Thursday, 23 May 2013

KES BUNUH DATUK SOLISAWATI LAWIYA..



Tahniah kepada pasukan pendakwaan dan tahniah juga kepada Yang Arif Datuk Akhtar Tahir.
Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini 23 Mei 2013, membuat keputusan bahawa keempat empat tertuduh termasuk seorang bekas peguam bersalah membunuh jutawan Melayu Sosilawati dan 3 orang lagi. Mereka dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
Alhamdulilah selesai satu peringkat. Nescaya pembunuh tersebut akan merayu. Harap pasukan pendakwaan akan terus konsisten dan menang kes ini. Hakim telah memuji pihak pendakwaan di atas pembentangan bukti walaupun mayat tidak dijumpai. Keadah DNA telah digunapakai.


Inilah harapan penulis terhadap pasukan pendakwaan. `Do your upmost best’ di dalam kes perhimpunan yang tidak mendapat kelulusan PDRM. Juga kepada Yang Arif Tuan Hakim yang cintakan kedamaian, keamanan, keselesaan orang ramai, hak asasi orang lain dan kesucian agama Islam.

TIADA MANUSIA YANG MAKSUM KECUALI NABI MUHAMMAD,
Jikalau penulis, yang beragama Islam, ditugaskan mengadili kes murtad, penulis akan menggunakan asas agama untuk membuat keputusan sebagai approach utama. Kemudian barulah melihat rasionalnya. Jikalau orang Melayu sejak lahir beragama Islam ingin bertukar agama Islamnya, maka ia tidak dibenarkan sama sekali.  Begitu juga dengan kes Kalimah ALLAH.


Akan tetapi jika seorang Cina/India baru memeluk Islam beberapa bulan dulu kerana berkahwin dengan orang Islam, kemudian bercerai, penulis akan cuba menasihati pemohon murtad itu terlebih dahulu. Dan jika pemohon berkeras juga, maka penulis akan membenarkannya `without prejudice’. Penulis tidak mahu menanggong dosa dengan ALLAH SWT kerana meluluskan kemurtadan pemohon. Susah menjadi Hakim ini. Dunia dan Akhirat kena jaga.

Begitu juga di dalam kes perhimpunan ganas yang terang dan jelas merosakkan harta benda awam, kesesakan lalulintas dan mengancam nyawa anggota polis yang bertugas dan pengguna jalanraya. Pengajaran wajar di berikan dan keadilan untuk rakyat Malaysia mesti ditegakkan serta kedaulatan undang undang terus dipelihara. 

TAHNIAH KEPADA PDRM KERANA MENCEKUP TIAN CHUA, HARIS IBRAHIM DAN TAMRIN GHAFFAR ATAS KESALAHAN AKTA HASUTAN. JABATAN PEGUAM NEGARA MESTI CUBA MENSABITKAN MEREKA MELALUI FAKTA WALAUPUN TERANG DAN JELAS MEREKA MELAKUKAN KESALAHAN.

Penulis tiada niat untuk menghina Mahkamah mahupun Yang Arif Tuan Hakim tetapi dalam filem Inggeris dan India terutamanya, ada berlaku pilih kasih, ketidak ketulusan di dalam penghakiman (seperti DS Anwar Ibrahim dan rakan rakan mendakwa sistem Kehakiman Malaysia adalah yang terburuk) dan Tuan Hakim terpengaruh dengan ideologi pembangkang. Harap harap tiada berlaku di Malaysia di mana suasana politik pembangkang yang agresif mencorakkan pengadilan?  

No comments:

Post a Comment