Program Mencari
Ramli Musim 3, kendalian Telekom Malaysia telah bermula. Seorang atau dua pemain
bolasepak remaja berbakat akan dipilih untuk
berlatih di Manchester United (MU) selama 2 minggu. Ini suatu usaha yang
baik untuk pembangunan bolasepak Malaysia tetapi ada yang boleh diperbaiki.
Seperti yang
peminat bola sedia maklum, Manchester United di bawah David Moyes, berprestasi
buruk. Penulis meramalkan MU akan terus merundum buat 3-4 musim. Pesaing
pesaing MU seperti Chelsea, Manchester City, Arsenal dan lain telah melakukan
pelaburan membeli pemain pemain terbaik sekurang kurangnya 2 tahun yang lepas.
Hasilnya sudah nampak musim ini.
Penulis
cadangkan Telekom Malaysia menukar kelab latihan dari Manchester United ke
Kelab Barcelona/Real Madrid/Bayern Munich. Ini adalah kerana Kelab Inggeris ini
kurang menyerlah di persada England, Europah dan Dunia. Jika Sepanyol atau
German itu begitu jauh, Telekom Malaysia wajar mencari jalan berkerjasama
dengan pesaing MU yang disebut di atas.
Dari segi
ranking Dunia pun, Sepanyol, Brazil dan German jauh meninggalkan England. Ini
ada kaitan dengan sistem latihan Manchester United dan England yang kurang
`effective’ apabila berhadapan dengan Sepanyol, Brazil mahupun German. England
tidak akan berjaya di misi merebut tempat 5 terbaik dunia.
Mungkin faktor
bahasa yang menjadikan Manchester United and England menjadi pilihan kelab
latihan. Mungkin Telekom Malaysia boleh berkelobrasi dengan Kelab Liverpool,
Arsenal ataupun Chelsea. Jika Telekom Malaysia dapat kerjasama dengan kelab
kelab tadi, pemain berbakat kita dapat tunjuk ajar Jurulatih berpengalaman dari
luar England. Mungkin juga kos latihan dan tahap CSR kelab Inggeris tidak `attractive’
kepada Telekom Malaysia.
Semoga
penulisan ini membuka dimensi pembangunan bolasepak Malaysia.
No comments:
Post a Comment