Sunday 6 April 2014

JANGAN AMBIL KISAH DENGAN TUDUHAN ANWAR IBRAHIM TENTANG MAKLUMAT MH 370


Anwar Ibrahim sedang ketawakan Kerajaan kerana `mengelabah sakan’ apabila di tuduh menyorokkan maklumat tentang tragedi MH370. Beliau berpersepsi Datuk Sri Najib dan Datuk Seri Hishamuddin berserta Ketua Pengarah DCA dan Angkatan Tentera tahu bagaimana nahas berlaku, di mana pesawat berada? Motif kehilangan pesawat? dan sebagainya. Agak menghairankan juga terdapat 26 negara jiran dan kawan bersetongkol dengan Malaysia menyembuyikan maklumat berkaitan.

Prinsip Kerajaan yang bertanggonjawab ialah mengesahkan maklumat terlebih dahulu sebelum mengumumkan kepada orang ramai. Amalan Anwar Ibrahim berlainan. Umum dulu untuk sensasi. Betulkan along the way jika tersalah fakta. Pada penulis, tidak menghairankan. Perkara yang tidak betul 100% pun seperti 40,000 Bangladesh mengundi dan banyak lagi, pun dikatakan betul dan dipercayai penyokongnya. Anwar Ibrahim sedang menuju status kenabian yang cakapnya di anggap SABDA.

Kerajaan tidak boleh memberikan perhatian sepenuhnya dengan pertuduhan Anwar Ibrahim. Mengkritik dan mewujudkan rasa was was adalah asam garam beliau. Entah entah dibelakang kita, beliau berhubungan dengan Raja Bomoh Malaysia dan Indonesia untuk mendapatkan maklumat.

Kepada media arus perdana, tidak ada keperluan untuk `highlight’ percakapan Anwar Ibrahim kerana dikuatiri tumpuan Kerajaan terhadap misi pencarian terganggu. Sebenarnya disebabkan kerajaan tidak mengambil kisah terhadap Anwar Ibrahim dan ahli pembangkang sepanjang 3 minggu kehilangan pesawat MH370,mereka terasa mereka tidak diberi perhatian. Kemenangan Kajang dan kekalahan di Balingian, tidak cukup sensasi dan tidak mendapat perhatian dunia. Perhatian seluruh dunia lah yang sedang ditagih oleh Anwar Ibrahim. Beliau dan rakan merasa Kerajaan dan Malaysia menerima terlalu banyak publisiti baik dari media tempatan dan luar negera.

Hati kecil penulis berkata Anwar Ibrahim terpaksa `memporak perandakan’ keadaan kerana beliau mahu menghilangkan perasaan gerun dan gelisah menanti hari beliau pulang ke rumah kedua beliau di Sungai Buluh. Pembohongan mesti diteruskan untuk `political survival’.

Teruskan usaha pencarian serta kerjasama dengan negara asing. Tingkatkan doa pada Allah SWT agar permudah misi pencarian dan percepatkan perjumpaan pesawat MH370 dan kotak hitam supaya terjawab segala permasalahannya.
Pengkhabaran mengenai kos SAR kepada umum ada baiknya. Penulis tidak yakin andaikata Datin Seri Wan Azizah menjadi Perdana Menteri (Anwar Ibrahim menjalani hukuman di Sungai Buluh) dan Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi Menteri Kewangan Malaysia, beliau akan membenarkan usaha SAR ini diteruskan kerana ia melibatkan pengeluaran wang. Beliau mengutamakan `bottomline’.

Kerajaan BN berbeza. Walaupun ia membebankan wang Kerajaan, ia tetap di jalankan.

No comments:

Post a Comment