Nahas
pesawat MH370 menjadi pengajaran besar buat Malaysia dan seluruh dunia. Pesawat
MH370 hilang komunikasi jam 1.10 pagi dan hilang dari bacaan radar jam 2.40
pagi. Ini adalah kerana transfonder kapal terbang di padamkan secara sengaja.
Penulis
akui bahawa penulis tidak tahu langsung mengenai terma penerbangan. Tetapi
penulis merasa hairan mengapa pembuat kapal terbang tidak terfikir kemungkinan
transponder di matikan secara sengaja. Atau mengapakah pembuat kapalterbang
tidak mengadakan keadah tersebut untuk mengesan signal dan apa jua pegerakan
kapal terbang.?
Mengapakah
transponder tersebut mesti di `enable’ atau di `disable’? Dalam keadaan atau
situasi apa transponder harus dimatikan? Apabila lalu Negara yang tidak
`friendly’ dengan Malaysia ke?
Pada
pendapat penulis yang `buta huruf’ industri penerbangan, transponder ini mesti
di `enable’ sepanjang masa dan tiada siapa boleh matikan tanpa mengira juruterbang
atau pembantu juruterbang mahupun perampas kapal terbang.
Agak
tidak logik, pesawat yang berharga ratusan juta USD, mempunyai kelemahan yang
sangat `simple’.
Penulis
faham walaupun transponder tidak boleh mengelakkan kemalangan, tetapi sekurang
kurangnya kita tahu di mana lokasi pesawat berkenaan.
No comments:
Post a Comment