Tuesday, 6 May 2014

SYABAS. TERESA KOK DI DAKWA KERANA KLIP VIDEO ONEderful MALAYSIA



Utusan Malaysia memberitakan Ahli Parlimen Seputeh akan di dakwa di Mahkamah Jalan Duta pagi ini. Beliau di katakan akan didakwa dibawah Akta Hasutan kerana penghasilan video klip.

Seperti ramai sedia maklum, di video tersebut, beliau berperanan sebagai moderator yang mempunyai 3 orang tetamu pakar feng shui. Salah seorang pakar feng shui rambut bersanggol dan asyik mempamerkan cincin besar belian. Episod yang kecil ini sebenarnya memperli isteri PM yang berambut `tabuan’ (ejekan puak pembangkang). Berlian besar di jari berhasrat memperkukuh tuduhan isteri PM membeli berlian RM21juta dan dibeli secara pos laju.

Banyak lagi yang diperkatakan yang menguris perasaan dan kesejahteraan masyarakat.

Yang paling penulis ingat dengan gurauan beliau ialah 2014 tahun sukar buat Malaysia. Ada kebenarannya. Malaysia dikejutkan dengan kehilangan pesawat MH370 dan setelah hampir 2 bulan, pesawat dan penumpang pesawat belum diketemui lagi.

Seterusnya, tidak di duga, Mahkamah Rayuan mendapati DS Anwar Ibrahim bersalah dan di hukum penjara 5 tahun kerana meliwat bekas pembantunya. Seperti biasa, DS Anwar sudah merayu dan kini Pejabat Peguam Negara juga merayu menambah tempoh penjara daripada 5 tahun kepada 10 tahun.

Malaysia juga mengalami kemarau panjang tetapi yang terjejas teruk ialah Lembah Klang. Empangan air kekurangan air mentah dan logi rawatan air bersihyang tidak mencukupi, krisis air berlaku di Selangor. Catuan air dilaksanakan.

Mendiang Karpal Singh juga didapati bersalah menghina Sultan. Sementara menunggukan rayuan tersebut, mendiang terbunuh di dalam kemalangan jalanraya di Perak. Baru baru ini Ahli Parlimen Teluk Intan meninggal dunia kerana sakit barah.

Kini, wanita Lady Gaga DAP ini yang lantang bercakap terhadap hudud dan hak istemewa orang melayu, turut di serat ke Mahkamah.

Seikhlasnya orang ini ala kebal undang undang kerana pandai melepaskan diri sendiri. Umpama di dalam video ini, beliau hanya moderator (tukang tanya) manakala pakar feng shui yang bersalah untuk memberikan komen perkaumanan dan penyindiran. Nasib baik ketiga tiga pakar feng shui akan di panggil sebagai saksi. Bermakna segala percakapannya adalah atas arahan Teresa kok.

2 comments:

  1. Ada dilapor bahawa Kok "pleaded not guilty". Maka kes ini akan terus dibahas oleh peguam2 Kok dan pendakwaraya.Harap Kok kena hukum setimpal dgn perbuatannya.

    ReplyDelete