Wednesday, 15 May 2013

SUMPAH LAKNAT MENJAUHI AMALAN RASUAH. PENJAWAT AWAM, PENGURUSAN GLC




Penulis meneliti sebab sebab kenapa pembangkang kata UMNO/BN parti korup. Penulis mengatakan Kerajaan tidak boleh dipersalahkan 100 peratus kerana yang melakukan rasuah ialah penender projek, pegawai awam (penilai tender dan jawatankuasa atau pegawai projek) dan broker projek.

Mengambil contoh mudah, tender pembekalan makanan di sekolah asrama penuh atau Instituit atau Kolej. Penender makanan kantin dan penjawat awam di Kementerian Pelajaran atau Kementerian Belia dan Sukan, perlu berkerjasama memerangi rasuah. Pihak penendar mesti menawarkan harga penyediaan makanan 5 kali sehari dengan  harga yang kompetitif. Penender boleh buat pilihan untuk masuk tender RM15 seorang sehari atau RM11 seorang sehari. RM15 adalah tinggi pada kelazimannya, tetapi sebahagian daripada RM15 tadi, terdapat RM1-RM2 seorang untuk pegawai penilai tender, pegawai memproses tuntutan dan juga kakitangan yang bertugas menyelia penender di kantin. Dalam senario lain pula, ada penender memasuki tender dengan harga RM11 untuk mendapat tender sahaja. Keuntungannya nanti di dalam bentuk pembekalan yang kurang bermutu dan catuan. Ikan yang segar diganti dengan ikan yang kurang baik dan spek yang salah. Biasanya mereka akan bekerjasama di dalam tuntutan. Penender akan tuntut, contohnya, 400 pelajar pada hari itu, walhal yang datang makan hanya 300 atau 350 pelajar.

Penender projek mega kelazimannya dimiliki orang Cina. Mereka melobi (merasuah) pegawai awam (jika projek Kerajaan atau pengurus projek jika projek GLC) untuk mendapatkan maklumat dalaman seperti `estimate cost project’, nama pesaing, harga tender pesaing dan lain. Semasa projek di dalam proses pembinaan, ada kes dimana Penender Cina akan merasuah menghantar bahan binaan sub standard dan ada yang berpakat untuk menuntut wang kemajuan projek yang tidak tepat atau tipu. Variation Order (VO) dipohon sesuka hati dan mendapat verify and approved by’ penjawat awam atau pengurus projek, kelaziman orang Melayu. Broker broker projek berkeliaran menghubungkan penender dan pegawai awam. Kononnya hendak melindungi penjawat awam.

Berdasarkan situasi lazim diatas, orang Cina (majoriti) yang melakukan rasuah dan penjawat awam yang tergoda menerimanya. Akan tetapi pembangkang dan orang Cina kata Kerajaan BN korup dan rasuah. Penulis katakan ini adalah sebahagian agenda mereka orang Cina. Sebenarnya merekalah korup. Lihat Selangor dan Pulau Pinang, baru 4 tahun memerintah, banyak kes rasuah dan penyelewangan berlaku.

Menyedari implikasi buruk rasuah ini, penulis merayu kepada Kerajaan BN supaya mensyaratkan sumpah laknat tidak ambil rasuah keatas setiap penjawat awam di sektor awam dan swasta. Sektor awam seperti Jabatan Kerja Raya, Kementerian Kewangan, Jabatan Pengangkutan Jalan, Universiti serta kolej dan semua Kementerian dan jabatan Kerajaan di peringkat Pusat atau negeri. Sektor swasta meliputi GLC seperti di Jabatan Kontrak atau Perolehan di Petronas, TNB, PNB, KWSP, Tabung Haji, FELDA, FELCRA, RISDA dan semua GLC Nasional dan Negeri.

Penulis percaya dan yakin dengan sumpah laknat ini, ia akan dapat mengurangkan lagi indek rasuah di Malaysi a. Secara tidak langsung tuduhan amalan rasuah oleh Kerajaan akan terhiris. InsyaALLAH.

No comments:

Post a Comment