Sunday, 13 April 2014

TAN SRI MUHYIDDIN GILA GOLF DAN KEBURUKANNYA



Tan Sri Muhyiddin memang gila habis bermain golf. Beliau kerap turun  bermain pada waktu lapang, selalunya hari minggu, melainkan BN menghadapi PRK mahupun Perhimpuan BN dan UMNO serta lawatan rasmi. Golf, dengan izin Allah, menyihatkan Tan Sri Muhyiddin. Pada usia yang lebh tua daripada Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak, beliau kelihatan `fit’ untuk bermarathon di dalam tugasan rasmi Kerajaan dan politik.

Beliau banyak melakukan lawatan ke UK dan baru baru ini beliau ke UAE. Kegiatan sukan dan politik senantiasa diperhatikan oleh musuh politiknya samaada dari BN/UMNO sendiri ataupun pembangkang.

Di dalam lawatan UAE, pegawainya telah memasukkan aktiviti bermain golf selari dengan kegilaan golf oleh Tan Sri Muhyiddin atau dengan sengaja ingin `mengampu’ bosnya atau dengan arahan Tan Sri Muhyiddin sendiri.

Ikhlasnya, Tan Sri Muhyiddin dan Ketua Setiausaha Negara boleh menafikan tuduhan dua Ahli Parlimen DAP dari Pulau Pinang tetapi penulis sendiri yakin jika tidak di `bongkar’kan jadual tersebut, mungkin riadah `golfing’ akan / telah berlaku dengan sewenang wenangnya.

Nasihat ikhlas penulis kepada Tan Sri Muhyiddin, jikalau hendak bermain golf di luar negara, lakukan semasa cuti tahunan yang di luluskan oleh Perdana  Menteri. `Declare’ dengan KSN Negara mana hendak dikunjungi dan aktiviti apa hendak dilakukan. Ahli ahli perniagaan dan politik yang ingin turut serta di dalam rombongan mesti di maklum terlebih dahulu. Ini mengelakkan ada tanggapan ahli perniagaan membelanja tiket dan perbelanjaan di negara orang. Jangan menambah tekanan dan bebanan politik kepada Datuk Sri Mohd Najib kerana beliau sendiri cukup dengan tekanan politik.

KSN diberitakan  akan menyiasat siapakah dalang yang membocorkan `rahsia yang kurang tepat’. Senang aje. Kebocoran jadual seseorang Menteri boleh berlaku secara sengaja atau tdak sengaja. Daripada Setiausaha Sulit, Pembantu Pejabat, Ticketing dan juga ahli perniagaan yang mengiringi TS Muhyiddin. Penyokong atau orang kanan juga berperanan. Sesampai di luar negeri, pegawai pengiring juga kena tahu TS Muhyiddin. Kesemua ini membuka luas kepada pembangkang mendapatkan maklumat terkini.

Sambutan Hari Jadi TS Muhyiddin yang biasanya di adakan di kediamannya, juga perlu di adakan secara teliti dan terbuka kepada ahli keluarga dan rakan rapat sahaja. Kamera mungkin tidak dibenarkan langsung. Penulis risau dengan kemahiran pihak musuh mewujudkan cerita. Tarian Zapin yang yang di jadikan acara tetap Majlis Hari Jadi boleh di `spin’ sebagai tarian disko di salah sebuah kelab malam terkemuka.  


Sebagai rakyat yang berasal dari Bakri, penulis mohon Tan Sri Muhyiddin perlu lebih berhati hati. Jangan ada ruang untuk musuh nyata dan tidak nyata menjatuhkan kita. Penulis amat risau hobi keterlaluan membawa bencana seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim.

No comments:

Post a Comment