Thursday, 27 March 2014

MAS. SUDAH JATUH DI TIMPA TANGGA



Tragedi MH370 betul betul menduga `keimanan’ Penerbangan Malaysia atau MAS. Selain daripada pengumuman kerugian RM1.2 bilion untuk 2013, MAS dilanda peristiwa menyayat hati iaitu nahas pesawat hilang di Lautan Hindi.


Seramai 239 penumpang dan kru pesawat dikuatiri terkorban setelah 17 atau 18 hari operasi SAR (Rescue) di jalankan.  Lama tu. Usaha SAR (Recovery) terus dijalankan di kawasan koridor Selatan dan diberitakan sebanyak 122 objek telah jumpai dan dibawa keluar untuk pengesahan lanjut.

Kini diberitakan yang BOEING dan MAS berdepan dengan tuntutan mangsa nahas yang diwakili oleh sebuah firma terkemuka. Mereka sangat yakin mereka akan menang tuntutan besar sebanyak USD 1.2 bilion.

MAS boleh jatuh bangkrap’ dan Kerajaan Malaysia mungkin terjejas kedudukan kewangannya jika mereka ini menang di dalam tuntutan mereka. Apa akan berlaku?

MAS dan BOEING serta pihak kepentingan lain mesti membariskan para peguam bela korporat yang handal untuk mengelakkan tututan yang tidak munasabab oleh kaum keluarga mangsa. Satu perkara yang nyata ialah MAS telah melakukan yang terbaik untuk kliennya baik sebelum menaiki pesawat dan selepas kehilangan pesawat itu. Ini Malaysian Hospitality (MH) yang di amalkan sekian lama.

Untuk mengelakkan kerugian akibat tragedi tersebut, MAS  kena berusaha mendapatkan kotak hitam tersebut untuk dijadikan bahan bukti pihak MAS. Rakyat Malaysia wajar berdoa kepada Allah SWT agar permudahkan pencarian bangkai pesawat mahupun kotak hitam.

Andaikata MAS kalah di dalam tuntutan tersebut, Khazanah Nasional Berhad akan membantu  MAS membiayai kos tersebut. Apabila Khazanah ketat kewangan, dividen kepada Kerajaan akan berkurangan sedikit. Ini juga bermakna BRIM4 dan pembangunan negara mungkin akan di kaji semula dan dibatalkan. Jika bantuan ini di berhentikan setahun dua, rakyat akan terjejas juga sedikit sebanyak. Sebab itu bagi mereka yang mensyukuri nikmat BRIM, wajar mendoakan kesejahteraan kewangan negara. Kasihan Kerajaan dan Datuk Sri Najib dan barisan kabinet.


Di lain lambaran banyak pihak insuran seperti Etiqa, AIA dan Takaful, berikrar untuk memudahcarakan tuntutan insuran kaum keluarga mangsa. Kelazimannya seorang penumpang akan mendapat RM500,000 seorang. Dari segi negatifnya, apabila seseorang mati kemalangan, seseorang lain seperti si suami atau si isteri atau sibapa atau si ibu mahupun abang / kakak sulung akan mewarisi wang tunai tersebut dan boleh hidup senang juga walaupun ketiadaan orang tersayang.

No comments:

Post a Comment