Pembangkang sudah pun melancarkan
kempen PRU14 walaupun PRU13 baru selesai. Keputusan rasmi PRU13 telah digezetkan pada
Rabu 22hb Mei 2013. Tahniah kepada SPR kerana cepat men`warta’kan keputusan PRU13 itu. Mungkin ia adalah
salah satu sebab kenapa Pejabat Peguam Negara dan PDRM tidak melakukan ops
terhadap penganjur Blackout 505. Pembangkang boleh kata mereka tidak boleh
menfailkan petisyen dan sebab itu kena berdemo di jalanraya. Apakah tanda atau
perkembangan yang membuktikan kempen PRU 14 sudah dimulakan oleh pembangkang.:-
1.Perhimpunan Blackout 505
DS Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng
terus mempertikaikan keputusan PRU 13 khasnya di 30 kawasan Parlimen. (sengaja
kata 30 kawasan kerana angka tersebut adalah yang diperlukan mereka menjadi
Kerajaan). Mereka cuba
mengekalkan suasana kononnya PRU13 ini penuh dengan penipuan oleh BN dan SPR.
Momentum huruhara mesti dikekalkan di
kalangan penyokongnya. Mereka telah / cadang mengadakan perhimpunan di seluruh
Negara. Niat hendak jatuhkan Kerajaan BN tetapi jikalau tidak berjaya
sekalipun, Anwar dan Guan Eng telah berjaya mempengaruhi anak muda yang SPR/BN
telah menipu untuk menang. Ini diburukkan lagi dengan kelembaban KDN dan PDRM
mengambil tindakan tegas.
Budak UPSI yang melakukan kesalahan
menghasut dan di gari di lokap pun berakhir dengan perhimpunan di hadapan Balai
Polis Jinjang. Negara Malaysia
ini terlalu demokratik sehinggakan segala tindakan adalah atas nama hak asasi
manusia. PDRM tangkap 18 orang dan lepas itu dilepaskan dengan jaminan polis.
PDRM kini sarat dengan urusan amaran, tangkap, lepaskan dengan jaminan polis
dan dakwa. Banyak yang terlepas hukuman.
Penulis risau juga kemungkinan Ds
Anwar Ibrahim dan DAP akan merancang membuat perhimpunan membela peguam Patmanathan dan 3 orang
pembantu ladang yang membunuh dan membakar usahawan Melayu Allahyaharmah
Solisawati Liwiya bersama pembantu perniagaannya di Tg Sepat, Banting, Selangor
10 September 2010 dulu. Hari ini 23 Mei,2013, mereka berempat di dapati
bersalah dan dikenakan hukuman mati mandotori.
Penulis cadang PDRM bergabung dengan
ATM `merempuh’ pendemonstrasi. Kalau anggota keselamatan berpakaian seperti
menentang pengganas Sulu dahulu, lebih afdal. Kerajaan mesti bertindak segera
kerana ia membina keyakinan yang perbuatan mereka betul dan mendapat sokongan
rakyat.
2.Propoganda
SINAR HARIAN, Malaysiakini…..
Akhbar propembangkang dan milik
penyokong tegar PAS, saban hari mencetak cerita undi popular olen pembangkang, pembangkang kuasai
kebanyakan ibu negeri di Malaysia
(terbitan 22hb Mei 2013) dan mempaparkan kemeriahan perhimpunan 505. Apabila ia
memainkan isu dan menunjukkan kekuatan (bilangan), ia boleh menyakinkan rakyat
penipuan berlaku dan sebab itu Kerajaan takut mengambil tindakan.
3.DAP/PKR
mempromosi undi popular.
Kegiatan Red Bean Army (terlibat
secara langsung dan tidak langsung menyebaran emel palsu Datin Seri Rosmah
Mansor (isteri) memburukkan Perdana Menteri (suami)) dan perbincangan hebat di
media sosial mengenai undi popular bertujuan memberi harapan kepada kaum Cina.
Walaupun DAP PKR PAS menjanjikan PRU13 ini, Putrajaya akan bertukar pemandu,
DAP kena memberi alasan yang mereka dah mencapai undi popular iaitu 90 peratus
strategi mereka menjadi. Tinggal 10 peratus lagi. Jadi kaum Cina kena terus
sokong dan jangan putus asa.
4.
DAP mempermainkan Perlembagaan Persekutuan.
Karpal Singh cuba mempermainkan perlembagaan Malaysia
supaya DAP senantiasa menjadi idaman anak muda Cina. Karpal Singh mencipta satu
lagi `agenda’ dengan membuat cabaran untuk menukar perlembagaan supaya bukan Melayu dibolehkan dilantik
sebagai Perdana Menteri suatu hari nanti. Mana tak orang Cina suka DAP. DAP Perak telah mempersendakan
titah Sultan Johor supaya melantik seorang kaum Cina di dalam barisan exco
Johor.
BN diharapkan jangan leka dengan
kemenangan yang ada. Para barisan kabinet
jangan seronok sangat dengan jawatan. Kerja keras mesti dijalankan segera. Perancangan
untuk menang PRU14 patutnya sudah dirangka dan implement. Strategi strategi mengangkap
dan mendaKwa perusuh jalanan mesti dilancarkan sekarang.
Harap UMNO BN byk buat program Solat Hajat utk mohon pelrindungan Allah dr malapetaka dajjal2 Pakatan Haram.. tkpe kita ada Allah SWT.
ReplyDelete