Wednesday 9 April 2014

FAM: WAJAR KAH IA MELIBATKAN SULTAN DAN KERABAT DIRAJA.



Penulis bersetuju dengan tulisan Awang Selamat di Mingguan Malaysia Ahad 6 April 2014 yang menulis tentang ketidak perluan Sultan dan Kerabat DiRaja terlibat di dalam Persatuan Sukan. Niat Awang Selamat adalah baik untuk memelihara Institusi Raja itu sendiri. Beliau tidak mahu melihat Sultan dan Kerabat di kritik dan di cemuh oleh peminat sukan yang fanatic. Sultan dan Kerabat perlu di hormati dan disajung sepanjang masa. Melibatkan diri dan memegang jawatan menjuruskan diri di kritik apabila sukan tersebut merundum prestasinya.

FAM tidak terlepas daripada kritikan Persatuan dan Badan Pengurusan Sukan Negeri dan juga rakyat. Terkini, kekecohan Terowong Larkin juga mencalitkan FAM juga kerana di rasakan FAM melalui Jawatankuasa Tatatertib TIDAK membuat keputusan yang adil. JDT didenda HANYA (seperti kata kata kebanyakan media arus perdana ataupun mereka mengharapkan JDT didenda maksimum) didenda RM30,000 kerana tidak memberikan jaminan keselamatan. T Team di hadiahkan kekalahan 0-3 kerana enggan meneruskan permainan separuh masa kedua kerana soal keselamatan.

MB Terengganu amat langtang di dalam kes ini dan telah menyuarakan ketidakpuasan hatinya dengan keputusan denda. Kes Terowong Larkin di tanggohkan mesyuaratnya kerana menunggu hasil siasatan PDRM. Tidak ramai yang berani menyebut siapa yang menumbuk pemain TTeam dan Jurulatih Kecergasan dari Argentina. Kemungkinan besar Presiden JDT terlibat secara langsung di dalam kes menumbuk di Terowong Larkin. Di sinilah kebimbangan Awang Selamat dan penulis di mana nama Sultan atau Kerabat DiRaja akan terjejas.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib membidas MB Terengganu, yang beliau tidak terlibat di dalam bolasepak negeri. MB Terengganu membalas bahawa Kerajaan negeri berhak menegur dengan ketidak adilan FAM kerana Kerajaan Negeri Terengganu turut membayai pembangunan dan pengurusan TTeam dan Terengganu.

Pada penulis kedua dua pendekatan oleh MB Terengganu dan Pengerusi Tatatertib ada kewajarannya. MB Terengganu boleh memberikan pendapatnya tentang keputusan FAM terhadap pasukannya atau JDT. Tetapi MB tidak boleh tuduh FAM khasnya Jawatankuasa Tatatertib tidak jujur di dalam tindakan. MB menyarankan FAM  yang bermaksud jika tidak boleh menjalankan tugas dengan jujur, boleh letak jawatan. FAM tidak boleh ditegur atau dikritik. Sesiapapun yang berada dialam kasut FAM, marah dengan kenyataan MB Terengganu itu.

FAM telah menetapkan saluran yang ditetapkan untuk menyuarakan pandangan atau bantahan, iaitu melalui saluran Pengurus Pasukan ke Persatuan Bolasepak Negeri dan dimajukan kepada FAM, bukan disuarakan melalui media massa. MB menggunakan kuasa MB membelasah FAM. Membelasah FAM bermaksud juga mengkritik Sultan Ahmad Shah.

Penulis kurang arif dengan peraturan FAM tetapi yakin dan percaya ia terikat dengan peraturan AFC dan FIFA. Segala tindak tanduknya selari dengan peraturan Badan BolaSepak Antarabangsa.

Antara MB atau KM yang aktif berbolasepak ialah MB Terengganu, MB Negeri Sembilan, MB Kedah dan KM Melaka. MB Perak separa masa, begitu juga dengan MB Kelantan, Perlis, Pahang, Sabah dan Sarawak. Ketua Kerajaan, seperti Sultan dan Kerabat, wajar berpersatuan untuk menaikkan semangat pemain dan peminat sukan, mencari dana membayai pengajian dan pengurusan pasukan negeri TETAPI BUKAN untuk `bergaduh’ dengan FAM secara langsung, seperti mempersoalkan kejujuran dan kepincangan FAM. Biarlah pegawai Persatuan Bolasepak menerima arahan dari MB masing masing ketidakpuasan hati untuk dipanjangkan kepada badan induk bolasepak Negara FAM. Biarlah ada peraturan dan protokol.

Penulis teruja dengan prinsip mesra Malaysia dengan Jiran dan Negara Lain yang di amalkan oleh Datuk Sri Najib yang memungkinkan 26 negara berkerjasama dan menolong Malaysia di dalam misi pencarian pesawat MH370. Datuk Seri Ahmad Said kena belajar dasar mesra dengan orang lain.Jangan suka melenting walaupun kita rasa kita ada haka dan betul. Biar ada caranya.

Di dalam penulisan sebelum ini, seorang rakan blogger memarahi penulis yang mencadangkan beliau bertanding jawatan Presiden FAM dan mungkin beliau boleh mencorakkan FAM mengikut acuan beliau sendiri. Berikut adalah ulasan rakan blogger….

:

1.                  
ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapak. sesungguhnya FAM sedang dalam dilema sama ada mahu menelan atau meluahkan jawapan kepada persoalan kes terowong tersebut. kesukaran tersebut menyebabkan FAM hanya mampu kemam dalam mulut. telan tidak, luahpun tidak. persoalannya kenapa begitu? antara faktor yang molek untuk dibicarakan ialah individu dalam pengurusan tertinggi team JDT melibatkan keluarga diraja. FAM sendiri juga begitu. apa2 keputusan seolah perlu dilakukan dengan berhati2 secara amat keterlaluan. solusi kepada permasalahan ini ialah sultan, kerabat dan yg berkaitan dengannya tidak menyertai FAM atau badan2 gabungannya. jika mahu terlibat juga, mesti ada klausa atau 'term' status diraja ditinggalkan di luar badan yg dianggotai selagi dia melibatkan soal2 pasukan atau FAM. kini timbul desas desus kemungkinan presiden FAM tidak bertanding mengekalkan jawatan, dan antara calon2 yg mungkin masuk bertanding ialah anakanda baginda sendiri dan TMJ. situasi sukar nampaknya akan diukir semula oleh FAM jika stail pemilihan begini berterusan. 
.......hanya sekadar pandangan.
2.                  
Engkau ni , orang luahkan perasaan tak puas hati , engkau suruh bertanding pulak. Kita cuma mengharapkan mereka yang diberi amanah untuk menjalankan tanggung jawab mereka secara jujur .....itu shj, without fear or favor.


No comments:

Post a Comment