Penulis berpendapat adalah
membuang masa mengkritik DAP dan Lim Guan Eng dalam banyak isu. Penulis rasa
biarlah DAP dan Guan Eng buat apa yang mereka suka buat. Tidak berguna sebab
mereka tidak akan tunduk dan ada saja jawabannya.
Di dalam kes penerbangan
rasmi, beliau pada asal dilihat seorang yang berjiwa rakyat dan penjimat.
Terbang ke Kuala Lumpur naik pesawat AirAsia kelas ekonomi sahaja. Diberikan
publisiti meluas oleh media arus bahasa Cina dan portal pembangkang. Rakyat
gembira. Tetapi selepas beberapa bulan, dah terbang kelas business atau kelas
pertama. Pergi bercuti ke Itali bersama keluarga diberitakan menaiki
penerbangan kelas pertama. Tidak pasti kesahihannya samada ia ditaja atau
sebaliknya.
Begitu juga dengan kereta
rasmi, dari Proton Perdana ditukar kepada Toyota Camry 2.5. Selepas menggunakannya
selama 2 bulan, kini Mercedes Benz 300L yang berharga lebih RM657K telah dibeli
pada harga diskaun gila dengan harga bersih RM298K sebuah. Sebab itu, pemimpin
jangan menipu rakyat semata mata hendak meraih undi. Penulis rasa ketua negeri
layak kereta mewah dan penerbangan kelas pertama tetapi jangan menipu rakyat.
Sekarang ini Guan Eng sedang
sibuk melakukan `damage control’ dengan memberikan pelbagai alasan. Peliknya
dengan penipuan seumpama ini dan dikritik hebat oleh masyarakat, undi Lim Guan
Eng dan DAP semakin menambah. Masyarkat Cina berfikiran dalang kritikan adalah
BN//UMNO dan ia diibarat sebagai usaha untuk menjatuhkan DAP. Jesteru itu,
masyarakat Cina kena undi DAP mengila.
Beliau mula mempersoalkan
Kerajaan Terengganu yang membeli Mercedes Benz untuk MB dan EXCOnya. Karpal
Singh pun membela Guan Eng yang beliau memang layak dengan statusnya sebagai
Ketua Menteri Pulau Pinang.
Ringkasnya, menggunakan
Mercedes Benz menyempurnakan status seorang Ketua Menteri. PM dan TPM Malaysia
pun drive Proton Perdana improved version.
Penulis ramal selepas ini Lim
Guan Eng akan memecahkan rekod sebagai pembesar DAP yang pertama menerima
pingat kebesaran. Barulah sesuai dan berstatus Ketua Menteri.
Keduanya Guan Eng dan Karpal
Singh akan mengugut tindakan undang undang dan mahkamah terhadap sesiapa
yang mempersoalkan kereta Mercedes Benz
itu.
Kepada BN dan UMNO,
contohilah Lim Guan Eng ketegasannya menyelesaikan masalah. Buat dek aje. Kalau
ada orang tanya. Hantar surat saman RM100 juta.
No comments:
Post a Comment