Ramai penganalisis politik
sedang meneka, mencadang dan melobi `favorite’ mereka menjadi barisan baru
Kabinet DS Mohd Najib Tun Razak. Pengumuman dijangka akan di buat hari Rabu 15
Mei ini. Penulis yakin DS Najib telahpun berada diperingkat terakhir
memutakmadkan barisannya. Penulis ingin tahu juga siapakah think thank DS Najib
di dalam membariskan kabinetnya. Pada asasnya, ramai yang mencadangkan DS Najib
wajar menampilkan 50 peratus muka baru barisan Kabinetnya. Daripada itu, 10-15
peratus mestilah professional di dalam bidang masing masing. Ramai sedia maklum, rakyat kurang selesa
apabila DS Najib menggugurkan hanya 2 atau 3 menteri dan 3-4 timbalan menteri semasa penamaan calon dahulu.
Dengan tsunami Cina, 4- orang lagi yang berjawatan Menteri/Ketua
Menteri/Menteri Besar dan Timbalan Menteri tewas di dalam PRU13. Ini memberi ruang kepada DS Najib membuat percaturan.
Penulis merasa pemilihanan akan dibuat berdasarkan kepada
isu isu di bawah:-
- Implikasi Keputusan PRU 13 yang
meliputi (i) berlakunya Tsunami
Cina dan anak muda, pengaruh PAS dan ancaman PKR dan DAP, (ii) sokongan
kuat dari kaum Melayu, indian dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.(iii) Keengganan
MCA dan GERAKAN menganggotai barisan Kabinet.
- Ancaman demonstrasi dan huru hara seluruh
Negara oleh DS Anwar Ibrahim yang berkehendakkan Menteri Keselamatan Dalam
Negeri yang tegas, undang undang yang `non contestable’ dan para Hakim
yang bijaksana. (undang2 dan penguatkuasaan)
- Meneruskan agenda Transformasi Negara
(Ekonomi, Kerajaan, Politik, Sosial)
- Mengambilkira bekas menteri pusat, ketua
menteri/menteri besar dan ahli parlimen yang berprestasi baik tetapi tewas
di dalam PRU13. Juga professional dan ahli akademik yang `resourceful’.
Apabila keputusan PRU13
diketahui, jelas polarisasi kaum telah mencorakkan pemilihan wakil rakyat
mereka. Majoriti orang Cina di Bandar menolak BN dan tidak mahu berkongsi kuasa dan ekonomi dengan orang Melayu. DS
Najib perlu mencari seorang ahli kabinet yang berpengalaman mengetuai sebuah
Kementerian/jabatan mengatur program penyatuan kaum termasuk Konsep 1 Malaysia. Pada penulis, Konsep 1 Malaysia sebenarnya bertujuan
meyatupadukan rakyat Malaysia .
Jesteru itu TIADA KEPERLUAN. DS Najib perlu giat mengisi program 1 Malaysia .
Jikalau DS Najib merasa Perpaduan
kaum akan menjadi agenda utama Kerajaan, seorang Menteri kanan bersama dengan 3
timbalan menteri (Cina dan India serta Bumiputera Sabah Sarawak) di
wujudkan.
Selepas PRU13, Pakatan Rakyat
telah menganjurkan himpuman haram di Kelana Jaya dan Batu Kawan untuk memprotes
keputusan PRU13. Diberitakan perhimpunan akan diadakan di beberapa tempat lagi.
Penulis rasa keadaan perhimpunan ini sudah tidak terurus oleh KDN, PDRM dan
Peguam Negara. Di Singapura, pendemonstrasi ditangkap terus dan tindakan
diambil terus. Adakah ketiadaan tindakan kerana Menteri KDN belum di lantik?
PDRM boleh bertindak kerana SOP bertindak sudah ada. Ramai juga rakyat gelisah
melihatkan DS Anwar dan kuncunya membina momentum demonstrasi. Secara amnya banyak suara suara supaya Menteri
KDN di ganti dengan mereka yang lebih berani, tegas dan berpengalaman. Blogger
blogger sedang melobi mantan Ketua polis Negara Tan Sri Rahim Nor atau Tan Sri
Musa Hassan atau mantan panglima ATM, Tan
Sri Zaini. Di peringkat PDRM, dengan
bersara wajibnya Tan Sri Ismail Omar pada 17 Mei 2013 ini, timbalannya Tan Sri
Khalid Abu Bakar akan dinaikkan pangkat. Tan Sri Khalid wajar di sokong oleh
seorang timbalan yang segarang Ketua Polis Johor. Dengan gabungan Tan Sri Rahim
Nor atau Tan Sri Musa Hassan atau Tan
Sri Zaini, yang terkenal dengan keberaniannya, Tan Sri Khalid Abu Bakar, Datuk
Mokhtar KP Johor, dan Peguam Negara yang bijak, Negara akan lebih selamat.
Menteri Penerangan TIDAK WAJAR diberikan
kepada YB Ahmad Maslan. Beliau tidak `perform’ dan gagal di dalam jentera
penerangan BN dan hal ehwal FELDA. Kita kena mencari calon yang bahasanya
sebaik Datuk Seri Rais Yatim. Kenapa Datuk Seri Rais tergugur? Penulis rasa
rakyat terbosan dengan penampilan (dengan isterinya, Datin Seri Maznah) terlalu
banyak di dalam TV1 dan TV2. Kementerian Penerangan ini amat mustahak kepada
Kerajaan untuk penyebaran maklumat dan propaganda Kerajaan. Penulis cadang
Datuk Seri Jamil Khir Baharom tetapi Beliau kena belajar tugasan di SKKM dan
berhadapan dengan dunia hiburan.
Kementerian Belia dan Sukan ada
baiknya di asingkan. Menteri Sukan boleh dikekalkan dan diamanahkan kepada
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Menteri Belia diberikan kepada YB Khairy
Jamaluddin. Tugasnya amat berat kerana ia perlu menawan hati anak muda dan belia
supaya menyokong BN.
Menteri Pengajian Tinggi wajar
diberi peluang kepada Tan Sri Prof Dr Ibrahim Shah, yang banyak berjasa kepada
UiTM. Penulis berpendapat Kerajaan perlu memelihara institusi Melayu ini. Anak
Melayu inilah harapan Malaysia
dan BN di masa hadapan. UiTM ini merupakan pengilang anak Melayu berpendidikan
dan usahawan Bumiputera akan datang. Setiap tahun, ribuan anak muda akan
memasuki pasaran pekerjaan dan perniagaan. Iman kepada Islam dan sayangi Melayu
/ BN perlu ditanamkan. Sekurang kurangnya mereka boleh menjadi ejen UMNO/BN di
luar nanti. Tan Sri akan diharapkan akan dapat membentuk minda menyayangi
Melayu dan Negara sebelum mereka ini di racuni oleh anasir DAP PKR PAS.
Lingkages dengan pertubuhan politik perkauman seperti DAP mesti di putuskan.
Cerita sebenar PKR mesti dibentangkan dan dibahaskan. Pengaruh PAS mesti di
kengkang. Persatuan pelajar yang pro pembangkang mesti dihapuskan kerana mereka
sudah tidak boleh memilih yang baik atau buruk. Zaman kecemasan orang melayu
dah sampai. Mahasiswa dan siswi mesti ditunjukkan jalan yang benar.
Bersambung….
No comments:
Post a Comment