Saturday, 25 May 2013

ORANG CINA MAHU MALAYSIA SEBERSIH SINGAPURA DARIPADA RASUAH DAN KRONISMA.



Penulis meneliti sepucuk surat dari Mr CH Hwe kepada Blogger `Out of the Box’. Surat beliau menerangkan mengapa Cina tidak mengundi BN. Beliau berkata beliau boleh dikatakan mewakili kaum Cina kerana banyak bergaul dan berstation di Kopitiam. Masalah sebenarnya, menurutnya, BN rasuah dan Orang Cina Malaysia hendak Malaysia menjadi Negara seperti Singapura, Hong Kong, Taiwan dan Korea Selatan.


Penulis mengucapkan tahniah kepada pengulas yang 90 peratus TIDAK BERSETUJU dengan tanggapan CHHwe.

Rasuah berpunca daripada peniaga Cina. Merekalah yang merasuah penjawat awam Melayu. Ramai pengulas mengatakan tuduhan rasuah adalah untuk menyembunyikan sikap rasis keterlaluan orang Cina. Orang Cina hendak dilayan sama rata dengan kaum Melayu. Kaum India, kadazan, Bidayuh dan Murut? Orang Cina, yang ramai tidak faham tentang mengapa dan kenapa DEB diwujudkan, mahu DEB dihapuskan. Mereka mahu meritocracy. Mereka tidak mahu kongsi kuasa ekonomi tetapi mahu kuasa politik.




Penulis ingin mengulangi kenyataan penulis bahawa DS Anwar Ibrahim seorang yang busuk dan korup. Semasa beliau berada di dalam Kerajaan dahulu, beliau melakukan rasuah dan salah guna kuasa mengurniakan `pink form’ kepada kroni khasnya keluarga dan kawan kawan. Kenyataan bersumpah oleh bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia memperakui bahawa Anwar Ibrahim mengawal 20 akaun yang melibatkan wang RM 3 bilion. Projek penswastaan projek seperti Lebuhraya  SPRINT dan `merger and acqusition’ seperti POS MALAYSIA dan Phileo Allied, kebanyakannya diberikan kepada kenalan.


DAP dan PKR yang memerintah Pulau Pinang dan Selangor  tidak sampai 5 tahun telah diwarnai dengan penyelewangan dan rasuah. Di Selangor, antaranya Talamgate dan lombong Pasir. DiPenang yang terbaru Terowong dasar Laut. Projek ini dibentangkan selepas hanya 8 bulan perundingan dan lukisan teknikal. Tanpa kelulusan Alam Sekitar Environment Impact Assessment Report. Dan yang paling lucu tanpa tender. Projek ini dibuat secara runding terus. Jikalau BN buat tidak boleh. DAP dihalalkan. Mana dia CAT? Kuching ada lah.

Mungkin Mr CH Hwe terlupa bahawa Presiden Korea dan Taiwan pernah melakuan penyelewangan yang besar dan telah didakwa dan bersalah. Ada yang kena penjara. Ingat tidak Presiden Lee Myung-bak yang mengambil rasuah dan mengamalkan kronimise di kalangan keluarga, sahabat handai dan para menteri dan penasihat.?

Penulis pernah menulis artikel mengenai rasuah ini. Penulis memulakan langkah dengan menanyakan kenapa ahli dan penyokong BN segan nak pakai TShirt BN. Jawabannya ialah presepsi BN parti yang korup, parti tidak moden dan parti orang tua. Penulis menuduh orang Cina yang yang menyebabkan parti BN dilihat sebagai korup ekoran daripada aktiviti rasuah orang Cina.Sila baca `argument’ penulis di http://nasirwise.blogspot.com/2013/05/jangan-malu-dan-takut-pakai-baju-bn.html

Orang Cina Malaysia ingin menjadi Malaysia sebersih Singapura. Bagus juga. Di Singapura tiada sekolah Jenis Kebangsaan. Masalahnya Orang Cina Malaysia suka cara Singapura tetapi hendak juga sekolah jenis kebangsaan Cina. Kalau lah di Singapura, dah lama dah pemimpin PKR PAS DAP (DAP tidak pasti di ambil tindakan kerana hubungan bapak anak) di saman dan dibankrapkan atas kesalahan fitnah dan ketenteraman awam. Mereka tidak layak menjadi ahli Parlimen. Ayuh Kerajaan BN, mari kita ikut cara Singapura kerana itu kehendak orang Cina Malaysia.

Ramai pengulas berkata orang Cina lah yang mencipta dan mengamalkan budaya duit kopi, gangsterism, pengendali rumah urut, pelombong pasir, memproses dadah dan ah long.

Penulis senantiasa mengidamkan kerajaan bertindak keatas Ah Long, Rumah Urut /  Pub dan Pusat Pelacuran. Malaysia kena tiru Brunei Darulsalam. PDRM kena tangkap dan dakwa Ah Long daripada ia merosakkan masyarakat Melayu dan Cina. Pinda undang undang rotan dan sita harta benda mereka.

 

Berbalik kepad surat CH Hwe tadi, ada juga yang mengulas bahawa orang Cina melakukan tsunami dan mengundi DAP bukan mahu Kerajaan yang bersih tetapi berangan angan hendak memerintah Negara Malaysia melalui Pakatan Rakyat. Selangor adalah contoh terbaik. Walaupun PAS mempunyai kerusi terbanyak, DAP boleh mengarahkan PKR menerajui Kerajaan tersebut. Betul le yang DAP ingin memperkudakan PKR.

Banyak juga suara suara yang menanyakan bagaimana Malaysia hendak diuruskan oleh seorang yang MAHA perasuah dan bermoral buruk. Tidak kah index rasuah Malaysia akan terus melonggak tinggi? Orang Cina terutamanya DAP tahu DS Anwar Ibrahim seorang peliwat (masih ingat tidak Karpal Singh bersuara di Parlimen dahulu) dan tidak sesuai menjadi PM, tetapi situasi politik memerlukan perkhidmatan dan campur tangan DS Anwar Ibrahim. Jika tidak sampai bila pun, cita cita DAP berperanaan dominan di Malaysia, tidak akan tercapai dengan begitu cepat. Hampir 30 tahun berjuang tanpa Anwar Ibrahim, DAP tidak seberjaya hari ini. Hanya selepas Anwar di pecat dan mengetuai PKR dan berpakat dengan DAP dan PKR, baru nampak kebangkitan DAP.

Agaknya teori kebanyakan orang, selepas Anwar Ibrahim menjadi PM setahun dua, beliau akan di gulingkan oleh Pakatan Rakyat sendiri melalui tekanan politik. Sama sama kita melihat.

Ada pengulas yang risau berkenaan dengan kepimipinan sekarang. Beliau berkata DS Najib bukan seorang yang pemikir seperti Tun Razak dan Tun Mahathir. Beliau pekerja yang amat kuat tetapi tidak bijak. Beliau terlalu pemurah dan cuba menjadi popular daripada sepatutnya menjadi pemimpin yang efektif. Pengulas meletakkan kesalahan juga kepada penasihat sekeliling DS Najib.

Penulis hendak mezahirkan pendapat yang akan menjadikan penulis dibenci ahli dan penyokong UMNO. Ia bermula sejak DS Hishamuddin menjadi Menteri KDN. DS Najib adalah sepupu kerana ibu mereka Toh Puah Rahah dan Toh Puan Suhaila adalah adik beradik. Keluarga mereka adalah keluarga yang lemah lembut, tidak suka gaduh gaduh dan berkasar. Damai adalah amalan mereka. Cepat pemaaf dan tiada berdendam tetapi pemurah dan suka tolong orang. DS Hisham dan DS Najib peramah dan mudah mesra dengan orang ramai. Mereka setia kepada pemimpin mereka.

Kelembutan mereka berdua di lihat oleh rakyat sebagai kelemahan dan ketidak effisenan mereka mengendalikan pentadbiran Negara dan rakyat. Di bawah adalah artikel pendek yang penulis sudah simpan sekian lama. Menunggu masa untuk dipublish sahaja. Tetapi atas dasar memberi peluang DS Najib dan DS Hisham menyedari hakikat ini, penulis pendamkan. Juga penulis tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Sekarang adalah masa untuk bertindak memperbaiki pendekatan untuk memperkukuhkan sokongan. Ingat penulisan tentang `Yang di kejar tidak dapat, Yang di kendong berciciran'

Artikel pendek (yang di simpan lama) yang di maksudkan….

DS NAJIB DAN SEPUPUNYA DS HISHAMUDDIN ADALAH DARI RUMPUN KELUARGA YANG LEMAH LEMBUT, TIDAK SUKA GADUH GADUH DAN BERSIFAT PEMAAF TETAPI SITUASI POLITIK SEMASA MEMERLUKAN……

Penulis dapati DS Najib dan DS Hishamuddin adalah dari keluarga yang suka menolong orang, yang lemah lembut, menyukai perdamaian dan perpaduan kaum, keluarga yang setia kepada ketua parti dan mudah memaafkan seseorang.

Sebab itu penulis berpendapat DS Hishamuddin tidak sesuai menjadi Menteri Kementerian Dalam Negeri atas sifatnya yang disebut diatas. Kelembutan DS Hishamuddin telah dikatakan rakyat sebagai kelemahan dan ketidakeffisenan DS Hishamuddin mengawal perhimpunan haram dan keganasan politik. Beliau amat mesra dengan sukarelawan dan anak muda dan bersukan. Semasa menjawat Menteri Pelajaran pun, beliau menghadapi tekanan dengan desakan Kumpulan yang ingin menukar bahasa penghantar Inggeris bagi subjek Sains dan Matematik.

Renonglah apa yang DS Najib lakukan untuk membantu rakyat kaum Cina sepanjang 4 tahun terdahulu. Dengan peruntukannya dan kelulusan sekolah dan universiti penghantar Bahsa Cina. Perumahanan dan penyelenggaraan disediakan. Tetapi keputusan PRU13 mengecewakan Kerajaan kerana 80-97 peratus pengundi Cina memangkah pembangkang. Jika penulis sebagai PM, penulis akan tarik balik peruntukan dan kelulusan yang diberikan. Tetapi DS Najib meneruskan agenda membantu pengundi Cina. MCA tidak mahu jawatan kcabinet tetapi beliau mahu sebaliknya atas dasar prinsip kawan dalam BN. Sifat semulajadi DS Najib yang tersebut tadi, mengecewakan ramai ahli UMNO / BN / rakyat Melayu.

Mungkinkah DS Najib tidak sesuai menerajui Negara Malaysia di dalam situasi politik masakini? (ancaman perhimpunan haram DS Anwar Ibrahim, pendekatan DAP yang menghasut kaum Cina membenci Kerajaan dan orang Melayu, perpecahan Melayu dengan pendirian PAS, polarisasi kaum yang terang dan banyak lagi).

Mungkinkah Malaysia perlukan pemimipin yang lebih tegas di dalam situasi begini? Mungkin selepas suasana politik seperti `keganasan politik, sudah boleh dikawal, DS Najib boleh memimpin Malaysia.. Wallahualam.
 

DS Najib telah menunjukkan sedikit taringnya dengan melakukan sedikit perubahan. Pertamanya, beliau menghormati hasrat MCA supaya tidak di lantik menjadi ahli barisan cabinet jika prestasi MCA tidak baik. Betul. DS Najib lantik orang Cina dari parti lain. Keduanya, TIADA seorang pun dari Selangor dan Pulau Pinang di lantik menjadi Menteri di dalam barisan Kabinet 2013. DS Hishamuddin bertukar potfolio sebagai Menteri pertahanan.

Ramai pengulas surat CH Hwe mengatakan kronisma ada baiknya juga. Sebagai ahli perniagaan Cina, kelazimannya mereka akan meng`sub’kan projek kepada mereka yang boleh dipercayai (biasanya kontraktor Cina). Begitu juga dengan pembekal bahan mentah yang berbangsa Cina. Kepala kerja mesti Cina dan dibantu pekerja mahir Indonesia. Ini kebaikan kronisme.

Malaysia menjadi `rotten’ kerana orang Cina menjalankan dan memeriahkan pelacuran, penyeludupan, perjudian dan VCD haram. Ia diburukkan lagi oleh penjawat awam yang menerima rasuah orang Cina.

Penulis rasa penulis membuat pendirian yang betul iaitu menyokong BN kerana Pakatan Rakyat adalah lebih RASUAH, lebih lebih lagi 80-97 peratus orang Cina mengundi DAP.

Keputusan PRU13 terus menguatkan lagi pendirian penulis untuk menjadi lebih rasis. Ini adalah kerana orang Cina khasnya penyokong DAP akan terus mendiskriminasi orang Melayu dan tidak menghormati agama Islam dan Raja Raja. 

No comments:

Post a Comment