Thursday, 30 May 2013

NASIB BAIK LE ANWAR IBRAHIM TIDAK MINAT BOLA SEPAK. KIT SIANG KAKI BANGKU. GUAN ENG DAN HJ HADI PERGI LUAR NEGARA. TIAN CHUA, HARIS IBRAHIM, TAMRIN DAN HISHAMUDIN RAIS KENA PERGI MAHKAMAH. KALAU TIDAK LAGI `MERIAH’ STADIUM PAHANG DARULMAKMUR MALAM ITU.


Semalam ada dua peristiwa sedih berlaku akibat daripada masalah bilangan orang yang berlebihan serta memperkecilkan soal keselamatan..
Pertamanya, bot express karam di Sungai Belaga dan Rajang, Sarawak. Bot express yang diberitakan membawa lebih kurang 200 penumpang walhal jumlah tempat duduk hanya 60 penumpang. Di dapati ramai penumpang duduk di atas bumbung bot express tersebut.


Buletin Berita TV3 memberitakan seramai 192 penumpang selamat, manakala 11 penumpang yang masih hilang. Jumlah sebenar masih belum dipastikan.
Peristiwa kedua ialah `rusuhan’ di Stadium Pahang Darul Makmur. Stadium ini telah digunakan untuk perlawanan timbal balas separuh akhir Piala FA diantara Johor Darul Takzim dan Pahang.
Stadium ini berkapasiti 35,000 orang sahaja dan atas semangat kesukanan dan minat untuk menyokong pasukan Pahang, peminat membanjiri Stadium. Diberitakan jualan tiket adalah mengikut kapasiti tetapi ada penyokong (kemungkinan besar Pahang) telah bertindak memecahkan 2 pintu besar masuk Stadium. Ini menyebabkan penyokong Pahang memasuki trek padang. Lebih memburukkan lagi apabila penyokong luar Stadium membaling objek kearah penyokong Johor yang berada did lam Stadium. Kenderaan penyokong Johor di rosakkan.

FAM telah bermesyuarat 5 petang tadi (29hb Mei 2013) dan mendenda Persatuan Bola Sepak Pahang RM100,000 manakala Persatuan Bola Sepak Negeri Johor didenda RM20,000. Perlawanan seterusnya di adakan di Stadium Nasional pada hari Sabtu 1 Jun 2013 ini. Sejumlah 100,000 tiket akan dijual.
Pengajaran daripada episod ini ialah rakyat mula meminati semula sukan bola sepak dan akan bermatian untuk pasukan mereka. Kebangkitan ini baik untuk sukan Negara. Faktor keselamatan amat mustahak dan tiada kompromi. Pasukan keselamatan Stadium dan anggota keselamatan harus lebih memberi perhatian aspek penyokong membawa masuk barangan terlarang seperti mercun dan bunga api. Penulis cadangkan denda yang berat juga patut dikenakan keatas pegawai Stadium yang bertanggongjawab keatas pengawal pintu.
Nasib baik le Anwar Ibrahim tidak minat bola sepak. Kit Siang kaki bangku. Guan Eng dan Hj Hadi pergi luar Negara. Tian Chua, Haris Ibrahim,Tamrin dan Hishamudin Rais  kena pergi Mahkamah. Ustaz Azhar Idrus…sibok dengan majlis. Kalau tidak lagi teruk Stadium Pahang Darul Makmur

No comments:

Post a Comment