seperti Rayuan Kes Liwat DS Anwar Ibrahim dengan Saiful.
Terbukti ia mengerunkan pihak
DS Anwar Ibrahim kerana Tan Sri Shafie Abdullah seorang peguamcara yang
berpengalaman. Sebab itu selain daripada taktik memperlahankan dan
memperlenggahkan `permainan’, team DS Anwar Ibrahim berhasrat menghalang
perkhidmatan Tan Sri Shafie.
Semoga 2014 ini memberikan
kejayaan yang lebih banyak kepada Pejabat Peguam Negara.
No comments:
Post a Comment