Friday, 10 May 2013

JAWATAN MB TERENGGANU TERJAWAB. DATUK SERI AHMAD SAID LEGA


Penulis mengucapkan tahniah kepada Datuk Ahmad Said kerana di lantik semula sebagai Menteri Besar Terengganu. Sebelum ini, penulis ada mengulas kemungkinan Terengganu mendapat MB baru. Penulis terpanggil menulis kerana prestasi buruk BN di Terengganu. Kalau di negeri lain, bolehlah kita kata pengundi Cina Bandar. Di Terengganu, pengundi muda dari luar Terengganu dan juga pengaruh PAS yang meningkat. Mungkin ada kelalaian dimana mana. Cuba check. Penulis menerima `pagesview’ yang tinggi.
Penulis harap penulis dapat membantu Datuk Ahmad Said memberikan idea idea untuk menarik undi orang muda. Orang muda yang tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur dan Bandar besar lain. Bekerja di sektor awam dan swasta. Penulis harap Datuk Ahmad Said dan BN aktif di Kuala Lumpur berhubungan dan beraktiviti. Kerja kerja di Terengganu harus di teruskan sebaik biasa tetapi dengan 5 kali ganda kekuatan. Maklum lagi berhadapan dengan pembangkang.
Think thank team mesti menjurus kepada strategi mengkengkang pengaruh PAS dan menarik minat orang muda ke kem BN.
Penulis bersetuju dengan perlantikan semula jawatan MB untuk penggal kedua kerana BN tidak mahu berlakunya pergolakan sesama BN. Jika tidak hati hati, insiden `lompat parti’ boleh berlaku seperti di Perak.
Selamat berjuang.

No comments:

Post a Comment