Prestasi teruk UMNO/BN adalah kelemahan jentera penerangan pusat dan
negeri. Ini adalah berdasarkan kepada kelemahan ketara di Melaka. Aktiviti
penerangan tidak diketahui langsung dan dibuat secara ad hoc dan impromtu.
Didapati ramai penyokong tidak mengetahui pembesar Negara atau ikon politik
akan datang berceramah. Infomasi tiada. Penulis hampa kerana tiada
pemberitahuan langsung, sekurang kurangnya buatlah penanda / pemberitahuan di
simpang jalan atau pokok (seperti jemputan majlis perkahwinan) atau sms.
Kualiti penceramahnya teruk dan tidak setaraf. Penulis sempat menghadiri 3
ceramah di Cheng, Melaka. Didapati hanya anggota jentera parti dan beberapa
tetamu / jiran tuan rumah. Nasib baik kami semua penyokong tegar BN/UMNO. Tidak
perlu nak rayu panjang panjang. Kita
kena menerangkan kepada bukan penyokong BN. Sepanjang tempoh kempen, penulis
tidak pernah mendengar YAB Dato Seri
Mohd Ali, calon Parlimen Bukit Katil datang ke kawasan Cheng, melainkan
Majlis Pecah Tanah Tapak BOMBA dan PENYELAMAT. Mungkin Dato Seri Mohd Ali
sibok bertarung di Parlimen Bukit Katil.
Nasib baik YBhg Sazali Mohd Din, ADUN Paya Rumput hadir sekejap memperkenalkan
diri pada hadirin. YBhg Datuk Prof Dr Abu Bakar Mohd Diah, Ahli Parlimen
TanggaBatu langsung tidak menjelma. Mungkin tiada kesempatan. PRU dulu dulu
WANITA UMNO BN sampai ke rumah penulis. PRU 13 tidak nampak langsung.
Penulis pernah komen pasal BN
kalah bendera di Cheng,Melaka dan setelah ditegur, barulah bendera BN megah
berkibar.
TAK NAK YB Ahmad Maslan sebagai
ahli kabinet mahupun Ketua Penerangan UMNO.
No comments:
Post a Comment