AKTA SOSMA telah dicuba
di Mahkamah dan ternyata AKTA SOSMA `contestable’ dan tidak boleh digunakan
untuk mencegah keganasan. Kes pertama ialah dakwaan keatas Yazid Sufaat. Beliau
dan kawan kawan terlepas dari dakwaan Akta SOSMA. Satu tamparan buat KDN, PDRM
dan Jabatan Peguam Negara.
Ini bermakna 3 pemimpin
pembangkang yang dikaitkan di dalam kes pencerobohan Lahad Datu dan bakal
dibicarakan mengikut AKTA SOSMA, boleh tidur
lena dan boleh mimipikan kemenangan.
Yang menakutkan penulis
ialah Penganas Sulu yang menceroboh, menyerang dan membunuh anggota
keselamatan, KEMUNGKINAN AKAN DILEPASKAN OLEH MAHKAMAH atas faktor teknikal.
Penulis rasa selepas ini para peguam dari DAP PKR PAS akan menawarkan diri
membela pengganas SULU untuk kemenangan
politik. Sultan Sulu, Sultan KIRAM111
boleh menarik nafas lega kerana para bala tenteranya bakal bebas.
Penulis tidak pasti
bagaimana AKTA SOSMA dirangka dan diluluskan di Parlimen. Adakah Jabatan
Kehakiman atau Yang Arif Tuan Hakim
terlibat di dalam proses perangkaan sesuatu AKTA? Penulis rasa para Tuan
Hakim patut terlibat supaya kerana mereka tahu apa yang menyebabkan dakwaan di
lepaskan dan pesalah dibebaskan.
Selepas ini AKTA
PERHIMPUNAN AMAN akan dibicarakan. ADUN PKR Seri Setia, NIK Nazmi menjadi `acid
test’. Peguam PAS DAP PKR sudah kata bahawa AKTA PERHIMPUNAN AWAM tidak boleh
digunapakai.
Penulis merasa tepat
firasat hati penulis, yang Menteri yang bertanggongjawab mengenai Kehakiman dan
undang undang, Datuk Seri Nazri Aziz,
TIDAK teliti di dalam kerjanya. AKTA di buat dengan tergesa gesa dan
tidak menyeluruh. Impaknya nampak sekarang.
Sebagai `sekadar
pandangan’ daripada seorang rakyat Malaysia ,
keamanan dan kesejahteraan Malaysia
sekarang ini bergantung kepada sistem kehakiman Negara dan para Hakim
kerana institusi ini mengatasi ahli politik, rakyat dan Kerajaan. Menteri
KDN, PDRM dan Peguam Negara sudah menjalankan tugas mereka tetapi Mahkamah
tidak menyebelahi mereka. Sistem dan pendirian para Hakim BOLEH mencorakkan
sesebuah masyarakat kerana para Hakim adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia .
No comments:
Post a Comment