Didapati ramai anak muda ahli dan
penyokong BN/UMNO malu memakai baju BN kerana BN/UMNO dipresepsikan sebuah
parti `orang tua’, tidak ada kelas atau terkini dan parti korup. Seterusnya
Penulis akan bincang faktor `sigma’ atau tuduhan BN/UMNO adalah parti korup.
Pada penulis, projek yang berpotensi
berlakunya rasuah boleh di kumpulkan kepada 3 kumpulan iaitu projek mega &
penswastaan (Jambatan, pembelian Kapal
Selam, MRT, pembekalan baja pukal dll), projek sederhana (tender makanan, pembinaan
Sekolah atau jalanraya) dan kecil (perkhidmatan JPJ & Puspakom, Polis
Trafik, pejabat tanah).
Amalan rasuah memang ada dan masih
berlaku. Kerajaan melakukan program transformasi kerajaan dan salah satu
agendanya ialah memerangi rasuah. Program itu menampakkan hasil dan ia semakin
semakin baik setiap masa.
Pada penulis, Kerajaan tidak boleh
dipersalahkan 100 peratus. Mereka yang menjalankan tugas seperti penjawat awam
dan penender atau yang memerlukan perkhidmatan pun perlu disalahkan juga.
SOP tender sesebuah projek memang
tersedia dan peraturannya ketat. Projek mega dan penswastaan melibatkan banyak peringkat dan tapisan termasuklah
peringkat Kabinet.
Mengambil contoh mudah, tender
pembekalan makanan di sekolah asrama penuh atau Instituit atau Kolej. Penender
makanan kantin dan penjawat awam di Kementerian Pelajaran atau Kementerian
Belia dan Sukan, perlu berkerjasama memerangi rasuah. Pihak penendar mesti
menawarkan harga penyediaan makanan 5 kali sehari dengan harga yang kompetitif. Penender boleh buat
pilihan untuk masuk tender RM15 seorang sehari atau RM11 seorang sehari. RM15
adalah tinggi pada kelazimannya, tetapi sebahagian daripada RM15 tadi, terdapat
RM1-RM2 seorang untuk pegawai penilai tender, pegawai memproses tuntutan dan
juga kakitangan yang bertugas menyelia penender di kantin. Dalam senario lain
pula, ada penender memasuki tender dengan harga RM11 untuk mendapat tender
sahaja. Keuntungannya nanti di dalam bentuk pembekalan yang kurang bermutu dan
catuan. Ikan yang segar diganti dengan ikan yang kurang baik dan spek yang
salah. Biasanya mereka akan bekerjasama di dalam tuntutan. Penender akan
tuntut, contohnya, 400 pelajar pada hari itu, walhal yang datang makan hanya
300 atau 350 pelajar.
Ada juga broker broker yang cuba
mengambil untung dan menipu penender, konon kononnya pegawai atasan minta wang
sebagai syarat mendapatkan tender. Tidak semena mena, penjawat awam yang tidak
tahu menahu mengenai wang sogokan, mendapat nama buruk. Broker itu yang makan
seorang.
Pada penulis, Menteri Pelajaran tidak
rasuah tetapi penjawat awam, broker dan penender yang rasuah. Rakyat boleh
marah mereka. Penjawat awam ini ada yang
pro kerajaan dan ada juga pro pembangkang.
Semasa berkhidmat di Johor
Corporation dahulu, setiap anggota pekerja digalakkan `menjaga tepi kain orang’
. Anggota pekerja disuruh menjadi `mata dan teliga’ kepada pengurusan.
Disamping itu, ceramah berjadual keburukan rasuah diadakan dikalangan
pekerjanya. Usaha ini berjaya mengurangkan gejala rasuah dan penyalahanguna
kuasa.
Pengalaman peribadi penulis ialah berurusan
dengan Malaysian Biotech Corporation Sdn Bhd 5 tahun lepas. Syarikat penulis
menerima geran pengkommersilan produk sejumlah RM2.5 juta. Semasa proses,
mendapat kelulusan dan `disbursement’ wang, Datuk Iskandar dan pegawainya tidak
pernah meminta 1 sen pun. Tanyalah penerima geran yang lain. Malah mereka
membantu kami sepanjang masa di dalam bentuk nasihat dan pemasaran. Pada
hakikatnya banyak agensi Kerajaan telah menjurus kepada zifar rasuah. Inilah
kebanggaan Malaysia .
Sistemnya membawa kebaikan kepada masyarakat.
Kerajaan faham ada anggota PDRM
terlibat dalam rasuah seperti kesalahan trafik. Kerajaan memperkenalkan AES
untuk mengurangkan kemalangan jalanraya disamping memerangi rasuah jangka
panjang. Ini bermakna kesalahan trafik di rekod oleh kamera digital yang dengan
terang tertera no kenderaan. Saman yang telah ditetapkan kadarnya akan dihantar
kepada pesalah. Di sini tiada elemen manusia. Pesalah membayar mengikut kadar
tanpa rundingan. Rundingan ini biasanya akan melibatkan rasuah.
Malangnya apabila AES diperkenalkan
Kerajaan, segelintir rakyat membantah, walhal AES dilaksanakan di banyak Negara
dan yang cantiknya, kos mengadakan peralatan tersebut adalah dari pihak swasta
dengan kutipan bersama 70% kerajaan dan 30% swasta (tidak pasti dengan
peratusan secara tepat. Ada
artikel ditulis beberapa bulan dahulu) untuk tempoh tertentu.
Penulis kerap ke Kuala Lumpur menaiki bas ekpress dan selalu
berbual dengan pemandu bas. Hampir kesemua pemandu tidak suka dengan AES ini
kerana saman di bayar sendiri oleh pemandu bas. Syukur penulis dapat memahamkan
dan menyedarkan 5 pemandu bas kebaikan AES ini. Secara praktikalnya di
Lebuhraya Utara Selatan Melaka Kuala Lumpur, kamera AES telah di letakkan
berhampiran Bangi-Kajang. Penulis memberitahu pemandu tersebut, mengenai papan
tanda amaran yang AES beroperasi di hadapan apabila melintas kawasan tersebut.
Pemandu bas memperlahankan bas dan 5 minit kemudian melintas kamera AES
tersebut. Bas tersebut tidak melakukan kesalahan.
Rumusannya, penulis memberitahu
pemandu bas yang menjadi masalahnya ialah kita sendiri. Amaran telah diberi
tetapi kita masih memandu laju di kawasan tersebut. Apabila kena saman,
marahkan kerajaan dan akibatnya kena sokong pembangkang yang nak menghapuskan
AES.
AES terbukti mengurangkan kemalangan
dan kesalahan trafik. Cuba
bayangkan pesalah trafik tadi melanggar kereta suami atau isteri anda dan anak.
Mereka mati di tempat kejadian. Nak salahkan UMNO juga.
Rakyat kena sokong usaha kerajaan
mengurangkan kemalangan dan kesalahan trafik disamping memerangi rasuah
dikalangan PDRM dan rakyat memandu, pada `zero cost’ perbelanjaan capital
tetapi mendapat sebahagian besar kutipan saman tersebut.
apa pun di mana Kooperate governance org busines lari dari etika memperatis korupsi dlm urus perniagaan, malah ini patut diperbetulkan olih mereka supaya tidak merasuah dan rasuah tak akan berlaku. Tindakan tegas harus diambil terhadap kecurangan mereka jika terbukti
ReplyDelete