Tahun 2014 banyak kemalangan dan kematian di Malaysia.
MH370 adalah satu salah kemalangan yang bersejarah dan mendapat perhatian dunia. Pesawat yang membawa penumpang dan kru tidak dapat dikesan di mana lokasi terakhirnya. Implikasi daripada kejadian ini amat banyak sekali. Rakyat terdedah kepada maklumat penerbangan dan bagaimana pesawat dikendalikan. Juga kelemahan pada pseawat itu sendiri di mana transponder boleh dimatikan dengan sengaja tanpa pengawasan. Ia menjadi perhubungan Malaysia dengan 26 negara lebih erat.
Kematian pun banyak berlaku 6 bulan pertama tahun 2014 ini. Ahli politik, artis dan Sultan selain sahabat handai pergi meninggalkan kita.
.
Terkini, Al Marhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah, Sultan Perak, mangkat pada hari Rabu 1.30 petang. Baginda mangkat ketika menerima rawatan di IJN.
Sebelum iitu Mendiang Karpal Singh maut di dalam kemalangan jalanraya di Ipoh.
Ada beberapa peristiwa yang melibatkan Baginda dan Mendiang. Kedua dua berpelajaran undang undang dan amat dominan di dalam perundangan negara. Baginda bertemu Mendiang banyak kali di Mahkamah. Baginda, walaubagaimanapun, mempunyai minat sukan hoki yang mendalam.
Krisis Perak adalah kemuncak persengketaan Baginda dan Mendiang. Apabila berlaku `perlompatan' 3 ADUN PKR dan DAP kepada ADUN bebas menyokong BN, Kerajaan campuran DAP PAS dan PKR hilang majoriti dan terbubar. Sultan Perak, mengikut perlembagaan melucutkan jawatan MB Perak, Datuk Seri Nizar dan berkenan wakil dari BN menerajui kerajaan. Karpal Singh telah mengkritik dan menghina Sultan Perak. DAP yang dominan di Perak telah membawa kes perlucutan jawatan manakala Kerajaan menfailkan saman terhadap Karpal atas dakwaan menghina Sultan.
Setelah beberapa tahun kes berjalan, akhirnya Karpal Singh di dapati bersalah dan didenda tetapi pihak Karpal Singh terus merayu di peringkat yang lebih tinggi.
Kes menghina Sultan Perak ini akan menjadi `precedent' kepada kes kes penghinaan Institusi Kesultanan akan datang.
Hoki amat sinomin dengan Sultan Perak. Piala Sultan Azlan adalah acara hoki bertaraf dunia. Di Ipoh juga, padang hoki bertaraf dunia.
Akhirkata. Jasa Mendiang dan AlMarhum tetap di kenang..Al Fatehah
No comments:
Post a Comment