JDT DI MUSUHI PIHAK LAWAN DAN MEDIA.
(Hanya di denda RM30,000 oleh FAM kerana tidak memberikan jaminan keselamatan)
Baik Media Arus Perdana mahupun Astro, kesemua mereka semacam tidak berpuas hati dengan keputusan Jawatankuasa TataTertib yang mendenda JDT sebanyak RM30,000 kerana gagal menjamin keselamatan kepada pemain dan penonton. Banyak tajuk akhbar mereka menulis JDT hanya di denda RM30,000. Seperti ManUnited yang bukan sahaja berhadapan dengan pihak lawan di dalam padang tetapi berhadapan dengan kemarahan penyokong sendiri di luar padang, JDT menghadapi kemarahan pihak media juga. JDT lagi teruk
MB Terengganu secara terang menyatakan ketidakpuasannya kerana individu (Pengurusan Tertinggi PBNJ) yang melakukan kesalahan tidak di kenakan denda atau tindakan. Ini diburukkan lagi dengan keputusan FAM menanggohkan keputusan insiden Terowong Larkin kerana PDRM masih melakukan siasatan lanjut dan terperinci.
Pada penulis FAM mempunyai kewibawaan tersendiri menguruskan hal ehwal kebolasepakan Malaysia. Berilah FAM ruang menyelesaikan apa jua kemelut bolasepak negara. MB Terengganu jikalau pandai sangat, sila lah bertanding Presiden FAM bulan Mei 2014 ini dan mencoraklah FAM mengikut citarasa sendiri.
http://nasirwise.blogspot.com/2014/03/sukan-bolasepak-memang-tidak-boleh.html
http://nasirwise.blogspot.com/2014/02/bola-sepak-begitu-kejam.html
http://nasirwise.blogspot.com/2014/02/bolasepak-bukan-semangat-kesukanan-yang.html
ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapak. sesungguhnya FAM sedang dalam dilema sama ada mahu menelan atau meluahkan jawapan kepada persoalan kes terowong tersebut. kesukaran tersebut menyebabkan FAM hanya mampu kemam dalam mulut. telan tidak, luahpun tidak. persoalannya kenapa begitu? antara faktor yang molek untuk dibicarakan ialah individu dalam pengurusan tertinggi team JDT melibatkan keluarga diraja. FAM sendiri juga begitu. apa2 keputusan seolah perlu dilakukan dengan berhati2 secara amat keterlaluan. solusi kepada permasalahan ini ialah sultan, kerabat dan yg berkaitan dengannya tidak menyertai FAM atau badan2 gabungannya. jika mahu terlibat juga, mesti ada klausa atau 'term' status diraja ditinggalkan di luar badan yg dianggotai selagi dia melibatkan soal2 pasukan atau FAM. kini timbul desas desus kemungkinan presiden FAM tidak bertanding mengekalkan jawatan, dan antara calon2 yg mungkin masuk bertanding ialah anakanda baginda sendiri dan TMJ. situasi sukar nampaknya akan diukir semula oleh FAM jika stail pemilihan begini berterusan.
ReplyDelete.......hanya sekadar pandangan.
Engkau ni , orang luahkan perasaan tak puas hati , engkau suruh bertanding pulak. Kita cuma mengharapkan mereka yang diberi amanah untuk menjalankan tanggung jawab mereka secara jujur .....itu shj, without fear or favor.
ReplyDelete