Baru baru ini The Selangor Chronicle dan diulas lanjut oleh The Unspinners (http://theunspinners.blogspot.com/2014/05/idris-haron-pertahan-kroni-dari.html ) mendedahkan yang Saudara Rahim Lajis seorang Pegawai Kanan Pejabat Ketua Menteri Melaka melibatkan diri dengan perjudian. Ia bermaksud beliau sendiri berjudi dan artikel tersebut menyebut beliau melindungi kegiatan judi di Alor Gajah. Jika benar bagai dikata, ia amat memalukan Kerajaan Melaka. Pilihan pegawai yang salah. Tindakan dislipin harus berjalan segera.
Penulis merasakan ada kebenaran kegiatan judi semacam sukar di bendung di Melaka. Pertamanya masih terlalu banyak kelihatan lot lot kedai yang tertutup rapi tetapi banyak motosikal dan kereta di sekeliling premis. Biasanya ada pintu masuk dari belakang lot kedai dan ia dijaga seorang dua budak suruhan bertalkie wakie. Yang menghairankan walaupun premises ini tidak dilesenkan menjalankan perniagaan, mereka berani melakukannya.
Kedua, perjudian berluasa kerana perlindungan `tangan ghaib'. Sesiapa pun yang ghaib itu samada orang politik, ahli perniagaan, bangsa Melayu atau sebalik. Di Selangor, ramai yang percaya EXCO Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu melindungi bisnes judi, rumah urut dan kedai minuman.
Berdasarkan pengalaman penulis, 2 minggu lepas, penulis `teh tarik' di Nasi Kandar di Cheng iaitu bersebelahan dengan Alliance Bank Berhad. Trak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan anggotanya melakukan operasi di premis sebelah Nasi Kandar. Selang beberapa 60-80 minit, trak Majlis beredar ke belakang. Penulis ingat mereka hendak menungguh peralatan judi haram, rupa rupa trak tersebut terus beredar.
Pelik dan ajaib. Dan sedang beroperasi semula. Penulis tidak pasti apa statusnya dan alasannya apa premis ini dikecualikan, walhal tahun lepas sebuah kedai judi di Taman Cheng Baru (berhampiran dengan 7eleven dan POS Malaysia, peralatan komputer serta kerusi meja diangkut terus.
YAB Idris Haron harus berhati hati dengan kroninya.
No comments:
Post a Comment