Kehilangan pesawat MH370 membawa banyak hikmah kepada banyak pihak. Kepada kerajaan, ia memberi peluang kepada Kerajaan (melalui DCA,
Imigresen, PDRM dan MAS) memperbaiki
lagi kelemahan pentadbiran dan prosedur keluar masuk negara. Insiden ini
merapatkan lagi hubungan dan kerjasama antara Kementerian dan Jabatan. Umpamanya
diantara DCA dengan Kementerian Pertahanan, Kementerian Luar, Kementerian Dalam
Negeri, MAS dan lain lain, Insiden ini juga merapatkan lagi kerjasama dan
hubungan diplomatik di antara 25 buah negara. Rakyat juga turut sempati dan
turut serta di dalam upacara keagamaan untuk mendoakan kesejahteraan penumpang
dan anak kapal MH370.
Penulis
pun dapat ilmu pengetahuan mengenai industri penerbangan, prosedur penerbangan antara bangsa, terma terma
penerbangan seperti turing back, nautical miles, knot, primary radar dan
secondary radar, Northern Corridor dan Southern Corridor, simulator. Sekurang
kurangnya penulis sudah tahu jarak penerbangan dan isian minyak sesebuah
penerbangan, fungsi transponder, Search and Rescue (SAR) laut, udara dan darat
dan banyak lagi. Tetamu dan pakar penerbangan yang dipanggil bercakap membuka
minda penulis dan mungkin ramai yang lain.
Salah
satu yang menarik perhatian penulis ialah ketika majoriti rakyat Malaysia
berharap pesawat MH370 ini di kesan dan ditemui semula dengan kadar yang
segera, namun ada juga rakyat Malaysia yang mengharapkan pesawat MH370 tidak di
kesan terus. Mereka ini ingin memalukan Kerajaan Malaysia kerana berkesempatan
menfitnah yang Kerajaan tidak cekap mengendalikan SAR. Walhal Malaysia disokong
dan bantu oleh 26 negara asing. Jika Pakatan Rakyat diberi peluang menerajui
SAR ini, pesawat ini akan di kesan dengan cepat. Malah mereka bersedia menjadi
tukaran tebusan jika pesawat tersebut di rampas. Cakap cukup senang. Mari kita
tengok apa yang mereka buat andaikata isteri atau anaknya diculik. Adakah
mereka bersedia bertukar tebusan?. Kelakar Mr Bean.
Diberitakan
simulator juruterbang MAS telah dipasang semula di Bukit Aman dan penyiasatan
terus dilakukan. Terkini, FBI mahu simulator tersebut untuk analisis lanjut. Tan
Sri Ketua Polis Negara mendedahkan beberapa data atau game telah di `delete’
dan pihak Forensic sedang `retrieve back’ maklumat tersebut. Berita awal yang
tidak sahih yang diterima terdapat 5 lapanagn terbang di `simulatorkan’ oleh
Juruterbang Zaharie. Di Northern Corridor ada 7-8 lapangan terbang dan Southern
Corridor ada 5 lapang terbang yang sesuai untuk pesawat 777-200. Para penyiasat
sedang tertanya tanya mengapa Juruterbang Zaharie melakukan latihan pendaratan
di Northern dan Southern Corridornya kerana MAS tidak melalui atau menggunakan destinasi tersebut. Hanya tentera negara asing
yang bermain dikawasan tersebut. Yang menjadi tandatanya ia Diego Garcia,
sebuah pengkalan Amerika Syarikat yang menempatkan tentera mereka. Destinasi
seterusnya Guam.
Anak
penulis yang masih di Tahun 6 menyambuk dan bergurau dengan penulis. `Papa.
Pilot tu mungkin nak lari dari Malaysia tak?’ Penulis terus terfikir mungkin
kedua dua Koridor merupakan `jalan tikus’ untuk seseorang melarikan diri dari
Malaysia. Mungkinkah pemimpin politik mahupun ahli perniagaan serta keluarga
mereka akan menggunakan kepakaran Juruterbang seperti Zaharie untuk melarikan
diri dari Malaysia jika keadaan merbahayakan mereka.? Penulis tersenyum dan memberitahu
anak supaya jangan terlalu fikir bukan bukan. Tidak baik.
No comments:
Post a Comment