Penulis kerap kali berada di Melaka Sentral, akan dikunjungi oleh anak anak lelaki atau perempuan berkopiah dan bertudung memohon derma Tabung Sekolah Tahfiz. Apabila ditanya Sekolah Tahfiz mana, segera mereka menjawab dari Kedah Darul Aman. Yang menyedihkan mereka ini muda muda belaka dan tidak akan mengeluarkan resit.
Penulis menanyakan resit agar aktiviti ini halal dan dibenarkan oleh kerajaan. Penulis faham bahawa melakukan kebaikan tidak perlu minta resit kerana Allah
Taala Maha Mengetahui. Penulis tidak mahu melakukan perbuatan riak dalam apa situasi pun.
Sepanjang pengetahuan penulis, penulis BELUM PERNAH di kunjungi oleh anak yatim dari Kelantan. Ini memberi erti yang sekolah Tahfiz di Kelantan lebih terurus. Mereka dibantu oleh Kerajaan Negeri atau kalangan dermawan Kelantan ramai yang membantu atau Mursyid / Pengetua di Kelantan tidak membenarkan amalan menagih sedekah atau derma kerana ia merbahaya dan murid murid membuang banyak masa.
Kebetulan, pagi tadi penulis ke Pejabat POS untuk memperbaharui lesen memandu. Baner tergantung iklan Wafaq Sekolah atau Rumah Anak Yatim anjuran PEYATIM iaitu Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia. Kadar wafaq telah ditetapkan sebanyak RM30sekaki persegi dan POS menjadi agen mengutip dan diberikan resit. Resit tersebut tertera lafaz Ijab. Alhamdulilah, penulis terbuka hati mewaqafkan buat diri sendiri dan isteri.
Tidak kah pendekatan PEYATIM dan POS MALAYSIA memudahkan semua orang dan anak anak kita terjamin keselamatan mereka dan tidak terabai pelajarannya? Pejabat POS cukup banyak bilangannya. Mungkin sebulan sekali, penulis boleh melakukan derma disamping membayar bil bil.
Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir diharap memberikan sedikit perhatian. Nama Kedah perlu dipeliharakan.
Jangan bagi... susahnya orang kita suka bagi... ini satu manipulasi. Mereka ini telah beralih arah ke arah selatan sebab diutara penipuan licik mereka ini telah dikesan... Yang pi bagi buat apa... turutama yang mewakili Tahfiz Amal.. tipu ... tipu ... tipu... bodoh piang bagi orang yang bagi derma...Lagi senang ambil gambar lepas tu buat repot polis...
ReplyDeleteterima kasih
DeleteNi lagi maklumat lanjut pusat tahfiz tipu guna budak budak... Kalau tak caya suruh budak tu hafaz berapa surah dah dia hafaz... Tak ada.... Cuba goggle... Raja sakti ...
ReplyDeletewww.mazidulakmal.com/.../raja-sakti.htm
ReplyDeleteterima kasih banyak. secara kebetulan, terjumpa dengan kumpulan mereka di Shah Alam malam tadi
Delete