Karpal Singh
membuat hal lagi. Kali ini beliau mencadangkan Dewan Negara harus dibubarkan.
Membazirkan wang rakyat dan membawa political mileage kepada BN sahaja.
Pada penulis
Karpal Singh berstrategi supaya orang Cina senantiasa menyokong DAP. Pembubaran
Dewan Negara meringkaskan perjalanan kelulusan sesesuatu AKTA dan ia
menjimatkan kewangan rakyat. Apa jua cadangan untuk menghapuskan kuasa Melayu
dan mengurangkan belanjawan, orang Cina akan sokong.
BN selalu di
terperanjatkan oleh kerenah dan cadangan Karpal Singh. BN asyik kena cari jalan
untuk menjawab cadangan beliau.
Penulis
cadang BN melangkah hadapan dan mencadangkan sesuatu yang boleh memeningkan
kepala mereka.
Penulis
cadang BN mengusulkan AKTA serupa dengan Patriot Act di Amerika Syarikat atau
Anti Terrorist Act di British. Atau AKTA fitnah Media So sial yang memungkinkan
pesalah dirotan jika didapati bersalah. Buat persediaan pembentangan di
Parlimen. Lulus atau tidak lulus, BN kena peningkan kepala mereka. Sikap
offensive begini perlu di dalam situasi politik masakini.
No comments:
Post a Comment