Ramai ahli UMNO dan BN segan dan
takut pakai baju BN atau sticker BN atau aksesori BN atas sebab beberapa
presepsi. Antaranya menganggotai parti UMNO dan BN kita tak ada kelas, ahli
parti orang tua, parti orang tidak professional, parti dan ahli yang korup,
tidak moden dan kuno. Selain daripada itu, perasaan takut di rosakkan kenderaan
mereka kerana jenayah politik di Malaysia semakin meningkat.
Penulis rasa ada benarnya dengan
pendekatan Datuk Aznil atau Pak Nil yang mengagih TShirt kepada anak muda
khasnya tanpa logo BN tetapi sifat BN seperti STABILITY, PROGRESS dan PEACE
yang berbagai warna.
Dikatakan dan dimomokkan oleh
pembangkang bahawa BN dan parti komponennya adalah parti orang tua tua. Orang
muda tidak ada kelas kalau bergaul dengan ahli parti orang tua.
Sebenarnya UMNO sebuah parti yang diterajui
oleh orang muda jika dibandingkan dengan pemimpin parti lain. Usia DS Najib
lebih muda dari Lim Kit Siang dan Karpal Singh.
DS Najib lebih remaja daripada Datuk Hadi Awang dan Datuk Nik Aziz.
Malah DS Najib lebih remaja dan muda daripada DS Anwar Ibrahim. Walaupun parti
itu `TUA’ (bermaksud juga parti itu di terima ramai buat sekian lama kerana
perkhidmatannya baik) tetapi pemimpinnya lebih remaja daripada pemimpin parti
PKR, DAP dan PAS.
RAKYAT MESTI BANTU KERAJAAN MEMERANGI
RASUAH
Seterusnya Penulis akan bincang
faktor `sigma’ atau tuduhan BN/UMNO adalah parti korup.
Pada penulis, Kerajaan BN tidak
bertanggongjawab 100 peratus yang menyebabkan berlakunya amalan rasuah.
Amalan rasuah memang ada dan masih berlaku.
Kerajaan melakukan program transformasi kerajaan dan salah satu agendanya ialah
memerangi rasuah. Program itu menampakkan hasil dan ia semakin semakin baik
setiap masa.
Pada penulis, Kerajaan tidak boleh
dipersalahkan 100 peratus. SOP tender sesebuah projek memang tersedia dan
peraturannya ketat. Mereka yang menjalankan tugas seperti penjawat awam dan penender
atau yang memerlukan perkhidmatan pun perlu disalahkan juga.
Kedua dua pihak, contohnya, penender
makanan kantin dan penjawat awam di Kementerian Pelajaran perlu berkerjasama
memerangi rasuah. Pihak penendar mesti menawarkan harga penyediaan makanan 5
kali sehari dengan harga yang
kompetitif. Penender boleh buat pilihan untuk masuk tender RM15 seorang sehari
atau RM11 seorang sehari. RM15 adalah tinggi pada kelazimannya, tetapi
sebahagian daripada RM15 tadi, terdapat RM1-RM2 seorang untuk pegawai penilai
tender, pegawai memproses tuntutan dan juga kakitangan yang bertugas menyelia
penender di kantin. Dalam senario lain pula, ada penender memasuki tender
dengan harga RM11 untuk mendapat tender sahaja. Keuntungannya nanti di dalam
bentuk pembekalan yang kurang bermutu dan catuan. Ikan yang segar diganti
dengan ikan yang kurang baik dan spek yang salah. Biasanya mereka akan
bekerjasama di dalam tuntutan. Penender akan tuntut, contohnya, 400 pelajar
pada hari itu, walhal yang datang makan hanya 300 atau 350 pelajar.
Ada juga broker broker yang cuba
mengambil untung dan menipu penender, konon kononnya pegawai atasan minta wang
sebagai syarat mendapatkan tender. Tidak semena mena, penjawat awam yang tidak
tahu menahu mengenai wang sogokan, mendapat nama buruk. Broker itu yang makan
seorang.
Pada penulis, Menteri Pelajaran tidak
rasuah tetapi penjawat awam, broker dan penender yang rasuah. Rakyat boleh
marah mereka. Penjawat awam ini ada yang
pro kerajaan dan ada juga pro pembangkang.
Semasa berkhidmat di Johor
Corporation dahulu, setiap anggota pekerja digalakkan `menjaga tepi kain orang’
. Anggota pekerja disuruh menjadi `mata dan teliga’ kepada pengurusan. Disamping
itu, ceramah berjadual keburukan rasuah diadakan dikalangan pekerjanya. Usaha
ini berjaya mengurangkan gejala rasuah.
Pengalaman peribadi penulis ialah berurusan
dengan Malaysian Biotech Corporation Sdn Bhd 5 tahun lepas. Syarikat penulis
menerima geran pengkommersilan produk sejumlah RM2.5 juta. Semasa proses,
mendapat kelulusan dan `disbursement’ wang, Datuk Iskandar dan pegawainya tidak
pernah meminta 1 sen pun. Tanyalah penerima geran yang lain. Malah mereka
membantu kami sepanjang masa di dalam bentuk nasihat dan pemasaran. Pada
hakikatnya banyak agensi Kerajaan telah menjurus kepada zifar rasuah. Inilah
kebanggaan Malaysia .
Sistemnya membawa kebaikan kepada masyarakat.
Kerajaan faham ada anggota PDRM
terlibat dalam rasuah seperti kesalahan trafik. Kerajaan memperkenalkan AES
untuk mengurangkan kemalangan jalanraya disamping memerangi rasuah jangka
panjang. Ini bermakna kesalahan trafik di rekod oleh kamera digital yang dengan
terang tertera no kenderaan. Saman yang telah ditetapkan kadarnya akan dihantar
kepada pesalah. Di sini tiada elemen manusia. Pesalah membayar mengikut kadar tanpa
rundingan. Rundingan ini biasanya akan melibatkan rasuah.
Malangnya apabila AES diperkenalkan
Kerajaan, segelintir rakyat membantah, walhal AES dilaksanakan di banyak Negara
dan yang cantiknya, kos mengadakan peralatan tersebut adalah dari pihak swasta
dengan kutipan bersama 70% kerajaan dan 30% swasta (tidak pasti dengan
peratusan) untuk tempoh tertentu.
Penulis kerap ke Kuala Lumpur menaiki bas ekpress dan selalu
berbual dengan pemandu bas. Hampir kesemua pemandu tidak suka dengan AES ini
kerana saman di bayar sendiri oleh pemandu bas. Syukur penulis dapat memahamkan
dan menyedarkan 5 pemandu bas kebaikan AES ini. Secara praktikalnya di
Lebuhraya Utara Selatan Melaka Kuala Lumpur, kamera AES telah di letakkan
berhampiran Bangi-Kajang. Penulis memberitahu pemandu tersebut, mengenai papan
tanda amaran yang AES beroperasi di hadapan apabila melintas kawasan tersebut.
Pemandu bas memperlahankan bas dan 5 minit kemudian melintas kamera AES
tersebut. Bas tersebut tidak melakukan kesalahan.
Rumusannya, penulis memberitahu
pemandu bas yang menjadi masalahnya ialah kita sendiri. Amaran telah diberi
tetapi kita masih memandu laju di kawasan tersebut. Apabila kena saman,
marahkan kerajaan dan akibatnya kena sokong pembangkang yang nak menghapuskan
AES.
AES terbukti mengurangkan kemalangan
dan kesalahan trafik. Cuba
bayangkan pesalah trafik tadi melanggar kereta suami atau isteri anda dan anak.
Mereka mati di tempat kejadian. Nak salahkan UMNO juga.
Rakyat kena sokong usaha kerajaan
mengurangkan kemalangan dan kesalahan trafik disamping memerangi rasuah
dikalangan PDRM dan rakyat memandu, pada `zero cost’ perbelanjaan capital
tetapi mendapat sebahagian besar kutipan saman tersebut.
Macamana nak pakai@ pasang lambang BN, bila minta dari PDM mentah mentah kata tak ada pada hal melambak dlm setor. Ini pengalaman saya bro. Pihak yg jaga PDM tidak mesra penyokong..... Itu sebab ramai yg tawar hati
ReplyDelete