Wednesday, 22 May 2013

BETUL KE `SUCCESS RATE’ JABATAN PEGUAM NEGARA KEATAS KES BERPROFIL TINGGI ADALAH RENDAH?.




Pada hemat penulis, Jabatan Peguam Negara kalah di dalam banyak kes berprofil tinggil termasuk kes melibatkan pemimpin tertinggi pembangkang DS Anwar Ibrahim, Karpal Singh, Lim Guan Eng dan ramai lagi. Kes Liwat pertama dan kedua Anwar Ibrahim dilepaskan atas faktor teknikal. Kes saman yang melibatkan penjawat awam seperti Ketua Polis dan kerajaan juga menyebelahi pihak lawan. Terakhir dakwaan keatas Yazid Sufaat atas kesalahan AKTA SOSMA menemui kegagalan.

Kajian lanjut perlu dibuat untuk mendapatkan maklumat tepat. Penulis rasa Jabatan Peguam Negara pun mempunyai KPI. Penulis faham betapa rumit dan sukarnya kedudukan team Peguam Negara. Mereka amat teliti tetapi Yang Arif mungkin berpandangan lain atau tidak cukup kukuh pembuktian tersebut.

Harapan penulis dan rakyat Malaysia ialah meningkatkan prestasi untuk menang dalam semua kes. Ia secara tidak langsung menaikan imej  Jabatan Peguam Negara dan Kerajaan.

Dalam pada itu, penulis mempunyai kepentingan politik lain. Jika penceramah di Perhimpunan Blackout 505 di dakwa dan didenda melebihi RM2000 atau dipenjara,mereka akan kehilangan kelayakan menjadi Ahli Parlimen. Sudah ada dakwaan Akta Perhimpunan Aman?

Semoga berjaya di dalam semua kes mulai saat ini.

No comments:

Post a Comment