Sunday 2 March 2014

MUNGKINKAH JDT MENJADI KELAB POPULAR SEPERTI MANCHESTER UNITED?


JDT BORONG HABIS  PEMAIN DAN JURULATIH BOLASEPAK KELANTAN

KELAB TAKRAW JDT, KELAB BADMINTON JDT DAN KELAB HOKI JDT DI DALAM PERANCANGAN?

Sah. Bojan Hodak, bekas Jurulatih Kelantan dilantik menjadi Pengurus Pasukan JDT.  Jawatan Ketua Jurulatih Cesar F. Jimenez berkontrovarsi dikekalkan. Seramai 6 pemain utama Kelantan telah berhijrah ke JDT.

Penulis berpendapat JDT mempunyai perancangan besar industri bolasepak negeri. JDT sanggup membelanjakan mungkin jutaan ringgit untuk meningkatkan mutu bolasepak Johor dan juga minat penonton Johor. JDT mempunyai pemimpin yang boleh mencetuskan minat melampau dan dana yang cukup. Para pemain terbaik negara amat berminat bermain dengan JDT bukan kerana gaji semata mata, tetapi peluang meningkatkan mutu permainan kerana terdapat pemain pemain dan jurulatih yang amat berpengalaman.

Penulis percaya selepas  JDT1  (satu) diperkukuh dan diperhebatkan, JDT11 (dua) akan menyusul tidak lama lagi. JDT 11 akan dibarisi dengan pemain terbaik juga tidak lama lagi. JDT sudah berkemampuan untuk membentuk JDT 12 tahun, JDT 14 tahun, JDT 19 tahun dan JDT 21 tahun jika terdapat ramai pemain remaja di johor dan negeri lain serta luar negara.


Seperti yang penulis pernah tuliskan bahawa atas minat yang mendalam Presiden PBNJ, Tuanku Ismail Tuanku Ibrahim, misi ini dijayakan. Tuanku Ismail mungkin menggunakan wang simpanan sendiri untuk menarik dan membeli pemain  luar negeri dan dalam negeri. PBNJ tidak mempunyai dana sebesar itu. Tanpa jaminan daripada seseorang yang betul betul mempunyai dana yang besar, jurulatih dan pemain tidak berminat ke JDT. Penulis yakin tentu ada arrangement antara Tuanku dengan PBNJ tetapi tidak diketahui.

Semalam Rabu 26 Februari, bekas pemain Perancis dan juga Kapten pasukan, Marcel Dessally  telah menawarkan perkhidmatan melatih pasukan Harimau Malaya. FAM diberitakan, bersedia memberikan pertimbangan. Begitu juga dengan bekas Pengurus Chelsea yang dipecat,  Andre Villas Boas.

Penulis syorkan Tuanku Ismail dan PBNJ berunding dengan kedua dua pengurus dari luar negara itu untuk memberikan perkhidmatan di Johor. Pembangunan bolasepak perlu dijalankan juga. JDT perlu mempersiapkan diri untuk menyertai Piala AFC yang pada masa ini Kelantan dan Selangor menyertainya. JDT perlu ke Liga Australia dan Negara lain.

JDT dan Tuanku Ismail wajar melantik penasihat korporatnya pulak untuk menjadi Kelab Professional yang setaraf dengan Manchester United, Barcelona atau Real Madrid dan pertama di Malaysia. Jenama harus dibina dan diangkat dan boleh di komersilkan. Mungkin boleh di apungkan di Bursa Malaysia di dalam masa 5 tahun. Tuanku Ismail boleh meminta nasihat pakar kewangan dan pemasaran untuk membentuk `business model’nya.

Cuba kita bayangkan suasana sukan di Johor jika Tuanku Ismail melakukan perubahan drastik dalam sukan Sepak Takraw. Tuanku boleh mengajikan pemain terbaik dari Thailand, Korea Selatan atau Myamnar untuk bermain Kelab Takraw JDT?`.

Bagaimana agaknya suasana jika Tuanku Ismail mencorakkan semula pasukan hoki Johor dengan membeli pemain handalan German, New Zealand atau Belanda untuk bermain di Kelab Hoki JDT. ?

Bagaimana keadaannya jika Lin Dan dan Chen Long dibeli untuk bermain di Kelab Badminton JDT?


Bagaimana sambutan penonton jika kesemua sukan teras di Johor di pimpin oleh Tuanku Ismail yang `gila’ sukan dan mempunyai dana. Rakyat Johor tentu akan gembira dengan Tuanku Ismail kerana meningkatkan mutu sukan dan mertabat pemain sukan di Johor dan Malaysia. Sukan telah merapatkan hubungan rakyat dengan Sultan Johor. Rezeki yang ada di gunakan untuk tujuan yang baik.


1 comment:

  1. habis semua jdt nak borong. mana nak seronoknya jika setiap game, team lain hanya dpt peluang rebut tempat kedua. kalaupun ada kuasa duit, biarlah fair. kaya lawan kaya, hebat lawan hebat, baru adil. seronokkah jika lihat jdt yg taraf juta lawan penang yg taraf cina tongkang? contoh je, jangan la org penang marah pulak...

    ReplyDelete