Penulis masih menunggu pengumuman seorang pemimpin besar cum penasihat ekonomi sebuah negeri bermasalah air dan pesalah meliwat membuat kenyataan mengenai tragedi MH370. Beliau menuduh Kerajaan cuba menyorok infomasi dan tidak tulus di dalam tindakan pencariannya. Kerajaan tahu mengapa dan di mana pesawat tersebut berada.
Malangnya sepanjang peringatan penulis, belum ada apa apa kenyataan daripada beliau. Malah beliau berkata beliau tidak sihat (http://nasirwise.blogspot.com/2014/04/anwar-terselamat-sebentar-kerana.html ) untuk memberikan pendedahan. Sangat handal manusia ini dan pasukannya. Kalah 26 negara yang sedang berkerjasama secara teknikal dan aset, tetapi beliau hanya dapat menjawabnya di dalam masa 1 saat atau berilah beliau waktu 24 jam. Nanum tidak menjadi kenyataan.
Beliau terus bernasib baik sedikit apabila beliau sibok dengan pengurusan dan penghormatan terhadap Karpal Singh yang maut di dalam kemalangan jalanraya di Gua Tempurong, Perak.
Di dalam pada itu, YABhg Tun Dr Mahathir mengulas salah satu sebab nahas MH370 berlaku dan siapa patut turut dipersalahkan dan cadangan pembaikan yang patut di lakukan oleh pembuat kapal terbang. Penulisan YABhg Tun adalah seperti berikut ( http://www.malaysianews-online.com/2014/04/mereka-yang-berkuasa.html ). BOEING patut dipersalahkan juga bukan MAS mahupun Kerajaan sahaja.
Penulis turut menanyakan persoalan yang sama bulan lepas lagi seperti di sini ( http://nasirwise.blogspot.com/2014/03/tragedi-mh370transponder-menjadi-punca.html )
Penulis berharap beliau akan tampil kehadapan bersama dengan Raja Bomoh untuk memberikan maklumat tentang MH370. At least membantu.
No comments:
Post a Comment