Tuesday, 25 March 2014

PENERBANGAN MH370 BERAKHIR DI SELATAN LAUTAN HINDI DI BARAT BANDARAYA PERTH, AUSTRALIA.



Perdana Menteri, pada jam 10 malam 24 Mac 2014, telah dengan sedihnya mengumumkan bahawa penerbangan MH370 telah mengakhiri penerbangannya di selatan Lautan Hindi di barat Bandaraya Perth, Australia.Walaupun tiada bangkai pesawat dan `mayat’ dijumpai, Perdana Menteri telah dinasihati (dengan analisa imej satelit INMARSAT dan perjumpaan serpihan pesawat) oleh wakil cawangan Siasatan Nahas Udara (AAIB) yang merumuskan pengakhiran penerbangan itu. Perdana Menteri berpuashati dengan rumusan tersebut dan hanya selepas 17 hari kehilangan MH370, beliau memecahkan kebuntutan samada MH370 terselamat atau sebaliknya.

PM, TPM dan rakyat Malaysia ingin merakamkan salam takziah kepada keluarga penumpang dan anak kapal MH370 di atas tradegi tersebut. Semoga tabah menghadapi situasi yang menyedihkan ini.

Pemangku Menteri Pengangkutan memberikan jaminan yang usaha pencarian `mayat’, bangkai pesawat dan kotak hitam akan diteruskan. Siasatan kehilangan serta sebab munasabab yang menjurus kepada pelencongan dari destini asal (Kuala Lumpur-Beijing) akan dijalankan secara terperinci. Jawaban mesti dicari samada pesawat ini dirampas atau disabotaj oleh penumbang atau anak kapal.

Search and Rescue kini menjurus kepada Search and Recovery. Terima kasih kepada semua negara yang berkerja keras yang terlibat di dalam SAR dan gunatenaga yang membantu secara langsung dan tidak langsung.




SELEPAS `KAJANG MOVE’ SEHARUSNYA `MB SELANGOR MOVE’

Tahniah kepada Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana menang kerusi DUN Kajang meraih undi 16K (dahulu mendapat undi 19.6K ataupun penurunan 3600 undi). Datin Paduka Chew Mei Fun tidak kalah semua. Ada lebih kurang 11K (dahulu 12.8K undi ataupun penurunan 1800 undi) pengundi yang menyokong Datin Paduka. Majoriti berkurangan sedikit kerana peratusan mengundi jatuh ke 72 peratus daripada 88 peratus semasa PRU13.

DUN Kajang mempunyai pengundi berdaftar seramai lebih kurang 38,900 dimana 48 peratus pengundi melayu, 40 peratus pengundi Cina dan 10 peratus pengundi India. Keputusan PRU13 memberikan kemenangan kepada Lee Chin Cheh yang mendapat undi lebih kurang 19,600 manakala calon BN mendapat 12,800 undi. Majoriti 6,800 undi.


Apa yang menjadi perhatian ramai ialah apa akan berlaku pada Kerusi MB Selangor selepas Datin Seri  Dr Wan Azizah mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat. Adakah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan melepaskan jawatan MB? Selepas`Kajang Move’ apakah move seterusnya. Mungkin ` MB Selangor Move’ menjadi keutamaan parti anak beranak ini.


Ketua UMUM PKR boleh bergembira sekarang dengan kemenangan ini selepas `terperanjat beruk’ di jatuhi hukuman penjara 5 tahun kerana meliwat pembantunya.

No comments:

Post a Comment