Monday, 27 May 2013

BN PARTI TUNGGAL? BOLEH DIFIKIRKAN TETAPI BN TIDAK BOLEH BUANG MASA MENGKAJI BAIK BURUKNYA. PRIORITY UTAMA `PROGRAM PEMBERSIHAN DAN PENGKUKUHAN SOKONGAN TERHADAP BN’.


Pada pendapat penulis cadangan Gerakan untuk BN menjadi parti tunggal kepada parti parti adalah rasional tetapi ia perlu kajian mengenai format dan implikasi Perlembagaan Negara. Ini bermakna tiada lagi parti parti yang berasaskan kaum atau kumpulan. Perlantikan PM macamana? Kena ubah ayat di Perlembagaan ke? Kalau perlembagaan BN senang ubah tetapi Perlembangaan Persekutuan, kena ada 2/3 majoriti.  
Sebenarnya konsep BN sudah menepati seruan Gerakan tadi dan identiti sebuah parti di kekalkan. Setiap parti bergerak memperjuangkan hak bangsanya tetapi berlandaskan konsep BN. Gerakan sendiri merupakan BN kerana parti pelbagai kaum walaupun kaum Cina menjadi dominant.
Datuk Saifuddin Abdullah pernah bersuara untuk BN membuka keahlian terus kepada yang berminat. Katanya ramai yang tidak berminat menjadi ahli UMNO atau MCA atau MIC tetapi OK menjadi ahli BN.
Jadi satu cadangan untuk parti parti kaum menjadi satu ataupun parti BN setaraf dengan UMNO, MCA dan MIC. Manakala satu lagi cadangan supaya hanya individu yang menjadi ahli BN. Mana yang senang di implement?.
BN juga mempunyai kawan seperti IPF, MAIKAL SAKTI dan KIMMA. Bagaimana dengan status mereka? Seikhlasnya, parti parti bercantum dahulu mengikut kaum. Umpamanya MIC bergabung dengan PPP, IPF dan MAIKAL SAKTI. Ahli Melayu dalam PPP masuk UMNO manakala ahli Cina PPP masuk MCA. Muslim India macamana? Selepas peringkat ini sudah dilakukan, fasa kedua boleh difikirkan.
Tujuan utama BN parti tunggal ialah untuk meningkatkan sokongan rakyat keatas BN. Penulis bersetuju dengan apa jua cadangan yang boleh menjadikan BN sebuah parti yang kuat.
Bagaimanapun dengan perkembangan politik tsunami Cina dan anak muda Bandar dan PRU 14 yang tidak sampai 5 tahun lagi, BN wajib menjawab persoalan yang dihadapainya sekarang. Orang Cina dan anak muda tidak marah jika BN menjadi parti tunggal tetapi mereka marah kerana BN kononnya mengamalkan rasuah dan kronisima.
Ini yang kena diselesaikan terlebih dahulu. Penulis tidak mahu BN menjalankan sesuatu program yang tidak menyelesaikan masalah pokok. `Address the issue. Not create another issue’.
Penulis menulis kempen PRU14 sudah bermula pada 6hb Mei 2013 iaitu selepas keputusan PRU13 diumumkan. Semalam PKR melalui Timbalan Presiden dan Ketua Angkatan Muda Keadilan, telah mengariskan 5 strategi untuk menang PRU14. Mereka tidak pulak mengkaji pendaftaran Pakatan Rakyat sebagai Pakatan yang berdaftar. Mereka juga tidak mahu membincangkan cadangan PAS DAP PKR menjadi parti tunggal. Jangan tambah kerja mengkaji, menguji dan menyelesaikan apa jua masalah ekoran daripada menjadikan BN parti tunggal.
Sekarang masa bertindak melakukan pembersihan di semua Kementerian. Penulis menyarankan artikel ini mesti di baca dengan penulisan dan cadangan lama seperti :-
  1. di  http://nasirwise.blogspot.com/2013/05/war-room-bn-yang-hebat-dipersalahkan.html
  2.  http://nasirwise.blogspot.com/2013/05/ds-najib-umno-dan-bnsila-tumpu-benda.html
  3. http://nasirwise.blogspot.com/2013/05/memo-kepada-felda-felcrarisda-sime.html
Penulis mencadangkan UMNO/BN menumpukan perhatian kepada `benda yang ada’ di depan mata atau yang sedang di kendong. Takut takut pepatah Melayu iaitu `Yang dikejar tidak dapat, yang di kendong tercicir’ betul betul berlaku.

Tumpuan `pembersihan anasir jahat politik dan pengukuhan sokongan’ boleh di mulakan di Lembah Klang. Ini adalah kerana Lembah Klang adalah PUSAT PENTADBIRAN (penjawat awam di pelbagai Kementerian dan GLC Nasional), PUSAT PEKERJAAN (multinasional swasta seperti Bank dan kilang kilang seperti PROTON dan banyak lagi) dan PUSAT PENDIDIKAN (UiTM dan banyak lagi).

Penulis yakin program ini wajar dilakukan kerana ia boleh menyelesaikan masalah pengundi Lembah Klang balik Kelantan/Terengganu tetapi mengundi pembangkang. Ini menyebabkan Terengganu merosot prestasinya manakala BN kalah di Kelantan. Anak muda Lembah Klang yang selalu mendengar ceramah Ustaz Azhar yang pro PAS, turut mengundi PAS?

Kementerian Dalam Negeri (Jabatan Imigresen)/ Kementerian Pelajaran & Pengajian Tinggi

Pelancong luar yang datang untuk melacur  tidak dialu alukan. Begitu juga dengan pelajar yang menyalahgunakan visa pelajarnya. Penulis ingin cadangkan ketatkan peraturan. Universiti perlu bertanggongjawab juga. Jangan dok nak untung, pelajar yang tidak layak dan mencurigakan diberikan visa. Pelajar dari Negara Arfika juga perlu dikurangkan berperingkat peringkat. Majoriti mereka tidak membawa keuntungan kewangan kepada Malaysia.

Penulis yakin apabila rumah urut / pub di tutup, pelancong dan pelajar pelacur ini sukar menjalankan aktiviti dan lama kelamaan mereka tidak nampak bahawa Malaysia adalah `market’ yang baik untuk mereka. Mereka `prefer` melancong ke Negara lain.  Mereka mungkin menjalankan aktiviti melalui tanpa tempat yang tetap. Macamana nak benteras kegitan mereka?

Banyak cara. Salah satu daripadanya ialah memberi insentif kepada pelapor atau pemberi maklumat.

 Keadah Memeriahkan Cadangan dari orang ramai

Pengalaman kerja meyakinkan ia boleh dilakukan. Sebagai sebuah organisasi besar dan bilangan pekerja yang ramai, organisasi penulis mengalakkan idea dari setiap pekerjanya. Satu idea berharga RM1. Ada pekerja yang menyumbang 135 idea dan 60 ideanya boleh diterima atau tidak bertindah. Pekerja tersebut mendapat RM60 sebulan di atas idea tersebut dan tambahan RM30 lagi di atas idea idea yang sama dengan pekerja lain. Mereka share wang tersebut. Organisasi ini sebagai contoh, mengharapkan idea bagaimana hendak mengurangkan kos opersai di peringkat jabatan mahupun di peringkat syarikat. Jadi ribuan cadangan diterima dan sebuah jawatankuasa menilai. Setiap bulan di umumkan pemenang dan diberikan insentif dan penghargaan.

Di dalam program `pembersihan dan pengkukuhan sokongan pengundi / penyokong sediaada dan pengundi baru’, UMNO/BN boleh menggunakan keadah yang sama. Setiap ahli parti atau penyokong atau rakyat dipelawa memberikan cadangan. Soalan nya boleh di `confine’ supaya ia tidak menyasar jauh. Setiap cadangan ada harga dan nilai. Imbuhannya boleh di bincangkan. Setiap cadangan boleh di emel terus ke Jawatankuasa (emel diberikan). Cadangan yang diberikan akan dikaji dengan teliti. Emel mesti tercatit nama, emel dan no telefon.

Di organisasi penulis dahulu, digalakkan setiap pekerja memberikan idea. Mereka dikehendaki berdiri di hadapan mesyuarat bulanan dan bentangkan cadangan (melatih pekerja public speaking). Oleh kerana faktor masa, di wajibkan seorang wakil dari setiap seksyen di dalam jabatan memberikan cadangan. Jikalau seksyen mempunyai 10 orang, mereka akan bergilir membentangkannya. No excuse.


Kementerian Luar/ Kementerian Pendidikan
Malaysia mempunyai ramai duta di merata negara. Ada negara maju dan ada negara yang mundur. Ada negara mempunyai ramai pelajar Malaysia seperti UK, Australia, Indonesia, Amerika Syarikat dan Singapura. Para Duta sebagai penjawat awam mesti diberikan tugasan tambahan iaitu mengawal selia aktiviti pelajar dan rakyat Malaysia yang berkerja di Negara berkenaan.

Para Duta mesti bergaul rapat dengan mereka. Perhubungan dan perjumpaan mesti diadakan. Dialog dan diskusi diadakan setiap masa. Pendakwah dan persoisu isu semasa di Malaysia. Selain Duta, pemilihan pegawai dan keluarga mereka untuk bertugas di sanapun perlu diteliti secara mendalam. Penulis melihat pegawai dan kelauarga keduataan Malaysia di Dubai adalah anti Kerajaan Malaysia. Mereka menghasut pelajar dan rakyat Malaysia di sana menyokong pembangkang. Cuba perhatikan aktiviti mereka di facebook. Salah satu tugas cybertropper UMNO/BN ialah mengikuti perkembangan pegawai Malaysia di Negara luar. Datuk Anifah Aman mesti keluarkan mereka dari sana.

Begitu halnya juga dengan Pegawai Trade Mission. Tok Pa dan Hamim jangan leka dan seronok. Mereka akan cerita yang seronok aje. Jalan dapat, elaun besar dapat dan sebaran idealogi pembangkang pun dapat.

Duta dan Pegawai Pelajar Malaysia mesti berinteraksi dengan Malaysia student Organization di Amerika Syarikat dengan lebih kerap. Buat program lawatan. `Assign’ Kelab UMNO disana menerajui aktiviti. Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara, tidak silap Datuk Shafie Afdal, memantau rapat. Jangan sesekali melihat dari atas sahaja. Jangan look on the surface sahaja. Go detailing. Program pendaftaran ahli baru, pendaftaran pengundi PRU serta sessi ramah tamah mesti dijalankan.

Pengalaman penulis menjejaki kaki belajar di Amerika Syarikat 15 tahun dahulu sangat berharga untuk dijadikan panduan.  Pelajar Melayu lepasan SPM atau matrik, anjuran MARA atau JPA, biasa akan menjalani kursus induksi di Malaysia sebelum berlepas ke Amerika Syarikat. Tetapi tidak cukup sekadar kursus beberapa hari sahaja. Pelajar yang ke sana akan jadi dua kumpulan iaitu kumpulan baik atau kumpulan jahat. Baik kerana masuk kumpulan dakwah dan jahat kerana berkawan dengan kaki disko, 42nd Street atau minum arak. Yang baik akhirnya menjadi penyokong PAS. Yang jahat pula tidak kisah pasal kenegaraan.

Sebelum mendapat asrama, pelajar muda akan menumpang rumah pelajar senior. Salah satu aktiviti `dera’ ialah menonton `channel playboy’. Terbeliak mata pelajar muda. Sebab itu pada masa itu, penulis berpendirian pelajar lepasan SPM atau Matrik tidak sesuai di hantar ke luar Negara. Hanya selepas memiliki Diploma, mental mereka lebih stabil. Itu cerita dulu. BN kena buat apa sekarang kepada pelajar baru atau pelajar yang sedang belajar di Amerika Syarikat? Di Negara Timur lebih mencabar kerana pengaruh pembangkang amat kuat.

Ramai lagi yang sedang berkhidmat di luar Negara adalah anti kerajaan. Penulis minta Datuk Anifah Aman bertindak tegas terhadap pegawainya. Mereka seumpama `melepaskan anjing tersepit’. Duta duta yang bekerja di luar Negara di Timur tengah khasnya (Negara lain pun mustahak) perlu mendekati pelajar Malaysia `convert’ pendirian mereka. Bekerjasamalah dengan kelab Penuntut Malaysia di sana. Jangan asyik membuang masa `shopping’, bergambar sakan serta melancong ataupun sibuk melayan kedatangan orang Malaysia ke Negara tersebut.

Bercakap pasal pelajar luar Negara tadi, selain duta dan pegawainya di Negara berkenaan, penaja Pusat dan Negeri mesti `berat sebelah’ dan melakukan diskriminasi didalam pemberian biasiswa dan pinjaman. Kita mesti melakukan `diskriminasi’ untuk mengelakkan kekacauan negera di tahun mendatang.

Kementerian Pertahanan/Kementerian Dalam Negeri
Kementerian Pertahanan diminta mengawal selia anggota ATMnya manakala Kementerian Dalam Negeri mesti lakukan sesuatu dengan anggota PDRM. Undi awal PRU13 ada menunjukkan berlakunya sokongan kepada pembangkang. UMNO/BN kena tahu mengapa mereka bertindak demikian. Apa yang kurangnya dan apa kah perkara yang tidak puas hati?. Banyak kes di mana pesara ATM (calon Parlimen Johor Bahru) dan PDRM (Parlimen Larut) adalah penyokong dan tali barut pembangkang. Anggota Keselamatan PDRM dan ATM (majoriti nya orang melayu) mesti `di pengaruhi’ supaya menyokong Kerajaan. Tidak boleh tidak.

Penulis ingin ingatkan BN bahawa bukan sahaja Johor, Sabah dan Sarawak yang menjadi simpanan tetap BN tetapi Persatuan Veteran POLIS dan Tentera, RELAWAN, Pertubuhan Silat, sebilangan Gerakan Belia dan Majlis Belia, Persatuan Penghulu dan JKKK, MUBARAK dan banyak NGO NGO Melayu juga simpanan tetap BN. Beri perhatian  dan bantu mereka. Beri mereka tugasan spesifik. InsyALLAH mereka akan jayakan.

Datuk Seri Zahid dan Datuk Seri Hishamuddin sebagai naib presiden UMNO mesti menjaga anak buahnya supaya menyokong BN. Mereka yang `anti kerajaan’ wajar di kecilkan impaknya. Atau di convert mereka. Sekali sekala Jen (B) Khir Jamil Baharom mentarbiahkan anggota keselamatan. Strategi menawan hati anggota keselamatan mesti diteruskan tanpa henti. Umpamanya `sembahyang lah kamu seumpama kamu akan mati esok’.


Kementerian Pelajaran
Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi bagaimana? Penulis kata ada 3 kategori yang perlu YAB Tan Sri Muhyiddin, YB Datuk Seri Idris, YB Datin Mary Yap dan YB Kamalanathan perhatikan. (1)Penjawat awam di Kementerian,Jabatan Pelajaran, Universiti dan sekolah, (2) Pensyarah atau guru (3) Mahasiswa dan pelajar.

Baru baru ini di Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam, seorang guru Koko telah melakukan jenayah politik terhadap anak muridnya yang mungkin ibubapanya penyokong BN. Sudah sampai masanya Kementerian Pelajaran bertindak. Di Universiti ramai yang berfikiran seperti Dr Aziz Bari. Tahniah kepada UIA yang memecatnya.. Makan gaji Kerajaan tetapi hetam balik. Seperti kata DS Zahid Hamidi, kalau suka sangat dengan Negara republik, sila angkat kaki. Kami tidak perlukan awak semua.

Universiti Penguruan Sultan Idris sedang memberikan latihan kepada Adam Adli untuk menjadi seorang Guru. Penulis harap Adam Adli dan kekawannya di `gagal’kan dan tidak menjadi seorang guru. Kalau dia dan kekawan menjadi guru, pelbagai kemungkinan yang buruk akan terjadi kepada anak murid termasuk anak penulis. Ini adalah contoh terbaik mengapa pembersihan mesti dilakukan.

 Prof Datuk Halim Sidek, ahli Majlis Professor Negara menyebut ada pelajar yang mencabar dan mencemuh Pak Guard Universiti dengan melanggar undang undang APKU. Ada yang bawa masuk risalah politik dalam kampus dan simpan dalam locker. Ada yang pakai TShirt politik dalam kampus. Semasa kuliah pakai jaket, habis kuliah buka jaket dan terpampang symbol parti pembangkang.

Mari kita syorkan pesalah ini digantung belajar atau dibuang dari Universiti. Jadikan ingkar dengan peraturan APKU menjadi kesalahan `major disconduct’. Mereka ini hanya menyusahkan orang lain dan hendak `glamour’ atau nak perhatian pelajar lain. Anggaplah mereka najis khinzir. Jangan najis mereka terpalit pada pelajar lain.

AUKU 
Asalamulaikum Tan Sri Prof Ibrahim Shah yang di hormati

Penulis mendengar 2 kali rancangan Helo Malaysia di Bernama TV yang salah satu daripadanya perbahasan aialah mengenai APKU dan peraturan pelajar berpolitik. Tan Sri telah menyatakan pendirian Tan Sri kepada kepimpinan dahulu akan bahayanya jika membenarkan pelajar Universiti berpolitik. Satu sebabnya ialah mereka akan abaikan pelajaran dan terbukti benar apabila di Majlis Konvokesyen di kebanyakan Universiti, pelajar Melayu jauh ketinggalan. Pelajar Cina membelot Anugerah Dekan dan Anugerah DiRaja. Pelajar Melayu sekadar lulus dengan CGPA 2-2.5 sahaja. 80 peratus pelajar Cina yang mendapatkan pinjaman PTPTN ditukar kepada biasiswa dan tidak perlu dibayar balik.
Tan Sri meminta Kerajaan mengkaji semula peraturan ini dan jika tidak silap ia kena melalui perbahasan di Parlimen lagi. Besar kemungkinan Ahli Parlimen tidak akan membenarkan ia berlaku kerana pembangkanglah yang mendapat menefaatnya. Idealogi `anti establishment’ disemai di peringkat Universiti lagi. Bayangkan Persatuan Pelajar yang pro Kerajaan dan Pro Pembangkang yang wujud di kampus. Penulis berani kata, Persatuan Pelajar yang Pro Kerajaan lebih bersopan dan beretika daripada Persatuan Pro Pembangkang.
So, pada pandangan penulis, sementara kita dapat meminda APKU ini, kita kena buat sesuatu. Penulis hendak memberi contoh dengan mengfokuskan UiTM kerana keunikannya. UiTM adalah masa hadapan orang Melayu. UiTM adalah pengilang pemikir dan usahawan Melayu. Jikalau ia gagal di peringkat ini, maka gagal lah di peringkat pekerjaan dan Negara.
Sama seperti puak pembangkang. Aktif di dalam kampus. Agenda Pembersihan mesti dilaksanakan pada (1) penjawat awam di UiTM meliputi Naib Censelor, Pendaftar, Bendahari, Pentadbir Am dan serendah jawatan pemandu dan pengawal keselamatan. (2) Tenaga pengajar daripada Dekan Fakulti, Pensyarah dan Mentor (3) Pelajar UiTM itu sendiri.

Imbasan penulisan mengenai program pembersihan di UiTM bulan lepas…..
UiTM
UiTM adalah harta kita yang boleh disandarkan pada masa hadapan. Hampir setiap negeri ada kampus cawangannya. Di Melaka ada kampus di Lendu, di Bandar dan terkini di Merlimau. Penulis tidak sempat mendapatkan data tentang bilangan `intake’ setiap tahun. Tetapi puluhan ribu juga.

Mahasiswa dan siswi yang melangkah masuk UiTM berumur 18 tahun. Anak anak ini masih boleh dibentuk pendirian mereka. Dulu Kerajaan tidak galakkan parti politik memasuki Universiti kerana nak mereka tumpu kepada pelajaran. Malangnya keikhlasan Kerajaan melarang UMNO/BN aktif di Universiti, telah menyusahkan kembali kepada Kerajaan. Impaknya nampak sekarang. Mereka anti Kerajaan. Mereka aktif berdemonstrasi. Rosak akhlak dan mengundi DAP yang rasis, PKR yang mabuk kuasa dan minat LBGT dan pruralisma.

PAS berkembang hebat di kampus kampus dan impaknya besar sekarang. Penyokongnya amat taksub kepada pemimpin. Maaf saya katakan Kerajaan sendiri yang menyebabkan kemerosotan pengundi anak Melayu. Penulis ingin juga meliihat  anak cucu penulis menjadi Menteri satu masa nanti. Tetapi tindak tanduk Kerajaan tidak menjaga harta di dalam tangan, UMNO/BN mungkin tidak relevan lagi dalam tahun mendatang jika tidak berbuat sesuatu. DAP PKR PAS akan merubah segalanya dan amat mustahil untuk kita rebut kembali. Pulau Pinang akan menjadi seperti Singapura (mungkin mereka ingin menjadi sebuah Negara tersendiri) dan Hong Kong. Selangor semakin sukar dirampas. Kelantan yang menjadi mustahil untuk dimiliki oleh UMNO/BN.

Penulis berkata demikian kerana UMNO/BN kalah di Kelantan dan merosot di Terengganu  kerana pengundi Kelantan / Terengganu yang bekerja, belajar dan tinggal luar Kelantan/Terengganu. Mahasiswa dan siswi menyumbang kepada kekalahan dan kemerosotan UMNO/BN pada masakini dan akan datang jika Kerajaan berdiam tanpa tindakan. Kata DS Zahid dan DS S Subramaniam mencegah itu lebih baik daripada rawatan.

Berilah peluang dan kuasa kepada YBhg Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah melaksana agenda `pengkukuhan sokongan kepada UMNO/BN’ dan Prof Dr Sahul Hamid mem`bersih anasir anti Kerajaan’ di kalangan pensyarah dan kakitangan UiTM. Mungkin sukar hendak dilaksanakan kerana melibat cerdik pandai tetapi `start somewhere’. Banyakkan dialog dan interaksi dengan pemimpin Negara dan terapkan pri mustahaknya kuasa politik di tangan UMNO/BN dan TIDAK pada Melayu dalam DAP PKR PAS.

Banyak dan padatkan aktiviti kepelajaran di kampus yang menjuruskan kepada pembentukan mahasiswa siswi yang open dan sokong Kerajaan. Sessi suaikenal UiTM mesti dikendalikan badan pelajar yang pro Kerajaan. Zaman penulis di ITM dulu, sessi suai kenal di kendalikan oleh badan pelajar yang pro Islam (sekarang pro islam bermakna pro pembangkang dan anwar Ibrahim). Pengurusan mesti rombak dan libatkan UMNO/BN. Pengkukuhan bermula di sini lagi.

Fahamkan mereka erti kemerdekaan dan pentingnya menjaga hak istemewa orang Melayu dan UiTM. Suruh mereka mendafter sebagai undi dan dapatkan maklumat di masa mereka mengundi. Terangkan kepada mereka mustahaknya percaturan meletakkan pengundi pengundi di kawasan tertentu.

Penulis yakin dengan kebolehan kedua dua Prof dari UiTM ini. Sepatah kata Tan Sri Sanusi Junid di dalam Mingguan Malaysia 19hb Mei 2013, terlalu ramai cerdik pandai ingin memberi sumbangan idea kepada kerajaan tetapi tiada engagement secara yang sepatutnya. Dikatakan PM ini mempunyai ramai penasihat dan bergerak `within their circle’ sahaja. Ketewasan penasihat pun telah menjadi isu kepada UMNO dan pembangkang. Ada yang sorakkan kekalahan mereka.

Penulis  cadang PM menasihati atau mengarahkan penasihatnya supaya mencari jalan untuk mengemling pendapat veteran UMNO/BN dan para cendiakawan Melayu Cina dan India. Mesti jumpa mereka dan beri mereka pengiktirafan. Mereka nak sumbang idea. Engagement begini akan menguatkan lagi sokongan para veteran UMNO dan cendekiawan terhadap UMNO/BN. Inilah harta kita YAB DS Najib dan YAB TS Muhyiddin. Penulis nak ulang sekali lagi, `yang dikejar (pengundi Cina) tidak dapat, yang dikendong (pengundi Melayu & India dan Bumiputrea Sabah Sarawak) tercicir’.
Salah satu idea yang diberikan adalah seperti di bawah:-
Anonymous said...
UiTM kena lambakan sebanyak mungkin graduan undang-undang dari kalangan anak bumiputra luar bandar...bukan kah undi luar bandar yang menterabatkan BN pada PRU13...jadi kepada VC UiTM fokuskan program Menjejak Destini Anak Bangsa tu kepada mengrekrut pengambilan anak bumiputra luar bandar yang kurang mampu untuk mengikuti program sarjana muda undang....bila ramai lawyer dikalangan bumiputra UMNO, Bumiputra & Islam tak akan kena buli lagi dengan sepet, pungkok dan toncit laknatullah...

Ibrahim Kati
May 25, 2013 at 12:22:00 AM GMT+8
Ulasan ini timbul ekoran kes Majistret Norashikin tidak membenarkan permohonan  reman oleh PDRM terhadap Tian Chua, Haris Ibrahim dan Tamrin Ghafar. Pengulas dan rakyat seakan hilang kepercayaan terhadap badan kehakiman yang dilihat pro pembangkang.
Tan Sri Prof Dr Ibrahim,
Pengulas di atas mahukan UiTM mengeluarkan graduan undang undang yang baik dalam bilangan yang ramai. Didik mereka ilmu undang undang dan juga tanamkan semangat Melayu dan Islam serta sayangi BN. Bantu mereka dengan kelas tambahan. Hantar kursus BTN. Involvekan mereka dengan program Belia. Rapat dengan mereka. Dedahkan mereka kepada pengamal undang undang yang terkenal. Selalu panggil penasihat undang undang UMNO memberi ceramah. Yang DiPertua Dewan Negara pun boleh. Aturkan `practical training’ untuk mereka. Sebelum tamat pengajian, carikan tempat kerja atau berurus dengan JPA atau SPA untuk mengisi kekosongan di Badan Kehakiman. Pastikan program ini menempatkan mereka ini diberikan keutamaan. `Graduan undang undang UiTM first’ di Badan Kehakiman mesti di realisasikan. Mungkin graduan UIA juga perlu dipertimbangkan juga.
Inkubator Peguam Muda
Penulis pernah mencadangkan setiap Bahagian UMNO/BN di Melaka dan seluruh Negara untuk menyediakan Inkubator Peguam Muda’ untuk berkerja dan berkhidmat kepada rakyat. UMNO/BN sediakan tempat atau ruang pejabat lengkap dengan kemudahan dan peruntukan kewangan untuk gaji dan kos operasi. Seorang dua peguam berpengalaman atau mentor membantu peguam muda menjalankan tugas. Kalau di Melaka, inkubator ini akan diberikan kontrak `sales and purchase agreement’ supaya pendapatan yang diterima akan membantu mengajikan lebih ramai peguam muda melayu. Banyak GLC Melaka memberikan kepada kroni Melayu (Nordin Group dan Abu Seman) dan Cina. Hentikan dan beri kontrak kepada inkubator peguam muda ini. Syarikat guaman yang lama boleh berdiri sendiri. Sepatutnya curahkan sedikit pengalaman kepada Inkubator Peguam Muda.
Antara tugas peguam muda ini ialah mempelajari selok belok pengurusan saman fitnah. Kenapa saman fitnah? Kerana ia adalah bidang yang menguntungkan. Saman boleh mencecah RM100 juta. Setiap hari, peguam mesti melihat kenyataan oleh pembangkang atau blogger atau pengendali media so..sial yang berunsur fitnah. Jika ada, buat persediaan menyaman. Melalui proses ini, peguam akan belajar. Kes pertama, kedua dan ketiga mungkin kalah tetapi pengalaman itu mustahak. Jika setiap bahagian UMNO/BN menyaman Anwar Ibrahim sebagai contohnya, penat juga dia kerana hari ini kena hadir mahkamah di Melaka, esok di Alor Setar, lusa di Kota Kinabalu, tulat di Johor Bahru dan seterusnya. Lama lama tua di jalanan dan mahkamah sahaja.
Inkubator ini seumpama Red Bean Army cuma ia berada di setiap Parlimen atau DUN di seluruh Negara . dan beroperasi seperti perniagaan lain. Kalau ada space yang lebih, boleh tempatkan Cybertropper UMNO/BN di tempat yang sama. Cybertropper boleh meng`highlight’ penfitnah di media so…sial kepada peguam muda untuk tindakan undang undang. Apabila ada tindakan, nescaya penfitnah Cina akan lebih bertanggonjawab.
Penulis amat yakin dan percaya, jika program `pembersihan’ dan `Graduan Undang undang  UiTM first’ di laksanakan, pelajar lepasan SPM dan memasuki UiTM pada umur 18 tahun, menjalani pengajian dan induksi yang sepatutnya selama 3 tahun, apabila lulus Diploma pada umur 21 tahun, mendaftar sebagai pengundi, akan menyokong BN. Jikalau graduan ini berada rapat dengan BN di dalam program inkubator, mereka adalah penyokong dan mungkin ahli BN yang tegar.

Penulis boleh mencadangkan banyak Inkubator untuk anak muda. Antaranya Inkubator untuk Arkitek, Jurutera Sivil, Ejen Hartanah, Ukur Bahan, Akauntan dan banyak lagi. Jika BN pandai, bantu dan latih mereka. Beri peluang kerja yang Kerajaan laksanakan. Sebagai contoh, Kumpulan Melaka Berhad ingin menjalankan projek Pusat Perumahan, kerja kerja konsep dan pelan boleh dimajukan kepada Inkubator Arkitek. Pengiraan kos pembangunan secara detDalam setahun atau 2 tahun, mereka bail dibuat oleh team Inkubator Ukur Bahan, konsultan sivil, mekanikal dan elektrikal boleh diserahkan kepada Inkubator berkenaan. Ketika pembinaan, ia diselia oleh Jurutera dan penjualan unit unit rumah dilakukan oleh Inkubator Ejen Hartanah. Jika ada pembelian, Inkubator Peguam akan menyediakan `Sales and Purchase Agreement’. Juga Bank Loan.
Rangkaian ini jangan diputuskan. InsyALLAH mereka akan mengenang jasa BN dan sokong BN.
Jikalau penulis ada sumber kewangan, penulis sendiri ingin membantu anak muda lepasan Instituit Kemahiran. Contohnya, lepasan mekanik motosikal. Dengan kerjasama IKM atau IKBN, senarai lepasan mekanik boleh diperolehi.  Penulis akan bantu menyediakan pelan perniagaan bengkel motosikal di merata Melaka. Penulis akan berkerjasama dengan MODENAS untuk latihan 3-6 bulan untuk mencekapkan lagi kemahiran mereka. Setiap Bengkel motosikal akan diurus oleh dua mekanik. Kedai disewa atas nama penulis. Peralatan disediakan dan `sparepart’ akan dibekalkan oleh Pasaraya Sparepart Penulis. Setiap servis dan sparepart akan ditetapkan harganya. Ilmu kira kira akan diberikan. Untuk 2 tahun pertama, mereka akan menerima `profit sharing 70:30’. Selepas dinilai kebersediaan para mekanik tersebut, kedai ini diuruskan mereka sepenuhnya. Keuntungan milik mereka. Mereka boleh membeli sparepart dengan Pasaraya Sparepart Penulis. Penulis akan pastikan penulis mendapat harga sparepart terbaik  kerana pembelian pukal. Ini satu contoh bagaimana BN hendak tetap utuh dianatara BN dan mekanik tadi. Kalau di DUN Paya Rumput sahaja kita boleh wujudkan 10 bengkel motosikal.

Tan Sri Prof Dr Ibrahim ,
Apa yang boleh Tan Sri lakukan untuk menyelamatkan bangsa Melayu, agama Islamnya  hasil daripada ancaman tersusun pihak luar dengan kerjasama Anwar Ibrahim dan Negara tercinta ini. Apa akan terjadi kepada UiTM jika Anwar Ibrahim menjadi PM, Lim Kit Siang menjadi TPM dan Mohd Nizar Jamaludin menjadi Menteri Pelajaran/Pendidikan.? Hancur….

Kementerian Komunikasi dan Multimedia

Undang undang penyebaran maklumat fitnah di media social perlu dikuatkuasakan. Penulis hairan Kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap majoriti penyebar fitnah seperti Red Bean Amry. Ramai yang bersetuju bahawa 80 peratus maklumat di social media pada minggu PRU13 (1hb Mei -7hb Mei 20130 adalah palsu. Salah satu sebab kekalahan calon BN adalah disebabkan berita palsu yang menguasai alam maya pada minggu itu dan ia tidak berbalas ini. Benar agakan dan tekanan penulis. Penulis selalu ingatkan anak dan isteri yang media social ini SO…SIAL (sungguh sial). Jika tidak di kawal,anak anak dan isteri begitu asyik bermain telefon. Pelajaran tertinggal dan kerja rumah tergendala. Media SO.. SIAL.

 

Jikalau nak kawal tidak susah. Di facebook, penulis cuba `add new friend’ terlalu ramai. Seperti biasa penulis di warning oleh administrator dan pernah diblock 7 hari. Penulis rasa Kerajaan dengan kerjasama media social provider untuk block akaun facebook, twitter dan sebagainya jika di dapati ia menyebarkan fitnah. Penama / pemegang akaun boleh didenda dengan tidak dibenarkan mendaftar dengan nama akaun yang telah di blacklist.


Atas nama menyekat penyebaran fitnah, Kerajaan mesti hukum mereka yang bersalah. Ini boleh menyebabkan mereka akan berhati hati menggunakan media so sial, twitter dan instantgram.
Kementerian Pertanian dan industri Asas Tani
Kementerian ini juga mempunyai bilangan penjawat awam yang tinggi. Selain daripada penjawat awam di kementerian dan di jabatan, Kementerian ini mempunyai agensi termasuklah MARDI dan FAMA. Penulis akan menulis panjang apa yang boleh dilakukan di kementerian Pertanian di lambaran lain.
Kesimpulan

Dengan contoh contoh yang diberikan di sini dan di penulisan sebelum ini, Kerajaan BN sudah cukup `busy’ untuk melakukan transformasi  di kalangan Kementerian sahaja. Biro penerangan UMNO boleh menjadi sebahagian daripada team program kerana ketuanya selalu menyatakan yang baik baik sahaja. Very artificial. BN kena tubuh satu badan bertindak seumpama Sekretariat PEMANDU. Jika Datuk Seri Mohd Ali Rustam sudi menolong, ia sangat meningkatkan kebarangkalian untuk berjaya. Dedikasi dan keinginan berkerja beliau sangat tinggi. Beliau perlu diberikan peruntukan dan pasukan.

3 comments:

  1. SALAM.GMC SETUJU JGN YG DI KEJAR TAK DPT YG DLM DELIMUT TERBURAI.

    ReplyDelete
  2. Masalahnya ialah ramai kelihatan pemimpin2 umno ni dah tak bersemangat lagi untuk membantu orang2 melayu secara terang2. Boleh kah disenaraikan apa keistimewaan melayu yang telah dan akan dikecapi oleh orang2 melayu berlandaskan perlembagaan yang ada?

    ReplyDelete
  3. salm:Tuan mohon dapat dihebahkan pendangan bernas dari tuan agar dpt membuka minda pemimpin2 melayu khususnya UMNO.wassallam

    ReplyDelete