Thursday, 16 January 2014

14 JANUARI HARI MAULIDUR RASUL TAPI `SULTAN MELAKA’ BUAT HAL

.

Umat Islam menyambut Maulidur Rasul atau memperingati hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.w pada 14 Januari. Tema sambutan Sambutan ialah Wasatiyah Tunggak Kesatuan Ummah. Semua negeri menyambut Maulidur Rasul termasuklah Pulau Pinang. Negeri ini pernah mencetuskan kemarahan umat Islam kerana tidak menganjurkan sambutan tersebut. Penulis tidak pasti Kelantan turut merayakan Maulidur Rasul kerana di masa tampok pemerintahan Tok Guru Nik Aziz, ia tidak di adakan kerana bukan suruhan Rasulullah.

Sambutan Nasional di adakan di Masjid Putrajaya dengan penyertaan lebih ramai pasukan perarakan. Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong berbesar hati mencemr duli merasmikan sambutan tersebut. PM, TPM dan Menteri Dalam JPM turut serta di dalam sambutan tersebut.

Pada hari juga, keluarga PM mengadakan Majlis Tahlil sempena pulangnya ke Rahmatullah Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abd Razak Hussein. Allahyarham meninggal dunia sejak 38 tahun yang lalu di London. Bagi mengenang jasa Tun Razak membangunkan rancangan tanah secara bersepadu, FELDA bermurah hati menganjurkan Majlis Tahlil tersebut. Semoga Allahyarham Tun Razak senantiasa berada di bawah lindongan ALLAH SWT. 

Bagi kaum India, mereka merayakan Hari Punggol. Mereka memasak nasi dengan susu, buah badam dan gula merah untuk hidangan Tuhan Matahari dan sahabat handai yang datang ke rumah mereka.

Pada hari bersejarah ini juga, `Sultan Melaka’ buat hal lagi. Kali ini `Baginda’ sedang bersiap siap bersama 50 orang pengikutnya untuk menaiki bot ke Pulau Besar untuk Majlis Kesyukuran DiRaja Sempena Penabalan Sebagai Sultan. `Baginda’ di tangkap di Jeti Anjung Batu, Serkam, Melaka lebih kurang 10 pagi. Tadi Mahkamah membenarkan PDRM mereman `Baginda’ selama 4 hari sehingga hari Sabtu untuk siasatan lanjut.

`Baginda’ direman kerana pengistiyaran sebagai `Sultan Melaka’ ini telah menyebabkan orang awam merasa keliru di samping menpertikaian sistem pemerintahan sediada di melaka. `Sultan Melaka’ juga telah meminta Kerajaan Melaka mengiktiraf waris KesultanAN Melaka ini.


Penulis ramalkan para peguam pro Pakatan Rakyat akan menghulurkan bantuan membela `Sultan Melaka’ ini. `Sultan Melaka dan pengikut’ akan bermusuhan dengan UMNO/BN (kerana `menderhaka’ menangkap `Baginda’) dan akan menyokong Pakatan Rakyat.  Dengan maklumat yang ada, mereka akan mencipta sejarah sekali lagi yang Raja Noor Jan Shah adalah sebenarnya pewaris Sultan Melaka. Masih ingat tidak Pakatan Rakyat mencipta sejarah kemerdekaan apabila mereka mempertahankan mendiang Chin Peng adalah hero kemerdekaan.

No comments:

Post a Comment