Thursday 23 January 2014

BOLASEPAK (TAJAAN SUKAN, MANCHESTER UNITED, FAM), HOKI (REVINGTON & DHARMA RAJ) DAN BADMINTON (GOH AND LIM)












Melaka United Soccer Association (MUSA) menerima tajaan RM3.8 juta manakala Kedah Football Association (KFA) ditaja Kerajaan Negeri RM15 juta untuk tempoh 3 tahun. Dengan penajaan ini, kedua duanya berpeluang bersaing hebat di dalam saingan Liga FA.

Jelas sekali bahawa melantik Menteri Besar atau Ketua Menteri menjadi Presiden Kelab Bola Sepak Negeri membantu merangsang sesebuah  kelab bolasepak negeri. Tajaan mustahak untuk membiayai kos jurulatih berkeliber, kos operasi latihan, penginapan, peralatan latihan dan kelengkapan pemain dan pelbagai kos lagi. MB dan KM boleh memohon tajaan daripada kesemua GLC Kerajaan Negeri dan juga syarikat awam yang berasal / beroperasi di Melaka dan juga pekilang di Melaka. Jika banyak yang mencarum, banyaklah tabung dana.

Sebenarnya GLC, syarikat tersenarai dan pekilang boleh membantu dari aspek lain juga iaitu memberi peluang pekerjaan kepada pemain negeri masing masing. Barulah mereka kekal di negeri masing masing.

Penulis gemar menulis tentang Manchester United dengan topik cadangan pemecatan David Moyes dan kekalahan bersiri perlawanan. Terakhir Manchester United kalah kepada Chelsea 1-3. Awal pagi Khamis, Manchester United tewas dengan Sunderland dengan sepakan penalti 2-1 sekali gus gagal ke pentas akhir Piala Liga Ingeris (Capital Cup One). Perlantikan `right’ Ketua Jurulatih dan pembelian `right’ pemain tidak boleh dielakkan lagi dan itu pun untuk musim hadapan. Musim 2013/2014 sudah berkubur  buat Manchester United. Pemain Chelsea, Juan Mata mungkin akan menyertai Manchester United. Jirannya Manchester City semakin kuat, begitu Chelsea dan Arsenal.



FAM mungkin melantik Philippe Troussier, jurulatih berasal Perancis untuk 3 tahun dengan kos RM2.7 juta. Mengambil jurulatih luar negara memang trend bolasepak dunia. Kelab kelab di UK pun ramai jurulatih luar. Seperkara yang kita kena terima hakikat ialah jurulatih luar iin lazimnya lebih professional. Apabila kalah perlawanan berterusan, peluang untuk di `pecat’ memang tinggi dan mereka boleh terima dengan baik.

Penulis sering tekankan tempoh kontrak. Adalah lebih baik ditetapkan tempoh kontrak kerana ia tidak menimbulkan masalah di masa akan datang. Berjaya atau kalah pasukan yang dilatihnya, jurulatih tersebut melepaskan jawatan jurulatihnya pada tarikh tempoh tamat kontrak. Biasanya pasukannya kalah, jurulatih tersebut di katakan akan dipecat.


Jurulatih Hoki Kebangsaan Paul Revington meletakkan jawatan kerana faktor kesihatan dan tekanan kerja (bukan tekanan politik). Kedua dua tekanan ini menganggu kerjanya. Sikap gentlemennya di puji dan Malaysia mempunyai masa yang cukup untuk mempersiapsagakan pasukan untuk Piala Dunia bulan Mei 2014 nanti. Dharma Raj dilantik mengantikan Paul Revington. Selamat Maju Jaya kepada Revington dan Muhammad Dharma Raj.


Saudara Pang Cheh Chang, jurulatih Goh Vei Shiem dan Lim Khim Wah, bergu badminton negara yang menjuarai Maybank Open 2014, kurang dikenali tetapi berjaya membentuk pasangan mantap.

Penulis puji sikapnya yang memberi nasihat kepada pemain badmintonnya supaya melupakan kejayaan tersebut  kerana pihak lawan akan bersedia dengan lebih jitu lagi. Latihan keras perlu dijalankan dan mengurangkan kesilapan permainan dan mengawal tekanan kerja.

Diberitakan juga Tun Ahmad Sarji Abd Hamid dilantik menjadi Pengerusi Penal Penasihat Sukan. Penulis tidak pasti fungsi Panel ini dan objektif serta matlamat akhirnya. Tun, yang pernah menjawat Ketua Setiausaha Negara dan sekarang ini Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (tidak silap Tun mengetuai sebuah Persatuan Sukan), dirasakan bukan calon yang terbaik. Faktor usia dan kesibukan di PNB mungkin akan menjejaskan prestasinya

No comments:

Post a Comment