Thursday, 17 April 2014

BESAR SUNGGOH KUASA ALLAH:`OVER MY DEATH BODY’ DAN HUDUD.




Dalam sebulan dua ini ALLAH memberikan sedikit gambaran kekuasaannya.

Yang paling nyata ada 2 perkara. Tragedi MH370 hilang tanpa di kesan. Amat mustahil pesawat sebesar dan seberat serta di lengkapi oleh teknologi tinggi gagaldi gagal oleh radar Malaysia dan setelit dunia. Selepas kehilangan, 26 buah Negara dengan asset tercanggih turut membantu misi pencarian tetapi tidak berjaya sehingga hari ke 40 pencarian. Kapal terbang dan kapal serta terkini kapal selam AUV Bluefin 29 di gembeling di dalam misi ini. Ringkasnya teknologi  belum dapat mengatasi kekuasaan ALLAH. Ramai yang berkata pencarian menggunakan teknologi mesti bersertakan doa restu dan kemudahan ALLAH SWT.


ALLAH juga memberikan gambaran dan laluan yang lebih mudah perlaksanaan Hudud di Kelantan dan InsyAllah di Malaysia. Penentang utama di dalam perlaksanaan Hudud ialah Karpal Singh. Beliau yang di kenali dengan ungkapan `over my death body’, dan cadangan PAS membawanya di Dewan rakyat tidak lama lagi, seolah olah mengiyakan kehendak Karpal Singh. Beliau mencabar Hudud hanya boleh di bentang dan laksanakan selepas kematiannya. Dengan kematiannya, di harapkan ia memberikan keinsafan dan ketakutan kepada DAP PKR dan juga orang Islam Melayu dalam UMNO sendiri serta komponen BN, betapa Hudud yang sebenarnya adalah peraturan hidup ALLAH untuk manusia sejagat.


AllahuAkbar. AllahuAkbar. AllahuAkbar.

No comments:

Post a Comment