Drama ini
mempunyai peminat dan pengikut yang begitu ramai.Pak Cik dan Mak Cik. Dara dan
Teruna. Melayu dan Cina. Pelajar sekolah rendah, Menegah dan Pengajian Tinggi. Ending
drama yang baik. Ini bermaksud orang bercinta yang melalui pelbagai halangan
akhirnya di ijab kabul jua.
Penulis
bersetuju dengan komen peminat yang perjalanan cerita episod akhir kurang
sempurna. Adam dan Ariana setelah berkahwin pergi honeymoon tetapi masih di
rendong dugaan dan syak was sangka.
Sepatutnya dugaan habis sebelum naik pelamin.
Antara
pengajaran daripada drama iniialah orang yang berjauhan dengan agama kembali
mentaati Allah. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Strategi bisnes
kadang kadang amat kotor. Ada ahli perniagaan yang pemurah dan tamak. Orang
yang jahat dihukum jahat. Orang baik mendapat kebaikan. Orang kaya berseronokan
tetapi masih ada sifat membantu anak yatim dan kurang bernasib baik.
Peminat drama
Ariana Rose akan balik cepat kerja setiap hari Isnin-Khamis. Drama ini menjadi
bualan waktu makan tengahari dan rehat. Anak dara terpegun dengan kehandsomean
Keith Foo. Peminat semakin marah dan geram dengan Nabila Huda kerana lakonan
`jahat’nya menjadi. Peminat berharap Ariana Rose menyukai dan kemudian
mencintai Adam. Peminat tidak membuat temujanji pada hari tersebut jam 7-8
malam.
Jika
dipertandingkan di dalam Drama Festival, pasti memang banyak ketegori. Drama
Ariana Rose dijadikan sebahagian daripada tema Drama Festival Kuala Lumpur. Nama
Keith Foo dan Ariana menjadi gurauan pengacara dan pelakon.
Selamat maju
jaya drama ku
No comments:
Post a Comment