Tragedi pesawat
MAS MH370 hilang amat memilukan kepada kaum keluarga khasnya dan amat mendalam
kesan kewangannya kepada MAS dan Khazanah Nasional.
Kemungkinan
besar, seramai 239 keluarga bakal diberitakan dengan kematian orang tersayang kerana kelazimannya apabila berlaku pesawat
terhempas di laut dan darat, tiada
penumpang yang terselamat. Penulis harap sangat mereka semua terselamat tetapi
harapannya terlalu tipis. Ada yang kehilangan anak atau bapa atau ibu atau adik
atau kakak atau isteri atau suami atau sahabat handai mahupun jiran. Pekerjaan
juruterbang dan anak kapal memang berisiko tinggi dan sebab itu gajinya lebih tinggi
daripada pekerjaan biasa. Perjalanan udara biasanya berisiko maut berbanding
jalanraya.
MAS juga
kerugian besar. MAS kena berbelanja besar untuk membawa kaum keluarga luar negara dan dalam negeri ke KLIA atau
Vietnam (jika pesawat di jumpai di perairan berdekatan Vietnam). Perbelanjaan
SAR pun MAS menanggong sebahagiannya manakala Kerajaan menanggong majoritinya.
Lagi lama operasi SAR, semakin tinggi kos nya. Pihak insuran, ETIQA dijangka
terjejas prestasi kewangannya tahun 2014 kerana pesawat dan penumpang di
insurankan dengan ETIQA. Tuntutan insuran mungkin mencapai angka billion.
MAS baru sahaja
mengumumkan kerugian RM1.2 bilion untuk tahun 2013 dan dengan tragedi ini, MAS
akan menambahkan kerugiannya. Sahamnya merundum ke paras 24-27 sen sesaham.
Sebab itulah penulis meramalkan beberapa hari sebelum kejadian kehilangan yang
MAS bukan EMAS lagi. Harap sangat MAS tidak bertukar kepada besi buruk. XXXXX
So far, pemilik
MAS iaitu Khazanah Nasional begitu `low profile. Prestasi kewangan 2013 pun diumumkan
oleh CEOnya. Jika ada keuntungan besar, mereka ingin melaporkan tetapi apabile
berlaku kerugian, CEO kena bertanggongjawab. Kini apabila insiden kehilangan
MH370, pengurusan tertinggi Khazanah Nasional terus menikus. CEO MAS terpaksa
berhadapan dengan pemberita dan keluarga mangsa.
Di
Malaysia, ada golongan yang mengkritik Kerajaan kerana MAS kerugian besar
akibat daripada kecuaian, kurang kecekapan dan rasuah. Mereka tidak mengambil
kira keadaan ekonomi dan kenaikan harga minyak. Inilah masa dan situasinya
untuk menghentam MAS, Khazanah Nasional dan Kerajaan. Pakar pakar `spin’
mencari jalan memburukkan Kerajaan di kalangan rakyat Kajang dengan harapan PKR
akan mempertahankan kerusi mereka di Kajang.
Penelitian
1 Usia pramugara dan
pramugari MAS secara amnya sudah tua. Mungkin mereka berpengalaman tetapi kos
pengajiannya tinggi. Contohnya bonus tahunan bergantung pada masa perkhidmatan.
Mungkin jika di buat kajian, cost per person MAS dengan penerbangan lain
seperti Air Asia, lebih tinggi. Setakat ini, teori juruterbang dan pembantu
juruterbang diserang angin ahmar dan serangan jantung. Penulis adalah pesakit jantung.
2 Alhamdullilah,
juruterbang dan bekas juruterbang semakin tinggi ilmu keagamaannya. Ramai
pengulas yang dijemput ke Studio mengulas atau menyebut nama ALLAH berulang
ulang kali. Dipenghujung kehebatan sains, pertolongan ALLAH wajib dipohon.Ramai
yang mencadangan yang SAR melibatkan sains dan keagamaan iaitu pertolongan
ALLAH.
3.
Jelas kelihatan 12
negara (melibatkan 49 kapal 39 pesawat) sanggup memberikan pertolongan kepada
Malaysia melaksanakan SAR. Ini bermakna dasar politik antarabangsa dan
kemesraan Malaysia berada dilandasan yang betul. Malaysia adalah sebuah negara
yang paling awal menghulurkan bantuan jika berlaku malapetaka mahupun
peperangan di negara lain.
No comments:
Post a Comment