Wednesday, 29 January 2014

PERPADUAN NASIONAL AKAN MEKAR JIKA MELAYU & BUMIPUTERA PERKASA EKONOMINYA. `TIADA HAL’ JIKA HARGA BARANG NAIK SEMENTARA.





Penulis amat bersetuju dengan kesemua 11 intipati ucapan Tun Daim yang diringkaskan oleh kekawan blogger CELAH GELEGAR. Intipati tersebut ialah  mengenai kelemahan pentadbiran Kabinet Datuk Sri Najib yang perlu diambil perhatian. Tun Daim telah menyampaikan mesej tersebut di dalam satu Majlis anjuran UMNO Merbok di Dewan Kismec pada 18 Januari 2014..

Intipati yang diringkaskan ialah seperti yang tertera dibawah:-

1- Isu kenaikan harga barang kerana kerajaan gagal mengawal.

2- Isu kenaikan harga tol. Kerajaan sepatutnya mengkaji perjanjian yang lama untuk dilanjutkan bukan menaikan kadar.

3- Isu pengurangan Subsidi yg selama ini dinikmati rakyat perlu diteruskan dengan mengurangkan perbelanjaan kerajaan dimana rakyat nampak kerajaan boros dlm perbelanjaan negara. Terlalu banyak wang dibelanjakan utk perkara yg tidak patut dan tidak memberi pulangan yang baik kepada rakyat dan negara.

4- Kenaikan elaun dan gaji kakitangan kerajaan juga mempengaruhi harga barang.

5- Menteri2 tidak pandai explain isu2 yg dibangkitkan rakyat. Buatkan rakyat marah.

6- PM selaku menteri kewangan tidak bijak menguruskan perbelanjaan negara.

7- Ketika negara dilanda bencana banjir. PM dan ada juga menteri2 yg bercuti diluar negara.

8- Tun meramalkan BN akan tewas sekiranya PRU diadakan ketika ini atau didalam keadaan yg sebegini rupa.

9- BN masih kuat dan memerintah kerana masih mendapat sokongan orang Melayu. Sepatutnya Melayulah yg perlu mendapat lebih manfaat daripada pemerintah.

10- Perbelanjaan besar dalam perkara2 'mengambil hati' kaum Cina adalah kerja yg sia-sia dilakukan PM kerana mereka masih dan tidak akan menyokong kerajaan BN.

11- Tun juga persoalkan kenapa Melayu tidak dijaga.

12- Terlalu mengikut kehendak para penasihat dalam menentukan dasar yang akhirnya merugikan Melayu

Penulis ada menulis mengenai peri pentingnya BN/UMNO memberi tumpuan `barang yang sedang di kandong’ supaya tidak keciciran dan jangan terkejar `sangat’ atau `langsung’ bayang bayang. Dalam hal ini, penulis meminta BN/UMNO `concentrate’ kepada 55-60 % pengundi penyokong Melayu khasnya dan pengundi /penyokong Cina dan India (yang melebihi 60 peratus tinggal di luar bandar) yang memangkah BN. Umum tahu 80 peratus kaum Cina dan 50 peratus kaum India daripada jumlah pengundi berdaftar,  tidak (dan tidak akan) menyokong BN. Kelompok ini tidak perlu diberikan harapan kerana mereka adalah berstatus tegar anti BN tanpa sebab dan amalan rasa dendam DAP.

Jesteru itu, penulis amat setuju dengan saranan Tun Daim yang peruntukan  ingin `mengambil hati’ kaum Cina dan India yang berada didalam kelompok tersebut mesti dikurangkan dan diberhentikan. Peruntukan tadi harus disalurkan kepada kelompok yang menyokong.

Tindakan popular Kerajaan adalah untuk memberi peruntukan dan bantuan kepada semua tanpa sempadan dan ideologi. Tindakan popular ini jika tidak diteliti baik boleh memakan diri. Datuk Mukhriz, Tun Daim dan sebilangan lain memberi amaran bahawa tindakan popular tidak semestinya mengembalikan sokongan kepada BN. Niat BN baik di mana kemakmuran kewangan negara di nikmati bersama tetapi mereka ini tidak mahu bersyukur. Mereka `claim’  itu duit dan hak mereka.

Apa dia peruntukan yang dikatakan tadi sebagai `mengambil hati’ orang Cina? Penulis harap ia diperjelaskan dan diberikan justifikasi. Peruntukan pendidikan? Tambatan Banjir di beberapa kawasan? Pembaikan Jalanraya setempat? Peruntukan Sambutan Tahun Baru Cina? Biasiswa? Geran Penyelidikan dan Komersialisasi? Pinjaman dengan faedah rendah? Kesihatan? Perumahan Kos Rendah dan Sederhana? Cukai tanah dan harta yang berbeza mengikut status? Dan banyak lagi.

Perlu berhati hati supaya kaum Cina TIDAK melihat ia sebagai tindakan diskriminasi oleh Kerajaan. Media sosial mereka lebih tajam dan pandai bermanupulasi daripada media arus perdana Kerajaan. Sebenarnya DAP berjaya membuat kaum Cina` terasa’ kaum Cina tersisih dan di diskriminasi oleh Kerajaan. Dengan kaum Cina jelata menerimanya sebagai dendam dan telah ditunjukkan di dalam PRU 12 dan 13 yang lalu dengan bantuan Anwar Ibrahim. Jika ada 100 orang dan mengikut kependudukan Malaysia, orang Melayu ada 6 orang, Cina ada 3 dan India 1 orang, tentulah orang Melayu akan dapat RM6 dan Cina RM3. Mana boleh sama. Orang Cina hendakkan samarata dari segi peruntukan masjid, persekolahan, bantunan biasiswa dan lain lain, which is not logical.

Orang Melayu tidak pula terasa irihati dan cemburu kekayaan yang dimiliki oleh kaum Cina tetapi apabila Kerajaan cuba dan sedang membantu mengurangkan jurang perbezaan. Dari segi mikro, jika jiran Cina di Taman Perumahan penulis mempunyai simpanan wang RM200,000, kita mesti menyimpan RM100,000. Bagaimana nak buat ? Jika jiran Cina mempunyai 3 kereta mewah, kita harus memandu 1 kereta mewah juga. Bagaimana boleh mencapai impian tersebut? Jika jiran Cina mempunyai perniagaan, kita juga perlu menjurus kearah perniagaan juga. Jika jiran Cina mempunyai estet mini 100 ekar Kelapa Sawit, bagaimana kita hendak memiliki 20 ekar tanah bertanam kelapa sawit? Ini yang Kerajaan cuba lakukan untuk kaum Melayu dan Bumiputera.

Jumlah penduduk Melayu dan Bumiputera melebihi 70 peratus dan amat wajar mereka diberikan perhatian dan bantuan. Kaum Cina hanya 26 peratus dan selebih India tetapi kelompok ini menguasai ekonomi. Mereka ini tergolong di dalam pendapatan isi rumah sederhana dan mewah. Mereka hidup bersendirian dan tidak perlu bercampur dengan orang lain. Mereka `independent’ manakala orang Melayu `dependent’.
Penulis berpendapat melalui program memperkasakan ekonomi kita dapat mengurangkan perbezaan ekonomi Cina Melayu. Kerajaan tidak perlu `merampas’ dan mengambilalih perniagaan Cina, tetapi `create a bigger cake’ supaya kaum Melayu dapat aktif dalam perniagaan.

Kerajaan sudah melancarkan program Memperkasa Usahawan Bumiputera beberapa bulan yang lepas dan diharap ia berjalan terus dan mencapai objektif. Potensi untuk gagal amat tinggi jika tiada pemantauan terus daripada PM dan TPM sendiri. Faham sahaja lah delima CEO yang ingin mencapai KPI yang ditetapkan berbanding dengan agenda Melayu / Bumiputera di dalam ekonomi negara.

Penulis percaya jika ekonomi orang Melayu dan Bumiputera dapat diperkasakan dan pemilikan ekonomi Melayu / Bumiputera di naikkan ke paras 50-70 peratus, bukan sahaja jurang ekonomi itu dapat dikurangkan, malah perpaduan nasional akan mekar semula. Kaum Cina terpaksa `berbaik baik’ dengan orang Melayu. Apabila kuasa ekonomi meningkat, peniaga Cina ( majoriti kaum Cina adalah peniaga) akan bersaing untuk mendapatkan pelanggan. Jika peniaga hardware Bumiputera melambak lambak, kontraktor Bumiputera akan membeli bahan binaan daripada hardware Bumiputera. Jika kedai dobi Bumiputera melambak, pelanggan Bumiputera akan menyokong kaumnya juga. Bengkal motokar dan motosikal serta basikal bumiputera mesti diperbanyakkan. Distributor kereta segmen sederhana dan rendah mesti terus diperkayakan. Pusat Servis di meriahkan. Kedai Tayar, Aksesori dan Hawa Dingin Bumiputera perlu mendapat perhatian Kerajaan. Jadikanlah bisnes Melayu / Bumiputera yang disebut diatas seperti pertumbuhan warong, kedai makan dan restoran dari segi bilangannya.

Apabila Melayu / bumiputera kaya, mereka boleh membeli supplemen kesihatan, anak anak diberikan makanan yang sihat yang mencerdaskan otak, boleh menghantar anak kelas agama yang baik dan padu, menghantar anak ke Akademi Golf, Kuda, Renang mahupun bolasepak. Orang Melayu / Bumiputera akan lebih ramai minum kopi di Starbucks atau Old Town White Coffee serta bergaul dengan kaum Cina lain. Ramai juga yang akan berkenderaan mewah dan kediaman strategik.

Andaikata Melayu dan Bumiputera sudah kaya, kenaikan harga barang yang bukannya mendadak teruk itu, boleh di `absorb’ kerana  kenaikan barangan di Malaysia bermusim dan bersebab. Bak tulisan Prof Dr Muhaya, dengan kekayaan, kita akan hidup selesa, dapat menjaga kesihatan supaya mudah beribadat kepada Allah, senang menderma dan bersedekah kepada yang memerlukan dan menunaikan haji.

Niat Kerajaan baik tetapi tidakan `menarik subsidi’ berlaku di dalam tempoh dekat dengan `musim harga barang naik’. Ia membebankan rakyat berpendapatan sederhana dan miskin. Merasionalisasi subsidi dan kenaikan elaun dan gaji kakitangan sebagai contohnya. Kerajaan menarik 10-20 sen subsidi minyak yang menyebabkan harga runcit RON95 naik kepada RM2.10. Ini menyebabkan penjimatan perbelanjaan Kerajaan RM1.2 bilion setahun. Wang penjimatan ini bukan untuk memungkinkan para PM, TPM, Menteri dan kakitangan Kerajaan `enjoy sakan’ tetapi 80 peratus daripada RM1.2 bilion kepada pembangunan dan 20 peratus kos pengurusan.

Kenaikan harga minyak mencetus `tsunami’ harga barangan lain dengan bantuan peniaga yang rakus mencari keuntungann DAN tidak kurang juga gempar gebur dan `kemahiran semulajadi’ Pakatan Rakyat . Sebelum ini, pengumuman kenaikan gaji seluruh kakitangan termasuklah pensyarah. Seperti biasa, para penjual dan peniaga mengambil kesempatan dengan kenaikan gaji kakitangan kerajaan dengan menaikkan harga barangan. Dengan niat untuk memberikan pengiktirafan kewangan kepada kakitangan kerajaan, ia membawa kepada implikasi lain pula.

Sehubungan dengan itu, kombinasi perkasakan usahawan Melayu / Bumiputera dan `menjaga ’ keperluan Melayu / Bumiputera daripada keciciran, ia akan menjadikan BN/UMNO lebih kuat daripada prestasi masakini. Selain usahawan Melayu /Bumiputera di bantu dari segi pembaiyaan projek, pemasaran, latihan, pembangunan produk dll, Kerajaan perlu terus membantu kaum ini dar segi peluang pekerjaan, latihan teknikal dan bahasa antarabangsa, peluang menjawat jawatan tinggi dalam GLC Nasional dan pekilang swasta.


Penulis cadangkan Kerajaan mengalakkan pekilang multinasional adakan kuota pekerjaan di perniagaan mereka. Ini memberi peluang pekerjaan baik dan gaji terbaik. Ini adalah permasalahan terbesar pekerja Melayu/ Bumiputera hadapi. Diskriminasi berlaku dari peringkat `interview’ lagi. Calon Melayu Bumiputera tidak dipanggil di temuduga. Setelah dilantik bertugas, tangga gaji yang diberikan berbeza diantara Melayu dan Cina (subjektif), jawatan yang rendah dan tugas kerja yang kadang kadang mendera.  Di Melaka, ia berlaku secara terang terutamanya di sektor pelancongan. Sektor ini dimonopoli oleh kumpulan tertentu sahaja dengan bantuan politikus Melayu juga. Sebab itu, usahawan Melayu Bumiputera wajar menerajui sektor pelancongan di Melaka di dalam tempoh 5-10 tahun. Kerajaan Melaka ada kuasa `mencorakkannya’ Struktur pelancongan Melaka samada baik atau buruk dahulu, kini dan selamanya adalah hasil dasar pemimpin dan Kerajaan. Pelancongan diperlukan di Melaka tetapi bukan diskriminasi kerja yang di tonjolkan dan diamalkan. 

No comments:

Post a Comment