Penulis, seperti sesetengah
kaum wanita yang mengandong, mengidamkan Tian Chua ini di penjarakan kali ini
selama 1 bulan. Mungkin tahap mengidam penulis tinggi sangat kerana Tian Chua
selalu terlepas daripada pendakwaan. UMNO pun mengugurkan samannya tehadap Tian
Chua kerana memfitnah yang pencerobohan di Lahad Datu adalah sandiwara UMNO.
Amat kebal manusia ini dan menyaingi kekebalan Anwar Ibrahim.
Oleh kerana politik liar dan
keceluparan beliau, ramai yang marah dengan beliau. Keluarga anggota keselamatan yang terbunuh di Lahad Datu tentu
terkilan dengan kenyataan beliau.
Pada penulis, manusia ini
menghabiskan banyak masa dan wang rakyat. Buang masa PDRM membuat siasatan dan
menahan beliau. Adalah baik PDRM menguruskan keselamatan rakyat. Masa
Pendakwaraya dan Mahkamah serta para Tuan Hakim. Adalah lebih baik jika masa
para pendakwa dan Yang Arif ditumpukan kepada pendakwaan penjenayah, pengganas
dan perasuah. Masa NGO NGO yang ribuan membuat laporan Polis dan Majlis
Bantahan. Tidakkah lebih baik jika NGO NGO ini melakukan aktiviti sukarelawan
seperti membantu mangsa banjir dan isu Kalimah Allah. Masa para pemberita dan
Stesyen TV membuat liputan. Tidakkah lebih sesuai jika para pemberita dan
Stesyen TV memberikan perhatian kepada aduan rakyat dan pembangunan luar
bandar. Terbuang masanya para blogger amatur yang membincangkannya di facebook
dan twitter. Dosa yang rakyat dapat hasil daripada penyebaran berita palsu dan
fitnah. Dll.
Adalah lebih baik, duduk
semeja membantu Kerajaan memerangi kenaikan harga barang. Jika tidak mahu
menolong kerajaan BN, tolonglah Kerajaan Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor mengurangkan kesan kenaikan
harga barang. Berilah ide liar untuk membantu rakyat pulak. Jangan asyik
salahkan kerajaan sahaja kerana anda juga kerajaan di beberapa negeri.
Sebagai simbolik, penulis
bernazar untuk derma RM20 di Masjid Cheng jika Tian Chua ini dapat dipenjarakan
kerana kesalahan tidak mematuhi arahan `bersurai’ pihak berkuasa di kawasan
larangan.
No comments:
Post a Comment