Friday, 21 March 2014

DASAR LUAR NEGARA DATUK SRI NAJIB DENGAN TUN DR MAHATHIR



Penulis adalah pencinta pemikiran dan gerak kerja Tun Dr Mahathir. Tun seorang pentadbir ekonomi yang baik dan petah berhujah dan ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang dihormati.

Kelantangan menyuarakan pendapat di dalam isu Palestin, Amerika Menyerang Iraq dan Islam membuatkan beliau tidak disenangi oleh Amerika Syarikat, Australia dan Isreal. Lee Kuan Yew, PM  Singapura dan Presiden Estrada Filipina juga tidak sehaluan dengan Tun Dr Mahathir di dalam isu Jambatan Causeway dan layanan trhadap Anwar Ibrahim

Pandangan Tun Dr Mahathir ini menjadi Dasar Luar Negara Malaysia. Mantan Presiden Bush, PM John Howard atau Paul Keating dan Lee Kuan Yew menjauhi Tun Dr Mahathir. Mereka akan mengelakkan perjumpaan di Persidangan mahupun lawatan kerja.

Dasar berbaik baik dengan China, Rusia, Cuba, Palestin, Venzelua dan Negara OIC merenggangkan hubungan Tun Dr Mahathir dengan pemimpin negara besar tadi.

Penulis bersyukur insiden kehilangan Pesawat MH370 tidak berlaku didalam zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir. Jika ia berlaku, besar kemungkinan negara negara besar tidak akan memberikan kerjasama dan bantuan kepada Malaysia di dalam SAR. Penulis tidak pasti dasar sesebuah negara yang akan terus menghulurkan bantuan pesawat dan kapal serta maklumat radar dan satelit, walaupun pemimpin mereka tidak mesra hubungan.

Penulis setuju bahawa zaman konfrontrasi dengan negara luar sudah berlalu. Datu Sri Najib mempamerkan dan mengamalkan sikap mesra dan berbaik dengan negara jiran dan antarabangsa. Datuk Sri Najib memperbaiki hubungan dengan Amerika Syarikat, Australia dan Singapura disamping memperkukuhkan persahabatan dengan jiran Asean dan Asia. Ia berhasil dan apabila berlaku malapetaka di negara mereka, Malaysia adalah salah satu Negara yang awal menghantar bantuan kemanusiaan. Datuk Azeez Abd Rahim Kelab 1 Malaysia akan sibok di depan kamera mengangkut dan mengagih barangan kepada mangsa banjir, gempa bumi mahupun perang.


Alhamdulilah, dasar luar Negara Datuk Sri Najib betul. Apabila pesawat MH370 hilang dan dikuatiri berada di kawasan Negara mereka, sebanyak 26 buah Negara memberikan bantuan SAR. Kerjasama amat erat. PM berbalas balas telefon dan utus mengutus surat dan faks.


Alhamdulilah. Malaysia di landasan yang betul.

No comments:

Post a Comment