Thursday 27 February 2014

BN PERLU TELITI CADANGAN PEMBANGUNAN PELABUHAN KETIGA.



Ulasan Timbalan Menteri Pengangkutan, YB Aziz Karparwi pada Isnin 24 Februari mengenai cadangan Pelabuhan Ketiga adalah berkaitan.

Penulis ingin mengingatkan YAB Perdana Menteri supaya berhati hati dengan cadangan pembangunan Pelabuhan Ketiga di Selangor. Selain daripada pembangunan ini berada negeri terajuan Pakatan Rakyat, Penulis tidak mahu berlakunya rasuah dan penyelewengan dari pembelian tanah, perlantikan konsultan, kontraktor, operator pelabuhan, pembelian peralatan, mesin dan lori dan seterusnya.

Penulis ingin ingatkan Kerajaan Pusat di dalam perlaksanaan Projek Logi Rawatan Langat2 di mana Kerajaan Selangor telah menghalang pembinaan projek tersebut. Diberitakan pembinaan terowong di negeri Pahang sudah lama siap dan menunggu `green light’ Selangor untuk sambungan akhir. Halangan ini telah menjejaskan kelancaran projek, bekalan air mentah untuk diproses dan kos kewangan. Krisis air yang berlaku di Lembah Klang ada kaitan dengan Projek Langat2 selain daripada faktor cuaca.

Projek Pelabuhan di Malaysia selalunya melibatkan rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan. Walaupun mantan Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik, Tan Sri Lim Ah Lek dan Tan Sri Chan dilepaskan daripada perbuatan rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan oleh Mahkamah, presepsi isu penyelewengan terus dimainkan oleh Pakatan Rakyat dan segelintir rakyat. Banyak masa Mahkamah dihabiskan untuk menentukan keadilannya. MCA hilang reputasi `parti bersih’ nya kerana projek Pelabuhan. Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah juga dikaitkan dengan penyelewengan tersebut. BN juga terasa bahang tersebut. Kes ini memberi `bullet’ kepada `Anwar Ibrahim and the gang’ menyakinkan rakyat yang BN betul betul parti rasuah.


Jika keperluan menambah pelabuhan ada justifikasinya dan keadaan kewangan negara mengizinkan, laksana lah projek tersebut tetapi libatkan lah team YB Paul Low dan SPRM. Mereka akan membantu Kerajaan menjalankan projek dengan telus dan penuh integreti.

1 comment:

  1. Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

    Giaonhan247 chuyên dịch vụ vận chuyển hàng đi mỹ cũng như dịch vụ ship hàng mỹ từ dịch vụ nhận mua hộ hàng mỹ từ trang ebay vn cùng với dịch vụ mua hàng amazon về VN uy tín, giá rẻ.

    ReplyDelete