Sunday, 6 April 2014

OPERASI SAR RM164JUTA SETAKAT 6 APRIL 2014. TABUNG DERMA RAKYAT WAJAR DILANCARKAN.



Tragedi MH370 sedah 30 hari berlalu tetapi pesawat mahupun jenazah penumpang dan krew belum di temui. Kotak Hitam akan hilang keupayaan mengeluarkan isyarat selepas 30 hari dan operasi semakin sukar dan sulit.

Diberitakan kos misi mencari atau SAR mencecah RM164 juta dan angka ini mungkin bertambah lagi jika pesawat mahupun jenazah tidak dijumpai. Harap harap pencarian MH370 tidak melepasi rekod Air France yang menjankau 2 tahun pencarian.

Kapal HMAS Success beroperasi dengan kos RM1.8 juta sehari, manakala HMAS Toowoomba membelanjakan kos operasi RM1.25 juta sehari. Kapal Tentera laut Amerikat Syarikat membayar RM11.81 juta untuk penggunaan Towed Pinger Locator dan dron dasar laut. Selain kapal, pesawat jga digunakan. RM10.82juta dibelanjakan untuk mendapatkan perkhidmatan kapal dan pesawat Ameika Syarikat. Setakat ini Vietnam merekodkan perbelanjaan RM26.24juta. Kos akan meningkat selagi usaha mencari pesawat dan kotak hitam tidak kesampaian.

Penulis mencadangkan rakyat Malaysia Melayu, Cina dan India ataupun Islam dan bukan Islam melakukan doa dan derma. Doa supaya pesawat dan `jenazah’ di jumpai segera dan derma untuk Kerajaan membelanjakan kos operasi SAR yang menelan belanja berjuta ringgit sehari. Sebagai contoh, keluarga penulis menderma RM7 sebulan (minima) untuk keluarga 7 orang. Andaikata setiap keluarga menderma, rakyat Malasia yang seramai 30 juta +-, tabung SAR dikutip RM30juta. Dua bulan RM50 juta.

Syarikat GLC dan bukan GLC termasuk swasta perlu lebih perihatin dan mencarum RM1000 bagi sebuah PKS kepada RM1juta syarikat Awam. Para bilionair boleh berperanaan dengan menderma secara peribadi RM5juta seorang. Diperingkat antarabangsa, satu jawatankuasa yang diketuai Wisma Putra menyelaraskan permohonan dan penerimaan wang bantuan dari negara lain. Alangkah baiknya jika Negara besar seperti Amerika Syarikat, Australia, Singapura dan lain mengecualikan tuntutan kos SAR atas dasar kemanusiaan.

Penulis percaya bukan sahaja 26 buah Negara yang membantu dari segi perkhidmatan kapal laut, kapal terbang dan gunatenaga tetapi Negara lain seperti Arab Saudi, EU (yang tidak terlibat di dalam operasi SAR) akan turut membantu Malaysia.  



Keperihatinan dan sayang kepada Kerajaan harus diterjemahkan melalui DOA dan DERMA. 

No comments:

Post a Comment