Putrajaya
bermakna Kerajaan Malaysia yang
menempatkan pejabat PM/TPM/Menteri dan pusat pentadbiran Kerajaan.
Parlimen
Putrajaya adalah kawasan berkeluasan tertentu dengan 15,791 pengundi. 90
peratus daripada pengundi adalah penjawat awam.
Pakatan
Rakyat ingin menawan Putrajaya. Ia bermaksud Pakatan Rakyat memenangi PRU13
dengan mendapat 112 kerusi Parlimen daripada 222 Parlimen.
Menawan
Parlimen Putrajaya pula bermaksud memenangi kerusi Parlimen dengan majoriti
sekurang kurangnya 1 undi.
Putrajaya
sangat sigifikan kerana ia pusat pentadbiran Negara. Ia di `founded’ oleh orang
Melayu, Tun Dr Mahathir Mohamed, mantan Perdana Menteri Malaysia .
Ketika
Putrajaya menjadi cetusan idea, pembangkang berkata Putrajaya ini suatu yang
membazirkan. Mereka terutamanya PAS bertekad untuk melelongnya jika pembangkang
berjaya mengalahkan BN di dalam PRU12 yang lalu dan PRU13 nanti. Selepas
beberapa tahun dibangunkan dan kelihatan pembangunan fizikalnya, PKR khasnya
rasa Putrajaya mesti dirampas. Kerusi Perdana Menteri mesti didudukinya.
Pelbagai rencana diatur pihak pembangkang termasuklah Peristiwa 13 September
2009 yang konon ahli parlimen BN akan
melompat ke kapal pembangkang dan sekali gus menjadi pemerintah. Tetapi ia
tidak menjadi.
BN
mesti memenangi kedua dua Putrajaya. BN tidak boleh menang di Putrajaya
(Kerajaan Pusat) sahaja dan kalah di Parlimen Putrajaya. Apa gunanya jika BN
menang 2/3 majoriti Parlimen tetapi kalah di Parlimen Putrajaya. Banyak
interpretasi nya. Yang pertamanya, mengapa penjawat awam sendiri tidak
menyokong Kerajaan mereka? Pakatan Rakyat akan ketawa besar kerana ibarat rumah
kita tinggal di atas tanah orang lain. Bila bila dia boleh arah keluar rumah
itu.
Pakatan
Rakyat selaku `underdog’ sedang berusaha keras untuk memenangi Parlimen
Putrajaya. Walaupun satu misi yang sukar, Pakatan Rakyat khasnya PAS ingin memalukan
BN.
Kempen `Datuk Husam’s way’ ialah dengan memanggil
Ustaz Azhar Idrus ataupun Ustaz Ferari. (Penulis tidak pasti samada Ustaz Azhar
memiliki kereta Ferari atau suka memandu kereta Ferari atau suka bergambar
bersama kereta Ferari) Ianya pun satu pendekatan. BN pun panggil DS Najib dan Tun
Mahathir. Pendekatan ini dinamakan kempen psycology untuk menunjukkan kekuatan
dan kepopulariti. Tetapi Ku Nan bersikap tenang dan beliau pergi rumah ke rumah
dan pengundi ke pengundi bersemuka dan merayu undi. Kempen Ustaz Ferari boleh
mengerunkan BN dan baiknya ia menjuruskan kepada jentera BN berkerja lebih
masa.
KU
Nan lebih mengetahui selok belok Putrajaya. Beliau tidak sesat di Putrajaya.
Banting Ku Nan berselerak dan merata di Putrajaya. Telefon peribadinya pun
tertera di banting. Itu kommitmen Ku Nan.
BN
berkeupayaan untuk mempertahankan kedua
dua Putrajaya. PRU12 atau 2008 yang lalu menyaksikan BN menang tipis untuk
Putrajaya Pusat tetapi BN menang dengan selesa di Parlimen Putrajaya dengan
majoriti 3,734 undi.
Datuk
Husam beranggapan penjawat awam yang berasal dari Kelantan yang berkhidmat dan
mengundi di Putrajaya, mesti menyokong pembangkang atau Datuk Husam. Daripada
15,798 pengundi, berapa ramaikah orang Kelantan? Diberitakan hanya 1,140 pengundi penjawat awam
yang berasal dari Kelantan. Daripada 15,798 pengundi atau 1,140 pengundi dan
penjawat awam dari Kelantan, berapa ramai kah pengundi yang beraspirasi untuk
menyokong TUKAR di Kelantan sendiri?.
Ketika
berceramah di Putrajaya, Tun Mahathir berkata beliau membantu calon BN di Parlimen
Putrajaya untuk memastikan Putrajaya kekal bersama BN. Beliau tidak mahu
Putrajaya diserahkan kepada orang yang tidak tahu mentadbir. Beliau menyindir
Datuk Husam supaya membina `Putrajaya’ di Kelantan. Tun Mahathir menyeru
pengundi Putrajaya supaya memastikan Datuk Husam kehilangan deposit. Jentera BN
perlu berkerja keras dan bijak untuk mencapai kemenangan bergaya.
Kempen
Tun Mahathir menyaksikan kedatangan 10,000 penyokong dan pengundi walaupun pada
masa yang sama Ustaz Ferari pun berceramah di Putrajaya. Mereka dengan
bangganya `claim’ 20,000 penyokong PAS PKR DAP. Tidak apalah tentang bilanagn
itu. Ada yang
datang dari Negeri Sembilan dan Selangor. Memang Ustaz Ferari sangat popular
tetapi yang mustahak BN mengambil hati pengundi.
Tun
Daim juga berkata antara Ku Nan dan Datuk Husam, beliau memilih Ku Nan kerana
Ku Nan merupakan Setiausaha Agong UMNO dan
tentu sekali beliau lebih dekat dengan Perdana Menteri. Permasalahan lebih
mudah diselesaikan oleh Ku Nan.
Masih
ingat lagi kata kata Tony Phua DAP dahulu mengenai cadangan Pakatan Rakyat
mengurangkan bilangan penjawat awam di Malaysia . Mereka bertekad
mengurangkan atau membuang purata 100,000 penjawat awam. Para penjawat awam
yang tidak bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Kerajaan BN, kena insaf
dan sedar diri. Sebabkan anda yang undi Pakatan, kekawan penjawat awam lain
kena buang kerja. Takut takut anda yang kena buang. Padan muka. Jesteru itu,
jika Datuk Husam diberi undi di Putrajaya, ia mendekatkan lagi proses anda
penjawat awam akan dibuang kerja.
Nurul
Izzah pula bertekad untuk membekukan pengambilan anggota POLIS yang baru. Ini
bermakna akan berlaku kepincangan kerana ratio seorang POLIS dengan penduduk
akan terjarak luas lagi apabila jumlah penduduk bertambah. Penulis rasa beliau
bertekad demikian kerana POLIS banyak `menyusuhkan’ keluarga beliau. Balas
dendam. Ye lah kalau salah, POLIS tentu kena jalankan tugas.
Jeneral
bersara Tan Sri Md Hashim Hussein yang bertanding di
Parlimen Johor Baru bersyarah dan menuduh penjawat awam sebagai kera.
Ayuh
penjawatan awam yang layak mengundi
berjumlah 1.4 juta, bangkitlah mempertahankan maruah anda. Kita tidak
mahu peluang pekerjaan yang semakin menipis bukan mengembang. Sikap dedikasi
dan etika berkerja diperlekehkan dan diper`kera’kan . Ayuh kita keluar undi dan sokong BN.
Bersyukurlah nikmat ALLAH yang diberikan kepada anda.
Penjawat
awam harus ingat lagi. PAS akan lelong Putrajaya dan sehingga hari ini Datuk
Husam dan PAS masih tetap mahu `membuang’ Putrajaya. Mungkin jual atau sewa
kepada pihak yang berminat. Bagi penjawat awam khasnya pengundi diPutrajaya,
yang mempunyai rumah dan anak bersekolah di sekitarannya, mahukan anda semua
dipindahkan ke Putrajaya yang baru atau duduk dibawah pemegang konsessi
Putrajaya yang baru. Mungkin selepas itu, cukai akan naik, kebersihan akan tidak
terjaga, sistem pengangkutan awam menjadi hura hara dan sebagainya sebagaimana
di dcontohi di Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang.
Tidakkah
ini tindakan untuk memadamkan cetusan dan idea seseorang?
Penjawat
Awam di KASTAM khasnya dan Jabatan lain
amnya, wajar marah kepada Datuk Husam yang mendakwa Allahyarham Dato Shahruddin
Ibrahim, Timbalan Pengarah, Bahagian Penguatkuasaan KASTAM, mengamalkan rasuah
di dalam perkhidmatannya. Penulis ingin mengingatkan bahawa KASTAM adalah
agensi kedua pengutip cukai hasil terbesar untuk Negara. Jikalau amalan rasuah
yang berluasa, KASTAM tidak berkeupayaan untuk mengutip hasil yang tinggi.
Penulis menyeru semua penjawat awam samada Kastam atau Lembaga Hasil, POLIS,
JPJ dan semua Kementerian di Putrajaya dan seluruh Malaysia, menghukum Datuk
Husam dan PKR DAP PAS dengan mengundi BN. Jangan biarkan Datuk Husam
menjatuhkan martabat penjawat awam dan membuat fitnah besar. Datuk Husam
membuat andaian bahawa Kerajaan PAS dan pegawai kerajaan Negeri Kelantan
`bersih’. Pengalaman penulis berurusan dengan syarikat anak pertanian
(contohnya) Kerajaan pun, melibatkan sogokan dan janji tepi.
Pengundi
Putrajaya agak sophisticated juga berbanding dengan pengundi di Salor Kelantan,
kawasan yang diwakili Datuk Husam. Pengundi Putrajaya memerlukan perkhidmatan
yang terbaik. Penjawat Awam orang bijak pandai dan sukar hendak tipu atau tidak
menyukai tindakan yang lambat. Maaf kata, penyokong PAS di Salor dan Kelantan
tidak mementingkan pembangunan, bersyukur dengan bekalan air yang kotor, selesa
dengan jalanraya yang sempit dan
berlopak, menggalakkan adik dan anak berhijrah ke negeri lain mencari
rezeki, reda disonsangkan oleh pemimpin PAS dengan fatwa fatwa palsu dan
mengelirukan, amat bergembira mempelajari teknik menabur fitnah dan bersifat
radikal dan sebagainya. Boleh ke Datuk Husam bekerja di alam persekitaran di
Putrajaya berbanding dengan Salor.?
Akhirnya
penulis merayu kepada penjawat awam yang layak mengundi seramai 1.4 juta orang
di seluruh Negara supaya keluar mengundi pada 5hb Mei nanti dan pangkah lah
DAGING (simbol BN). Lihatlah rekod BN di dalam mengendalikan pencerobohan di
Lahad Datu. Anggota keselamatan yang terkorban tidak dilupai jasa mereka.
Tanyalah isteri, anak dan keluarga mereka yang terkorban. Penuh dengan
pengiktirafan dan bantuan. Memang wang tidak boleh ganti nyawa mereka tetapi ia
dapat mengurangkan bebanan hidup mereka yang tinggal.Begitulah juga seruan
menyokong BN kepada pengundi di Putrajaya.
No comments:
Post a Comment