Wednesday, 30 April 2014

ANTARA DS NAJIB DAN DS ANWAR IBRAHIM, SIAPA PILIHAN PRESIDEN OBAMA? TUN MAHATHIR DAN TUN DAIM


Presiden Obama menyatakan tiada keperluan untuk berjumpa dengan Ketua Pembangkang semasa di dalam siri lawatan ke Malaysia beberapa yang lalu. Presiden Obama berkata ramai pemimpin dunia yang tidak di ketemui. Presiden Obama pun bukan calang orang. Beliau banyak mengetahui latarbelakang seseorang pemimpin itu.

Tun Mahathir telah turun padang di merata tempat untuk membantu mengembalikan keyakinan rakyat Malaysia terhadap Kerajaan BN dan DS Najib / TS  Muhyiddin. Selain daripada berceramah atas pentas, beliau juga banyak menulis di akhbar akhbar dan juga blog. Blog Chedet mempunyai banyak pengikut dan pembaca. Ia membantu pembaca samada penyokong BN atau PR, membuat keputusan setelah membaca  `argument argument’ Tun Mahathir yang bernas  mengenai satu satu isu. Penulis amat teruja jawaban Tun Mahathir kepada Tok Guru Nik Aziz mengenai UMNO memperjuangkan bangsa melayu, selain agama dan Negara. Kaw kaw Tok Guru Nik Aziz kena belasah. Tidak terjawab langsung.
Minggunan Malaysia edisi Ahad 25hb Mac 2013, Tun Mahathir menulis tentang apa perlunya orang Melayu membenci Melayu. Beliau memulakan penulisan mengenai pejuang Merdeka mahu memastikan jumlah orang Melayu mesti melebihi jumlah pen duduk bukan Melayu. Dengan kemasukan Singapura, ia telah menurunkan jumlah orang Melayu. Salah satu sebab itu, Tuanku Abdul Rahman mengeluarkan Singapura dariMalaysia.
UMNO yang mengepalai Kerajaan sejak 50 tahun dahulu, senantiasa berkeupayaan mempertahankan hak orang Melayu tanpa mengambil hak bukan melayu, walaupun kuasa politik dikongsi bersama bangsa lain.
Tun Mahathir terus mengatakan ada usaha untuk orang Melayu (dalam PAS, PKR dan DAP) membenci kemelayuan mereka. Amat jelas sekali pendekatan DS Anwar Ibrahim  yang sedang menyemai kebencian orang Melayu kepada orang Melayu berbeza. Anwar mendakap ketaksuban kepada kebebasan akal fikiran oleh Barat. Anwar mengerilukan masyarakat Melayu (disamping menarik minat kaum bukan Melayu) dengan memperjuangkan aneka jenis kebebasan tanpa had. Apa itu kebebasan tanpa had?. Ia adalah seperti kebebasan berkahwin sejenis, kebebasan berugama di kalangan orang Islam sendiri, kebebasan menggunakan kalimah Allah oleh agama lain, kesamarataan dalam agama Islam dengan agama lain.
Anwar terus menyemai kebencian kepada produk DEB seperti Tan Sri Syed Mokhtar, seorang bilionair Melayu daripada berpuluh bilonair bukan Melayu, sebagai kroni UMNO. Sebenarnya bilionair Malaysia Melayu dan bukan Melayu menerima bantuan dan lesen (seperti permit import gula dan tepong selama 60 tahun) daripada Kerajaan dan salah satu sebab mereka menjadi kayaraya. kerana  Orang Melayu yang kaya ini mesti dibenci kerana mereka adalah kroni.
Pendirian Tun Mahathir terhadap Anwar Ibrahim adalah nyata iaitu Tun Mahathir amat membenci nya kerana Anwar ingin menghancurkan Malaysia dan kesatuan orang Melayu. Apabila Malaysia hancur dan orang Melayu lemah, Anwar Ibrahim senang menjadi PM. Matlamat menghalalkan cara. Tidak perlu lagi kita berbincang pasal isu moralnya dan tabiat buruknya, kerana penyokong tegarnya akan marah dan mungkin kita kena saman. Jadi Tun Mahathir memilih Dato Sri Mohd Najib Tun Razak. Anda macamana?
Tun Daim juga memilih Dato Sri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana MenteriMalaysia kerana Anwar bukan calon yang tepat untuk menjadi Perdana Menteri. Kenapa dan apa yang tidak tepat itu? Salah satunya kerana Anwar Ibrahim bukan seorang ekonomis dan akan selalu meminta pendapat orang lain. Yang buruknya pendapat dan nasihat datang dari IMF, Bank Dunia dan Amerika yang `pi mai tang tu’ ada kaitan dengan Israel dan Yahudi.
Betul juga alasan Tun Daim. Kalau Anwar Ibrahim begitu baik menguruskan ekonomi, Selangor dah melongak jauh dan tinggi dari segi pembangunan. Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang pun tidak memerlukan perkhidmatannya.
Tun Daim kata dan rayu `Uji Beliau (Najib ). Berikan Beliau Mandat.’
Sejak mengambilalih jawatan Perdana Menteri 4 tahun dahulu, DS Najib membawa banyak perubahan kepada Malaysia. Pelbagai Program Transformasi sudah dilaksanakan. Rakyat sangat gembira dengan produk produk 1Malaysia sehinggakan rakan rakan Pakatan Rakyat GOYANG GRUDI.

Penulis akan mengulas kenyataan Tun Daim seperti dibawah:-

`Tun Daim berkata beliau akan menyokong Dato Sri Mohd Najib tetapi perdana menteri perlu berusaha memerangi rasuah dan jenayah, memperkukuhkan keselamatan negara dan menyemak semula sistem pendidikan.Beliau berkata Najib juga perlu merombak Kabinet.

“Bawa masuk muka-muka baharu. Rakyat berpendapat beliau mengekalkan terlalu banyak “orang lama” dalam Kabinet. Kebanyakan mereka sudah melepasi “tarikh luput”,” katanya.

Mengenai peluang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang, Tun Daim, yang ramalannya sering menjadi perhatian, berkata BN boleh menang tetapi perlu ada perpaduan dalam kalangan parti gabungan.’

di ruangan lain. Sangat menarik dan diharap sesiapa yang membaca cadangan penulis akan bersabar dan menerima kenyataan demi kemakmuran Negara dan bangsa Melayu dan agama Islam

No comments:

Post a Comment