STRATEGI
`SIBUKKAN’ MUSUH MENJADI….
Pakatan Rakyat
sedang di asak dan di belenggu masalah serta terpaksaan menghadapi pilihanraya
kecil (Kajang dan Balingan sudah pasti. Permatang Pauh dan Bukit Gelugor
kemungkinan besar) .
Hari Jumaat, 7
Mac yang lalu, masalah dan kekecewaan dianugerahkan kepada Datuk Seri Anwar
Ibrahim apabila Mahkamah Rayuan menjatuhi hukuman penjara 5 tahun kerana
kesalahan meliwat. Datuk Seri Anwar kena membayar wang jaminan RM10,000 pada
pagi Isnin dan amat sibok menfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.
Datuk Seri,
awal awal lagi sudah `turun berkempen’
di Kajang kerana berhajat besar menang besar di Kajang dan di angkat menjadi MB
Selangor. Bak kata `kita merancang, Allah menetukannya’. Hasrat tersebut terpaksa di padamkan dan PKR
terpaksa memerah otak mencari pengganti. Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, 62
tahun, dipilih menjadi calon.
Pada hari
penamaan calon, selepas menemani isteri dan juga calon berarak ke pusat
penamaan calon, tidak kelihatan kelibat Datuk Seri Anwar, di atas pentas,
mungkin malu dengan orang ramai atau sibok berbincang dengan para peguamnya
menghadapi kes di Mahkamah Persekutuan.
YB Karpal Singh
pula terpaksa bergegas ke Mahkamah Tinggi untuk
hendak mendengar sendiri keputusan Yang Arif Hakim berkenaan kes menghina
Sultan Perak yang melucutkan Datuk Seri Nizar Jamaludin dari jawatan MB Perak.
Beliau di jatuhi hukuman denda RM4000. Hilang kelayakan buat sementara.
Persidangan
Dewan Rakyat yang dijadual lebih awal lagi dijalankan pada 11 Mac juga. Ahli
Parlimen Pakatan Rakyat tidak dapat hadir kerana terlalu padat aktivitinya atau
atas alasan mogok atau protes terhadap keputusan Mahkamah Rayuan. Kes Mahkamah
pun dipolitikkan. Ada hendak ke Kajang untuk penamaan calon dan kempen. Ada
hendak menyibok di KLIA untuk mendapatkan maklumat dan populariti. Ada yang
susah hati kerana rakyat Selangor sedang menghadapi kekurangan bekalan air
serta catuan air. Mereka perlu berada di kawasan masing masing untuk
meringankan beban rakyat.
Minggu yang
stress untuk Kerajaan BN (nahas MH370) dan Pakatan Rakyat (Datuk Seri Anwar dan
Karpal Singh di dapati bersalah).
No comments:
Post a Comment