Pada
hakikatnya BN menang 133 kerusi Parlimen dan gagal mendapat majoriti 2/3
walaupun pelbagai insentif, bantuhan dan peruntukan kepada rakyat khasnya
kepada orang Cina. Ramai juga yang mengatakan sebelum dan semasa pilihanraya
dijalankan pada 5 Mei 2013 yang lalu, kakitangan `war room’ memberi maklumat
yang salah mengenai fakta. Betul ke `war room’ boleh merubah keputusan semasa
pilihanraya berlangsung? Penulis akui tidak tahu apa itu `war room’.
Presepsi
`war room’ mengikut kacamata penulis adalah ia nya
a. `bilik strategis’ untuk UMNO / BN merangka
kemenangan di PRU13 dan PRU seterusnya..
b. Ia
bilik yang kekal beroperasi sepanjang masa tidak mengira musim pilihanraya atau
pilihanan raya kecil.
c. Keahliannya para pemikir politik dalam
kerajaan atau luar kerajaan, pakar kommunikasi, dan pakar undang undang.
d. Setiap keahlian mesti mempunyai sifat `guerilla’
peperangan dan subversive’ di dalam politik.
e. Ahli Akademik dan aktivis tempatan terpilih menganggotai keahlian didalam `war
room.
Pada
hemat penulis War Room ini mesti merumahkan ahli pasukan pemikir dan penyemai
propoganda propaganda. Kita semua tahu majoriti pengundi dan anak muda cina
tidak menyokong BN. Jestru itu para pemikir mesti bersidang dan `brain storm’
mencari keadah menarik balik sokongan.
Ramai
yang berpendapat BN mesti menarik minat sokongan pengundi Cina ke pangkuan BN.
Yang menyedihkan, ia akan melibatkan peruntukan kewangan dan masa. Mereka tidak
perlukan peruntukan tetapi mereka hendak kuasa politik. Boleh ke UMNO/BN
berikan KUASA kepada Pakatan Pembangkang khasnya DAP dan PKR.?
Penulis
mencadangkan UMNO/BN menumpukan perhatian kepada `benda yang ada’ di depan mata
atau yang sedang di kendong. Takut takut pepatah Melayu kata `Yang dikejar
tidak dapat, yang di kendong tercicir’.
UMNO/BN
mesti menjaga harta yang ada sekarang. Pengundi UMNO/BN, pengundi India dan Bumiputera di Sabah / Sarawak . Perkukuhkan sokongan mereka, pertingkatan
ekonomi dan bantuan, luaskan peluang niaga dan pekerjaan kepada mereka, buat
program mesra dan penerangan.
Disamping
memberikan perhatian khas kepada kumpulan di atas, UMNO/BN mesti menarik
sokongan penjawat awam Melayu kepada Kerajaan. Penjawat Awam yang tidak
menyokong Kerajaan mesti di kenalpasti dan usaha menyedarkan mereka mesti
dilakukan. Cara baik atau kurang baik mesti dilakukan terhadap mereka. Penulis
banyak menuliskan mengenai `pembersihan’ di dalam Penjawat Awam dan GLC.
Penulis sudah menyentuh kakitangan PETRONAS, TNB, PNB, KWSP, SIME DARBY, FELDA
dan banyak lagi yang bermusang dan pisau dalam lipatan.
Tumpuan
`pembersihan anasir jahat politik dan pengukuhan sokongan’ boleh di mulakan di
Lembah Klang. Ini adalah kerana Lembah klang adalah PUSAT PENTADBIRAN (penjawat
awam dan GLC), PUSAT PEKERJAAN (multi nasional swasta seperti Bank dan kilang
kilang seperti PROTON dan banyak lagi) dan PUSAT PENDIDIKAN (Universiti
Kebangsaan Malaysia ,
UiTM dan banyak lagi).
Setiap
Kementerian di dalam Kabinet 2013 ini mesti berusaha melakukan pembersihan
anasir jahat politik dan pengukuhan sokongan’. Kementerian Luar harus kerja
kuat dengan Duta Negara. Melalui facebook, penulis perhatikan pegawai dan
keluarga yang di hantar ke Dubai ,
sebagai contohnya, adalah penyokong kuat Anwar Ibrahim. Ramai lagi yang sedang
berkhidmat di luar Negara adalah anti kerajaan. Penulis minta Datuk Anifah Aman
bertindak tegas terhadap pegawainya. Mereka seumpama `melepaskan anjing tersepit’.
Duta duta yang bekerja di luar Negara di Timur tengah khasnya (Negara lain pun
mustahak) perlu mendekati pelajar Malaysia `convert’ pendirian
mereka. Bekerjasamalah dengan kelab Penuntut Malaysia
di sana . Jangan
asyik membuang masa shopping ataupun sibuk melayan kedatangan orang Malaysia
ke Negara tersebut. Ini satu contoh Kementerian. Pengundi luar Negara tersebut
yang telah berdaftar mesti dijemput berdialog. Semaikan maklumat yang terkini.
Media yang benar perlu diketengahkan.
Bercakap
pasal pelajar luar Negara tadi, selain duta dan pegawainya di Negara berkenaan,
penaja Pusat dan Negeri mesti `berat sebelah’ dan melakukan diskriminasi
didalam pemberian biasiswa dan pinjaman. Kita mesti melakukan `diskriminasi’
untuk mengelakkan kekacauan negera di tahun mendatang.
Kementerian
Pertahanan diminta mengawal selia anggota ATMnya manakala Kementerian Dalam
Negeri mesti lakukan sesuatu dengan anggota PDRM. Banyak kes di mana pesara ATM
(calon Parlimen Johor Bahru) dan PDRM (Parlimen Larut) adalah penyokong dan
tali barut pembangkang. Anggota Keselamatan PDRM dan ATM (majoriti nya orang
melayu) mesti `di pengaruhi’ supaya menyokong Kerajaan. Tidak boleh tidak.
Kementerian
Pelajaran dan Pengajian Tinggi bagaimana? Penulis kata ada 3 kategori yang
perlu Tan sri Muhyiddin perhatikan. (1)Penjawat awam di Kementerian,Jabatan
Pelajaran, Universiti dan sekolah, (2) Pensyarah atau guru dan (3) Mahasiswa
dan pelajar.
Baru
baru ini di Sekolah kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam, seorang guru Koko telah
melakukan jenayah politik terhadap anak muridnya yang mungkin ibubapanya
penyokong BN. Sudah sampai masanya Kementerian Pelajaran bertindak. Di
Universiti ramai yang berfikiran Dr Aziz Bari. Tahniah kepada UIA. Shame on
you. Makan gaji Kerajaan tetapi hetam balik. Seperti kata DS Zahid Hamidi,
kalau suka sangat dengan Negara republic, sila angkat kaki. Kami tidak perlukan
awak semua.
UiTM
adalah harta kita yang boleh disandarkan pada masa hadapan. Hampir setiap
negeri ada kampus cawangannya. Di Melaka ada kampus di Lendu, di Bandar dan
terkini di Merlimau. Penulis tidak sempat mendapatkan data tentang bilangan
`intake’ setiap tahun. Tetapi puluhan ribu juga.
Mahasiswa
dan siswi yang melangkah masuk UiTM berumur 18 tahun. Dan masih boleh dibentuk
pendirian mereka. Dulu Kerajaan tidak galakkan parti politik memasuki
Universiti kerana nak mereka tumpu kepada pelajaran. Malangnya keikhlasan
Kerajaan melarang UMNO/BN aktif di Universiti, telah menyusahkan kembali kepada
Kerajaan. Impaknya nampak sekarang. Mereka anti Kerajaan. Mereka aktif
berdemonstrasi. Rosak akhlak dan mengundi DAP yang rasis, PKR yang mabuk kuasa
dan minat LBGT dan pruralisma. PAS berkembang hebat di kampus kampus dan
impaknya besar sekarang. Penyokongnya amat taksub kepada pemimpin. Maaf saya
katakan Kerajaan sendiri yang menyebabkan kemerosotan pengundi anak Melayu.
Penulis ingin juga anak cucu penulis menjadi Menteri satu masa nanti. Tetapi
tindak tanduk Kerajaan tidak menjaga harta di dalam tangan, UMNO/BN tidak
relevan lagi. DAP PKR PAS akan merubah segalanya dan amat mustahil untuk kita
rebut kembali. Pulau Pinang akan menjadi seperti Singapura (mungkin mereka
ingin menjadi sebuah Negara tersendiri) dan Hong Kong .
Selangor semakin sukar dirampas. Kelantan yang menjadi mustahil untuk dimiliki
oleh UMNO/BN.
Penulis
berkata demikian kerana UMNO/BN kalah di Kelantan dan merosot di
Terengganu kerana pengundi Kelantan yang
bekerja, belajar dan tinggal luar Kelantan/Terengganu. Mahasiswa dan siswi
menyumbang kepada kekalahan dan kemerosotan UMNO/BN pada masakini dan akan
datang jika Kerajaan berdiam tanpa tindakan. Kata DS Zahid dan DS S Subramaniam
mencegah itu lebih baik daripada ……..
Berilah
peluang dan kuasa kepada YBhg Tan Sri Prof Dr Ibrahim Shah melaksana agenda
`pengkukuhan sokongan kepada UMNO/BN’ dan Prof Dr Sahul Hamid mem`bersih anasir
anti Kerajaan’ di kalangan pensyarah dan kakitangan UiTM. Mungkin sukar hendak
dilaksanakan kerana melibat cerdik pandai tetapi `start somewhere’. Banyakkan
dialog dan interaksi dengan pemimpin Negara dan terapkan pri mustahaknya kuasa
politik di tangan UMNO/BN dan TIDAK pada Melayu dalam DAP PKR PAS.
Banyak
dan padatkan aktiviti kepelajaran di kampus yang menjuruskan kepada pembentukan
mahasiswa siswi yang open dan sokong Kerajaan. Sessi suaikenal UiTM mesti
dikendalikan badan pelajar yang pro Kerajaan. Zaman penulis di ITM dulu, sessi
suai kenal di kendalikan oleh badan pelajar yang pro Islam (sekarang pro islam
bermakna pro pembangkang dan anwar Ibrahim). Pengurusan mesti rombak dan
libatkan UMNO/BN. Pengkukuhan bermula di sini lagi.
Fahamkan
mereka erti kemerdekaan dan pentingnya menjaga hak istemewa orang Melayu dan
UiTM. Suruh mereka mendafter sebagai undi dan dapatkan maklumat di masa mereka
mengundi. Terangkan kepada mereka mustahaknya percaturan meletakkan pengundi
pengundi di kawasan tertentu.
Penulis
yakin dengan kebolehan kedua dua Prof dari UiTM ini. Minta mereka membuat `proposal’
dan PM boleh add in beberapa strategi tambahan. Sepatah kata Tan Sri Sanusi
Junid di dalam Mingguan Malaysia
19hb Mei 2013, terlalu ramai cerdik pandai ingin memberi sumbangan idea kepada
kerajaan tetapi tiada engagement secara yang sebetulnya. Dikatakan PM ini
mempunyai ramai penasihat dan bergerak within their circle sahaja. Penulis cadang PM menasihati atau mengarahkan penasihatnya
supaya mencari jalan untuk mengemling pendapat veteran UMNO/BN dan para
cendiakawan Melayu Cina dan India .
Mesti jumpa mereka dan beri mereka pengiktirafan. Mereka nak sumbang idea.
Engagement begini akan menguatkan lagi sokongan para veteran UMNO dan
cendekiawan terhadap UMNO/BN. Inilah harta kita YAB DS Najib dan YAB TS
Muhyiddin. Penulis nak ulang sekali lagi, `yang dikejar (pengundi Cina) tidak
dapat, yang dikendong (pengundi Melayu & India dan Bumiputrea Sabah
Sarawak) tercicir’.
Instituit
Kemahiran Belia Negara (IKBN) memberikan latihan kemahiran kepada belia Melayu.
Penulis tahu IKBN ini berada di Pagoh, Sepang dan kuala Kubu Baru kerana urusan
perniagaan kawan penulis. Ketiga tiga IKBN ini mempunyai bilangan lebih kurang
1500 pelajar. Apa yang UMNO/BN boleh buat di sini untuk menarik minat mereka
menyokong UMNO/BN. Bersihkan tenaga pelajarnya dan beri pendedahan sebenar.
Sekarang masa untuk bersama sama dengan mereka. Libatkan dengan aktiviti IM4U.
Ikon
IM4U perlu terus memainkan peranan. Beri tugasan kepada mereka (artis,
sukarelawan, pemimpin belia) seperti realiti show. Yang terbaik diberikan
hadiah dan pengiktirafan.
Instituit
Kemahiran Mara (IKM) tumbuh di merata tempat di Malaysia . Kebanyakan mereka adalah
anak muda Melayu. Dekati mereka dan bantu mereka menjalan perniagaan yang
mereka pelajari di IKM. InsyALLAH mereka akan bersama sama kita. Beri mereka
geran perniagaan dan pantau pengurusannya sehingga berjaya. Jika mereka
berjaya, tambah insentif lagi.
Bagaimana
keadaannya di MRSM? Maktab Tentera? Sekolah Sains? Penulis percaya `meluntur
buluh biarlah dari rebungnya’.
Bercakap
pasal geran Kerajaan samada MTDC, Malaysia Biotech, MOSTI, Cradle Fund dan SMI,
Kerajaan mesti merombak polisi dengan memberi keutamaan kepada syarikat Bumiputera.
Syarikat Bumiputera pun kena teliti kerana banyak juga syarikat yang pro
pembangkang. Penulis boleh namakan syarikat Bumiputera jika ada polisi sudah
berubah sedemikian. Syarikat bukan Bumiputera tidak perlu di tolong lagi kerana
mereka tidak mahu peruntukan tetapi mahu kuasa. Di Malaysian Biotech dan agensi
geran Kerajaan tidak ada peruntukan
teknologi `kuasa politik’, yang ada teknologi hijau dan biotek. Pengurusan di
MTDC, Malaysian Biotech dan khasnya Cradle Fund, kebanyakannya pro pembangkang.
Ini di lihat daripada kecenderungan mereka melantik pengendali latihan yang
terang terang anti kerajaan. Kesimpulannya `top bottom cleasing’ di agensi di
atas. Pertuturan mereka macam memperlekehkan kerajaan BN dan UMNO. Dahulu,
Datuk Fazillah, Ketua Pemuda PBB, boleh berbuat sesuatu. Sekarang tidak tahu
macamana nak buat. Berhentikan pengurniaan geran tetapi tawarkan pinjaman dan
pengecilan staff mungkin menyekat keaktifan pemikiran pembangkang di kalangan
pengawai atasan dan pertengahan agensi tersebut. Penulis bagaimanapun
memperakui Malaysian Biotech tidak mengamalkan rasuah di dalam urusan mereka.
Telahan
penulis bahawa Penerangan UMNO/BN tidak memainkan peranan yang efektif adalah
betul. Tan Sri Sanusi Junid pun menyatakannya di wawancara Mingguan Malaysia .
Cybertropper UMNO/BN lebih pandai dan cerdik tetapi bilangannya kecil
berbanding dengan Red Bean Army yang tidak cerdik tetapi bilangannya ramai yang sepanjang tahun
beroperasi. Penulis hairan juga Unit Media Baru Pemuda UMNO dan Puteri UMNO
GAGAL menyayaingi Red Bean Army. Penulis
tidak pasti macamana keadah operasinya. Tun Faisal masih ada lagi ke?
Berbalik
kepada `war room’ yang dibahas terdahulu, penulis berpendapat `war room’
UMNO/BN mempunyai kemudahan dan ruang untuk cybertropper beroperasi. Jika
diberikan peluang dan peruntukan (ruang pejabat, computer, elaun cybertropper
seramai 10 orang (Melayu yang boleh berbahasa Inggeris, Cina dan Tamil) sebagai
permulaan serta kos operasi seperti elektrik, air, telefon dll, penulis ingin terajui cybertropper. Penulis
akan merintis jalan berjumpa dengan veteran dan cendiakawan menjadi penasihat.
Ahli perniagaan UMNO/BN dan Parti UMNO/BN serta Kerajaan boleh mencarum secara
tetap untuk menjayakan cybertropper ala guerilla war.
Tugas
utama dan permulaan Cybertropper ini mesti beraksi di dalam Sinar Harian,
Malaysiakini, Harakah dan sebagainya. Di dapati tiada ulasan balas daripada
cybertropper UMNO/BN di dalam penulisan mereka. Tiada lawan langsung.
Dibawah
KDN lagi, Jabatan Imigresen perlu melakukan tindakan besar besaran terhadap
kemungkinanan pelancong dari Cina, Vietnam, Hong Kong dan sebagai nya tinggal
lebih masa di Malaysia. Berapakah bilangan pelancong daripada Negara berkenaan
yang tidak dapat di kesan. Ketua Pengarah Imigresen mesti mengambil langkah
drastic terhadap mereka ini. Kemungkinan mereka ini boleh menjadi pengundi
hantu untuk DAP. Syorkan kepada kerajaan hukuman rotan dan denda kepada majikan
yang melindungi mereka ini. Sekurang kurang pahala, kita mendapat pahala
mengurangkan kepesatan rumah urut dan minuman keras di Malaysia .
Peguam
Negara mesti umum besar besaran hasrat memperbanyakkan tenaga professional
undang undang untuk bertindak terhadap pengacau Negara. Kementerian Dalam
Negeri dan PDRM dah ada ketua baru. Peguam Negara pun perlu proaktif. Khidmat
kepakaran YBhg Datuk Mohd noor Abdullah, bekas hakim Mahkamah Rayuan boleh
difikirkan. Sekarang SPRM telah melantik Y.Bhg Mohd Noor menjadi Pengerusi
Aduan SPRM. Panggil pakar luar negeri pun tidak masalah dan ia seolah kelihatan
Peguam Negera pun di dale `mode’ peperangan. Kalau boleh Kerajaan hendak 100
orang seperti YBhg Datuk Mohd Noor di pelbagai bidang masing masing. Gerun juga
Anwar Ibrahim dan Cina.
Penulis
harap Kerajaan terus membantu semua pertubuhan silat dan membela diri. Beri
mereka peruntukan mengendalikan kelas latihan di sekolah sekolah. Kerajaan
mesti berganding bahu dengan Mahaguru Omar Din dan Mahaguru lain untuk bersatu
padu menyokong Kerajaan. Ahli yang
derhaka kepada Mahaguru harus dikenalpasti dan di tarbiahkan. Buat program yang
menguntungkan pesilat pesilat. Penulis percaya jika sejuta pesilat menyokong
kerajaan, BN akan meraih kejayaan did lam PRU14 akan datang. Strategi `pindah
tempat mengundi’ perlu di bincang dengan detail. Setiap ahli digalakkan mendaftar
sebagai pengundi. Kemudian kena tahu tempat mana yang harus mereka mengundi
sebagai strategi. Beri elaun mengundi
kepada mereka. Kerajaan kena faham ini satu lagi asset Melayu.
bersambung di lambaran lain..tunggu..
assalamualaikum encik nasir, saye berusia 31 tahun dan alhamdulillah sayer di izinkan Allah mengundi buat kali ke 3 utk PRU13.. kesan dr PRU13 hati saye hancur dan remuk terhadap trend pengundi melayu. yg kaum2 cina ape tah lagi.. tapi sy x brp kisah dh ttentang deme.. sy cume riso psl melayu.. walopon sy masih muda, tp sy berpegang teguh menyokong UMNO dan BN.. dan sy tau, sy perlu melakukan sesuatu utk UMNO dan org melayu... melayu sedang lupa diri (bagi mrk yg kaya raya, anak org kaya...ramai kawan sy di FB melayu spt ini ) bagaimanakah cara utk sy menyumbang sesuatu utk UMNO? alangkah bagus kalo UMNo buat kaedah spt red bean dap.. sy sgt2 berharap dpt menyumbang.. x gune juge saye lantang dgn status2 sy di fb, tp rakan2 melayu PR terus dgn pendirian mrk dn terus hanyut :(..sy harap encik nasir dpt beri pandangan.. sy cukup riso tentang org melayu pd PRU14.. terima kasih krn masih setia menyokong umno..huhuhu
ReplyDeleteTerima kasih kerana menyayangi bangsa kita,agama kita, negara kita dan parti kita. selagi hayat masih ada, saya akan memberikan idea idea kepada pemimpin UMNO/BN untuk terus menarajui negara tercinta,
ReplyDelete