Lawatan
Presiden Obama ke Malaysia mulai 26 April 2014 merupakan genap 40 hari kehilangan pesawat MH370. Semasa
perjumpaan 4 mata Presiden Obama dengan Datuk Sri Najib dan diikuti dengan mesyuarat
dengan anggota Kabinet kedua Negara, isu kehilangan dan pencarian pesawat MH370
pasti di berikan penerangan dan dibangkitkan.
Pesawat yang
hilang ini buatan BOEING dari Amerika Syarikat, beribu pejabat di Chicago, Illiniois. Syarikat ini mewujudkan peluang
pekerjaan kepada 170,000 pekerja dan amat mustahak kepada ekonomi Amerika
Syarikat.
Penulis
mengikuti perkembangan misi pencarian di Malaysia dan sekarang di Perth,
Australia. BOEING dan Roll Royce agak memencilkan diri. Mungkin pasukan BOEING dan
Roll Royce bekerja di belakang tadbir.
Namum
sebenarnya, BOEING mempunyai tugas untuk memperbaiki segala kelemahan
pengendalian pesawat tersebut. Bagaimana pesawat yang begitu canggih begitu
lemah atau senang di lumpuhkan. Pesawat ini di lumpohkan tanpa memerlukan bom
atau pistol. Seorang dua yang berpengetahuan juruterbang boleh menghilangkan
pesawat tersebut tanpa di kesan.
Tun Dr Mahathir
memberikan alasannya yang BOEING wajar dipersalahkan juga. Dengan mematikan
transponder, radar sukar menjejaki nya. Mengapa tidak ada satu alat yang boleh
menghubungkan pesawat dengan GPS. Pesawat komersial perlu mempunyai hubungan
GPS dengan ibupejabat mahupun DCA. Tulisan Tun Dr mahathir adalah di http://chedet.cc/?p=1323
Penulis
difahamkan bas dan lori sudah ada dilengkapi dengan sistem GPS di mana
Ibupejabat boleh mengetahui perjalanan kenderaan mereka untuk keselamatan dan pengetahuan
pelanggan.
Penulis pernah
menulis tentang cadangan teknologi ala GPS di gunakan oleh pihak bank untuk
mengesan kereta yang bermasalah. Melalui teknologi, bank bank boleh mendapatkan
kembali kereta/kenderaan tanpa menggunakan penarik kereta. Penarik kereta
biasanya berbadan besar, berkumpulan dengan beg silang, bengis dan ganas.
Pergaduhan dapat dielakkan di antara penyewapajak kereta dengan bank. Alat ini
akan diaktifkan selepas melepasi tahap tertentu sepertitunggukan hutang
melebihi 3-4 bulan dan penyewapajak `missing in action’. Kereta dapat dikesan
semasa enjin beroperasi atau tidak beroperasi dan akan dimatikan (tidak oleh
start kembali) semasa di `parking mode’. Jikalau kereta berada di `drive mode’,
ia boleh membahayakan pemandu dan penumpang kereta. Dalam filem telah ada
program yang kereta di pandu tanpa manusia. Sila baca tentang tabiat seorang penarik kereta http://nasirwise.blogspot.com/2013/10/teknologi-hndar-curi-dan-gps.html
Berbalik pada
MH370, penulis perhatikan semasa Majlis MAGIC, tiada soalan yang ditujukan khas kepada BOIENG
dan Roll Royce.
Kepada Kumpulan
Jurutera MAS, mereka boleh membuat permintaan kepada pembuat pesawat menambah
satu atau dua lagi safety measures untuk menangani kejadian seumpamaan MH370.
Itu pesawat sedia ada di dalam fleet. Untuk pesawat baru, safety measure yang
baru ini adalah mandatory.
Setiap hari
adalah pembelajaran.
No comments:
Post a Comment