Thursday 16 May 2013

JANGAN BIARKAN KERAJAAN KITA, PDRM, SPR DAN PEGUAM NEGARA KESEORANGAN MENGHADAPI PEROSAK NEGARA, ANWAR IBRAHIM, KIT SIANG DAN GENG GENG.



Salam sejahtera dan salam 1Malaysia kepada setiap pengundi BN dan penyokong BN  semasa PRU 13.

Ayuh kita semua bantu Kerajaan yang kita pilih secara sah, menghadapi pencetus huruhara. Tolong jangan biarkan DS Najib dan TS Muhyiddin keseorangan melihat perhimpunan haram itu. Kasihanilah Menteri KDN, Menteri Pertahanan, Ketua dan Timbalan Polis Negara serta pasukan peguam Negara. Kita boleh memainkan peranan juga.

Penulis faham ramai di antara kita marah dengan tindakan Anwar & Kit Siang serta penyokong mereka. Mereka kononnya pejuang demokrasi tetapi sebenarnya anti demokrasi. Mereka merusuh kerana kononnya SPR tidak tulus dan BN tipu walaupun pelbagai pembaikan telah dilakukan. Penulis rasa tidak perlu melayan tuntutan mereka. Mereka tahu undang undang pilihanraya.


Dengan pembentukan kabinet Rabu lalu dan perlantikan KPN dan TKPN, pihak Kerajaan sudah boleh mengkengkang memotum perhimpunan haram mereka. Penulis harap kita semua  bantu  Kerajaan BN. Tidak boleh marah di hati sahaja. Kena tunjukkan sesuatu.

Apa kita boleh buat? Nak anjur perhimpunan macam pencetus itu?. Jika di adakan di Kuala Lumpur, pengundi dan penyokong BN dari Melaka, terpaksa mengeluarkan tambang atau minyak kereta. Jika diadakan pada hari kerja, kena cuti. Kalau kita ini berduit, tidak bermasalah. Bagi penganjur, kelazimannya  menyediakan TShirt khas dan warna tertentu. Besar juga belanja  jika bilangannya sepenuh Stadium Merdeka. Ringkasnya, perhimpunan sebegini sebenarnya membebankan semua orang termasuk PDRM.

Penulis ingin cadangkan DS Najib merencanakan sesuatu untuk menunjukkan `silent majority’ tidak suka dengan perhimpunan haram. Gabung dan gerakkan secara sepadu seluruh Malaysia. Penulis cadang
setiap pengundi dan penyokong BN di seluruh Malaysia memakai
     TShirt atau
lilitan kain di tangan atau
riben atau
gelang tangan atau
lain lain yang boleh difikirkan

Seperti biasa satu warna (putih atau biru atau merah) dan dipakai pada pada hari tertentu sahaja. Kita boleh pilih hari pemakaian sama dengan hari perhimpunan haram yang pencetus huruhara rancangkan.
.
Cara begini memberi kebebasan kepada penyokong menjalankan aktiviti masing masing  tanpa kos kepada kedua dua pihak. Sekarang penjawat awam pakai baju batik setiap hari Khamis. Ia boleh dipraktik sama untuk tujuan sama.

Kesepakatan di anatara Kerajaan dan rakyat boleh mencorakkan perancangan puak pembangkang. Mereka nampak rakyat di belakang Kerajaan. Kemungkinan besar mereka cuak juga nak meneruskan berhimpun.

Selain TShirt, kita boleh mengarahkan setiap pengundi dan penyokong BN memakai riben, lilitan di lengan dan lain yang tidak melibatkan kos yang tinggi.

Pengundi dan penyokong BN jangan rasa malu atau segan atau takut di usik oleh penyokong DAP PKR PAS. Kita kuatkan tekad. Niatkan kita hendak memelihara agama Islam kita, Negara Malaysia kita dan bangsa kita. Juga hak kita untuk hidup aman dan sejahtera. Semua kena main peranan  membantu kerajaan. Masalah ini bukan masalah Kerajaan sahaja. IA BERPUNCA DARIPADA KESETIAAN KITA PADA NEGARA, AGAMA DAN BANGSA SERTA MENGUNDI / MEMANGKAH BN (PARTI). Kalau kita semua pangkah Pakatan, mungkin tiada perhimpunan. Lihat Pakatan Pembangkang menang di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang dahulu. Mana ada perhimpunan haram yang dianjurkan oleh BN.

No comments:

Post a Comment