Sunday 19 May 2013

`WAR ROOM’ BN YANG HEBAT DIPERSALAHKAN `Yang dikejar (pengundi Cina) tidak dapat, yang di kendong (Melayu, India dan Bumiputera Sabah/Sarawak) tercicir’.



Pada hakikatnya BN menang 133 kerusi Parlimen dan gagal mendapat majoriti 2/3 walaupun pelbagai insentif, bantuhan dan peruntukan kepada rakyat khasnya kepada orang Cina. Ramai juga yang mengatakan sebelum dan semasa pilihanraya dijalankan pada 5 Mei 2013 yang lalu, kakitangan `war room’ memberi maklumat yang salah mengenai fakta. Betul ke `war room’ boleh merubah keputusan semasa pilihanraya berlangsung? Penulis akui tidak tahu apa itu `war room’.
Presepsi `war room’ mengikut kacamata penulis adalah ia nya
a.     `bilik strategis’ untuk UMNO / BN merangka kemenangan di PRU13 dan PRU seterusnya..
b.      Ia bilik yang kekal beroperasi sepanjang masa tidak mengira musim pilihanraya atau pilihanan raya kecil.
c.      Keahliannya para pemikir politik dalam kerajaan atau luar kerajaan, pakar kommunikasi, dan pakar undang undang.
d.     Setiap keahlian mesti mempunyai sifat `guerilla’ peperangan dan subversive’ di dalam politik.
e.      Ahli Akademik dan aktivis tempatan  terpilih menganggotai keahlian didalam `war room.

Pada hemat penulis War Room ini mesti merumahkan ahli pasukan pemikir dan penyemai propoganda propaganda. Kita semua tahu majoriti pengundi dan anak muda cina tidak menyokong BN. Jestru itu para pemikir mesti bersidang dan `brain storm’ mencari keadah menarik balik sokongan.

Ramai yang berpendapat BN mesti menarik minat sokongan pengundi Cina ke pangkuan BN. Yang menyedihkan, ia akan melibatkan peruntukan kewangan dan masa. Mereka tidak perlukan peruntukan tetapi mereka hendak kuasa politik. Boleh ke UMNO/BN berikan KUASA kepada Pakatan Pembangkang khasnya DAP dan PKR.?

Penulis mencadangkan UMNO/BN menumpukan perhatian kepada `benda yang ada’ di depan mata atau yang sedang di kendong. Takut takut pepatah Melayu kata `Yang dikejar tidak dapat, yang di kendong tercicir’.

UMNO/BN mesti menjaga harta yang ada sekarang. Pengundi UMNO/BN, pengundi India dan Bumiputera di Sabah / Sarawak. Perkukuhkan sokongan mereka, pertingkatan ekonomi dan bantuan, luaskan peluang niaga dan pekerjaan kepada mereka, buat program mesra dan penerangan.


Disamping memberikan perhatian khas kepada kumpulan di atas, UMNO/BN mesti menarik sokongan penjawat awam Melayu kepada Kerajaan. Penjawat Awam yang tidak menyokong Kerajaan mesti di kenalpasti dan usaha menyedarkan mereka mesti dilakukan. Cara baik atau kurang baik mesti dilakukan terhadap mereka. Penulis banyak menuliskan mengenai `pembersihan’ di dalam Penjawat Awam dan GLC. Penulis sudah menyentuh kakitangan PETRONAS, TNB, PNB, KWSP, SIME DARBY, FELDA dan banyak lagi yang bermusang dan pisau dalam lipatan.

Tumpuan `pembersihan anasir jahat politik dan pengukuhan sokongan’ boleh di mulakan di Lembah Klang. Ini adalah kerana Lembah klang adalah PUSAT PENTADBIRAN (penjawat awam dan GLC), PUSAT PEKERJAAN (multi nasional swasta seperti Bank dan kilang kilang seperti PROTON dan banyak lagi) dan PUSAT PENDIDIKAN (Universiti Kebangsaan Malaysia, UiTM dan banyak lagi).

Setiap Kementerian di dalam Kabinet 2013 ini mesti berusaha melakukan pembersihan anasir jahat politik dan pengukuhan sokongan’. Kementerian Luar harus kerja kuat dengan Duta Negara. Melalui facebook, penulis perhatikan pegawai dan keluarga yang di hantar ke Dubai, sebagai contohnya, adalah penyokong kuat Anwar Ibrahim. Ramai lagi yang sedang berkhidmat di luar Negara adalah anti kerajaan. Penulis minta Datuk Anifah Aman bertindak tegas terhadap pegawainya. Mereka seumpama `melepaskan anjing tersepit’. Duta duta yang bekerja di luar Negara di Timur tengah khasnya (Negara lain pun mustahak) perlu mendekati pelajar Malaysia `convert’ pendirian mereka. Bekerjasamalah dengan kelab Penuntut Malaysia di sana. Jangan asyik membuang masa shopping ataupun sibuk melayan kedatangan orang Malaysia ke Negara tersebut. Ini satu contoh Kementerian. Pengundi luar Negara tersebut yang telah berdaftar mesti dijemput berdialog. Semaikan maklumat yang terkini. Media yang benar perlu diketengahkan.

Bercakap pasal pelajar luar Negara tadi, selain duta dan pegawainya di Negara berkenaan, penaja Pusat dan Negeri mesti `berat sebelah’ dan melakukan diskriminasi didalam pemberian biasiswa dan pinjaman. Kita mesti melakukan `diskriminasi’ untuk mengelakkan kekacauan negera di tahun mendatang.

Kementerian Pertahanan diminta mengawal selia anggota ATMnya manakala Kementerian Dalam Negeri mesti lakukan sesuatu dengan anggota PDRM. Banyak kes di mana pesara ATM (calon Parlimen Johor Bahru) dan PDRM (Parlimen Larut) adalah penyokong dan tali barut pembangkang. Anggota Keselamatan PDRM dan ATM (majoriti nya orang melayu) mesti `di pengaruhi’ supaya menyokong Kerajaan. Tidak boleh tidak.

Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi bagaimana? Penulis kata ada 3 kategori yang perlu Tan sri Muhyiddin perhatikan. (1)Penjawat awam di Kementerian,Jabatan Pelajaran, Universiti dan sekolah, (2) Pensyarah atau guru dan (3) Mahasiswa dan pelajar.

Baru baru ini di Sekolah kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam, seorang guru Koko telah melakukan jenayah politik terhadap anak muridnya yang mungkin ibubapanya penyokong BN. Sudah sampai masanya Kementerian Pelajaran bertindak. Di Universiti ramai yang berfikiran Dr Aziz Bari. Tahniah kepada UIA. Shame on you. Makan gaji Kerajaan tetapi hetam balik. Seperti kata DS Zahid Hamidi, kalau suka sangat dengan Negara republic, sila angkat kaki. Kami tidak perlukan awak semua.

UiTM adalah harta kita yang boleh disandarkan pada masa hadapan. Hampir setiap negeri ada kampus cawangannya. Di Melaka ada kampus di Lendu, di Bandar dan terkini di Merlimau. Penulis tidak sempat mendapatkan data tentang bilangan `intake’ setiap tahun. Tetapi puluhan ribu juga.

Mahasiswa dan siswi yang melangkah masuk UiTM berumur 18 tahun. Dan masih boleh dibentuk pendirian mereka. Dulu Kerajaan tidak galakkan parti politik memasuki Universiti kerana nak mereka tumpu kepada pelajaran. Malangnya keikhlasan Kerajaan melarang UMNO/BN aktif di Universiti, telah menyusahkan kembali kepada Kerajaan. Impaknya nampak sekarang. Mereka anti Kerajaan. Mereka aktif berdemonstrasi. Rosak akhlak dan mengundi DAP yang rasis, PKR yang mabuk kuasa dan minat LBGT dan pruralisma. PAS berkembang hebat di kampus kampus dan impaknya besar sekarang. Penyokongnya amat taksub kepada pemimpin. Maaf saya katakan Kerajaan sendiri yang menyebabkan kemerosotan pengundi anak Melayu. Penulis ingin juga anak cucu penulis menjadi Menteri satu masa nanti. Tetapi tindak tanduk Kerajaan tidak menjaga harta di dalam tangan, UMNO/BN tidak relevan lagi. DAP PKR PAS akan merubah segalanya dan amat mustahil untuk kita rebut kembali. Pulau Pinang akan menjadi seperti Singapura (mungkin mereka ingin menjadi sebuah Negara tersendiri) dan Hong Kong. Selangor semakin sukar dirampas. Kelantan yang menjadi mustahil untuk dimiliki oleh UMNO/BN.
Penulis berkata demikian kerana UMNO/BN kalah di Kelantan dan merosot di Terengganu  kerana pengundi Kelantan yang bekerja, belajar dan tinggal luar Kelantan/Terengganu. Mahasiswa dan siswi menyumbang kepada kekalahan dan kemerosotan UMNO/BN pada masakini dan akan datang jika Kerajaan berdiam tanpa tindakan. Kata DS Zahid dan DS S Subramaniam mencegah itu lebih baik daripada ……..
Berilah peluang dan kuasa kepada YBhg Tan Sri Prof Dr Ibrahim Shah melaksana agenda `pengkukuhan sokongan kepada UMNO/BN’ dan Prof Dr Sahul Hamid mem`bersih anasir anti Kerajaan’ di kalangan pensyarah dan kakitangan UiTM. Mungkin sukar hendak dilaksanakan kerana melibat cerdik pandai tetapi `start somewhere’. Banyakkan dialog dan interaksi dengan pemimpin Negara dan terapkan pri mustahaknya kuasa politik di tangan UMNO/BN dan TIDAK pada Melayu dalam DAP PKR PAS.
Banyak dan padatkan aktiviti kepelajaran di kampus yang menjuruskan kepada pembentukan mahasiswa siswi yang open dan sokong Kerajaan. Sessi suaikenal UiTM mesti dikendalikan badan pelajar yang pro Kerajaan. Zaman penulis di ITM dulu, sessi suai kenal di kendalikan oleh badan pelajar yang pro Islam (sekarang pro islam bermakna pro pembangkang dan anwar Ibrahim). Pengurusan mesti rombak dan libatkan UMNO/BN. Pengkukuhan bermula di sini lagi.

Fahamkan mereka erti kemerdekaan dan pentingnya menjaga hak istemewa orang Melayu dan UiTM. Suruh mereka mendafter sebagai undi dan dapatkan maklumat di masa mereka mengundi. Terangkan kepada mereka mustahaknya percaturan meletakkan pengundi pengundi di kawasan tertentu.

Penulis yakin dengan kebolehan kedua dua Prof dari UiTM ini. Minta mereka membuat `proposal’ dan PM boleh add in beberapa strategi tambahan. Sepatah kata Tan Sri Sanusi Junid di dalam Mingguan Malaysia 19hb Mei 2013, terlalu ramai cerdik pandai ingin memberi sumbangan idea kepada kerajaan tetapi tiada engagement secara yang sebetulnya. Dikatakan PM ini mempunyai ramai penasihat dan bergerak within their circle sahaja. Penulis  cadang PM menasihati atau mengarahkan penasihatnya supaya mencari jalan untuk mengemling pendapat veteran UMNO/BN dan para cendiakawan Melayu Cina dan India. Mesti jumpa mereka dan beri mereka pengiktirafan. Mereka nak sumbang idea. Engagement begini akan menguatkan lagi sokongan para veteran UMNO dan cendekiawan terhadap UMNO/BN. Inilah harta kita YAB DS Najib dan YAB TS Muhyiddin. Penulis nak ulang sekali lagi, `yang dikejar (pengundi Cina) tidak dapat, yang dikendong (pengundi Melayu & India dan Bumiputrea Sabah Sarawak) tercicir’.

Instituit Kemahiran Belia Negara (IKBN) memberikan latihan kemahiran kepada belia Melayu. Penulis tahu IKBN ini berada di Pagoh, Sepang dan kuala Kubu Baru kerana urusan perniagaan kawan penulis. Ketiga tiga IKBN ini mempunyai bilangan lebih kurang 1500 pelajar. Apa yang UMNO/BN boleh buat di sini untuk menarik minat mereka menyokong UMNO/BN. Bersihkan tenaga pelajarnya dan beri pendedahan sebenar. Sekarang masa untuk bersama sama dengan mereka. Libatkan dengan aktiviti IM4U.

Ikon IM4U perlu terus memainkan peranan. Beri tugasan kepada mereka (artis, sukarelawan, pemimpin belia) seperti realiti show. Yang terbaik diberikan hadiah dan pengiktirafan.

Instituit Kemahiran Mara (IKM) tumbuh di merata tempat di Malaysia. Kebanyakan mereka adalah anak muda Melayu. Dekati mereka dan bantu mereka menjalan perniagaan yang mereka pelajari di IKM. InsyALLAH mereka akan bersama sama kita. Beri mereka geran perniagaan dan pantau pengurusannya sehingga berjaya. Jika mereka berjaya, tambah insentif lagi.

Bagaimana keadaannya di MRSM? Maktab Tentera? Sekolah Sains? Penulis percaya `meluntur buluh biarlah dari rebungnya’.

Bercakap pasal geran Kerajaan samada MTDC, Malaysia Biotech, MOSTI, Cradle Fund dan SMI, Kerajaan mesti merombak polisi dengan memberi keutamaan kepada syarikat Bumiputera. Syarikat Bumiputera pun kena teliti kerana banyak juga syarikat yang pro pembangkang. Penulis boleh namakan syarikat Bumiputera jika ada polisi sudah berubah sedemikian. Syarikat bukan Bumiputera tidak perlu di tolong lagi kerana mereka tidak mahu peruntukan tetapi mahu kuasa. Di Malaysian Biotech dan agensi geran Kerajaan tidak  ada peruntukan teknologi `kuasa politik’, yang ada teknologi hijau dan biotek. Pengurusan di MTDC, Malaysian Biotech dan khasnya Cradle Fund, kebanyakannya pro pembangkang. Ini di lihat daripada kecenderungan mereka melantik pengendali latihan yang terang terang anti kerajaan. Kesimpulannya `top bottom cleasing’ di agensi di atas. Pertuturan mereka macam memperlekehkan kerajaan BN dan UMNO. Dahulu, Datuk Fazillah, Ketua Pemuda PBB, boleh berbuat sesuatu. Sekarang tidak tahu macamana nak buat. Berhentikan pengurniaan geran tetapi tawarkan pinjaman dan pengecilan staff mungkin menyekat keaktifan pemikiran pembangkang di kalangan pengawai atasan dan pertengahan agensi tersebut. Penulis bagaimanapun memperakui Malaysian Biotech tidak mengamalkan rasuah di dalam urusan mereka.

Telahan penulis bahawa Penerangan UMNO/BN tidak memainkan peranan yang efektif adalah betul. Tan Sri Sanusi Junid pun menyatakannya di wawancara Mingguan Malaysia. Cybertropper UMNO/BN lebih pandai dan cerdik tetapi bilangannya kecil berbanding dengan Red Bean Army yang tidak cerdik tetapi  bilangannya ramai yang sepanjang tahun beroperasi. Penulis hairan juga Unit Media Baru Pemuda UMNO dan Puteri UMNO GAGAL menyayaingi Red Bean Army.  Penulis tidak pasti macamana keadah operasinya. Tun Faisal masih ada lagi ke?

Berbalik kepada `war room’ yang dibahas terdahulu, penulis berpendapat `war room’ UMNO/BN mempunyai kemudahan dan ruang untuk cybertropper beroperasi. Jika diberikan peluang dan peruntukan (ruang pejabat, computer, elaun cybertropper seramai 10 orang (Melayu yang boleh berbahasa Inggeris, Cina dan Tamil) sebagai permulaan serta kos operasi seperti elektrik, air, telefon dll,  penulis ingin terajui cybertropper. Penulis akan merintis jalan berjumpa dengan veteran dan cendiakawan menjadi penasihat. Ahli perniagaan UMNO/BN dan Parti UMNO/BN serta Kerajaan boleh mencarum secara tetap untuk menjayakan cybertropper ala guerilla war.

Tugas utama dan permulaan Cybertropper ini mesti beraksi di dalam Sinar Harian, Malaysiakini, Harakah dan sebagainya. Di dapati tiada ulasan balas daripada cybertropper UMNO/BN di dalam penulisan mereka. Tiada lawan langsung.

Dibawah KDN lagi, Jabatan Imigresen perlu melakukan tindakan besar besaran terhadap kemungkinanan pelancong dari Cina, Vietnam, Hong Kong dan sebagai nya tinggal lebih masa di Malaysia. Berapakah bilangan pelancong daripada Negara berkenaan yang tidak dapat di kesan. Ketua Pengarah Imigresen mesti mengambil langkah drastic terhadap mereka ini. Kemungkinan mereka ini boleh menjadi pengundi hantu untuk DAP. Syorkan kepada kerajaan hukuman rotan dan denda kepada majikan yang melindungi mereka ini. Sekurang kurang pahala, kita mendapat pahala mengurangkan kepesatan rumah urut dan minuman keras di Malaysia.


Peguam Negara mesti umum besar besaran hasrat memperbanyakkan tenaga professional undang undang untuk bertindak terhadap pengacau Negara. Kementerian Dalam Negeri dan PDRM dah ada ketua baru. Peguam Negara pun perlu proaktif. Khidmat kepakaran YBhg Datuk Mohd noor Abdullah, bekas hakim Mahkamah Rayuan boleh difikirkan. Sekarang SPRM telah melantik Y.Bhg Mohd Noor menjadi Pengerusi Aduan SPRM. Panggil pakar luar negeri pun tidak masalah dan ia seolah kelihatan Peguam Negera pun di dale `mode’ peperangan. Kalau boleh Kerajaan hendak 100 orang seperti YBhg Datuk Mohd Noor di pelbagai bidang masing masing. Gerun juga Anwar Ibrahim dan Cina.

Penulis harap Kerajaan terus membantu semua pertubuhan silat dan membela diri. Beri mereka peruntukan mengendalikan kelas latihan di sekolah sekolah. Kerajaan mesti berganding bahu dengan Mahaguru Omar Din dan Mahaguru lain untuk bersatu padu  menyokong Kerajaan. Ahli yang derhaka kepada Mahaguru harus dikenalpasti dan di tarbiahkan. Buat program yang menguntungkan pesilat pesilat. Penulis percaya jika sejuta pesilat menyokong kerajaan, BN akan meraih kejayaan did lam PRU14 akan datang. Strategi `pindah tempat mengundi’ perlu di bincang dengan detail. Setiap ahli digalakkan mendaftar sebagai pengundi. Kemudian kena tahu tempat mana yang harus mereka mengundi sebagai strategi.  Beri elaun mengundi kepada mereka. Kerajaan kena faham ini satu lagi asset Melayu.
bersambung di lambaran lain..tunggu..

2 comments:

  1. assalamualaikum encik nasir, saye berusia 31 tahun dan alhamdulillah sayer di izinkan Allah mengundi buat kali ke 3 utk PRU13.. kesan dr PRU13 hati saye hancur dan remuk terhadap trend pengundi melayu. yg kaum2 cina ape tah lagi.. tapi sy x brp kisah dh ttentang deme.. sy cume riso psl melayu.. walopon sy masih muda, tp sy berpegang teguh menyokong UMNO dan BN.. dan sy tau, sy perlu melakukan sesuatu utk UMNO dan org melayu... melayu sedang lupa diri (bagi mrk yg kaya raya, anak org kaya...ramai kawan sy di FB melayu spt ini ) bagaimanakah cara utk sy menyumbang sesuatu utk UMNO? alangkah bagus kalo UMNo buat kaedah spt red bean dap.. sy sgt2 berharap dpt menyumbang.. x gune juge saye lantang dgn status2 sy di fb, tp rakan2 melayu PR terus dgn pendirian mrk dn terus hanyut :(..sy harap encik nasir dpt beri pandangan.. sy cukup riso tentang org melayu pd PRU14.. terima kasih krn masih setia menyokong umno..huhuhu

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana menyayangi bangsa kita,agama kita, negara kita dan parti kita. selagi hayat masih ada, saya akan memberikan idea idea kepada pemimpin UMNO/BN untuk terus menarajui negara tercinta,

    ReplyDelete