Friday 9 May 2014

BLUEFIN 21 DIPERLUKAN DI PULAU NANGKA DAN SELAT MELAKA CARI HARTA KARUN


Rakyat Melaka minat cari harta karun sejak kebelakangan ini.


Kerajaan Negeri Melaka telah memberikan kebenaran kepada Smart Partnership Sdn Bhd, sebuah syarikat Bumiputera untuk mencari harta karun di Pulau Nangka. Kontrak dikatakan telah tamat tetapi dok penjumpai 2 keping siling kuno, kontrak disambung hari ke hari. Kerajaan negeri tidak rugi apa apa kerana ia tidak melibatkan kewangan atau dana awam. Tetapi juga berlaku penemuaan, sebahagian besar harta karun adalah miliki Kerajaan. Ini kumpulan pencarian harta karun YAB Datuk Seri Ir Idris Haron dan Datuk Wira Ghafar Atan.


Satu lagi kumpulan pencarian harta karun Kapal Dagang Flor de la Mar yang dikatakan karam di Selat Melaka, yang diketuai oleh Tan Sri rahim Tamby Chik. Ia akan melibatkan 3 negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Portugal. Di anggarkan ia bernilai USD 2 billion. Harta tersebut dikatakan dirampas daripada Kerajaan Kesultanan Melaka apabila Melaka jatuh kepada tentera Portugis.

Kedua dua misi pencarian ini memerlukan kepakaran teknikal dan `pakar’ spiritual yang tinggi. Gandingan kedua ini mempercepatkan perjumpaan mahupun tiada perjumpaan harta karun. Komitmen Kerajaan Negeri ataupun Malaysia diperlukan tetapi dasar perbelanjaan pencarian perlu ditetapkan dan diluluskan. Ia  berlainan dengan misi pencarian MH370.



Penulis terfikir perkhidmatan Bluefin 21 dan Ocean Shield  di perlukan di kedua dua tempat ini. Bluefin 21 diperlukan untuk menyelam di dalam dasar pulau Nangka untuk melakukan scanning mencari pintu gua, jika ada. Begitu juga di Selat Melaka berhampiran Acheh. Kapal dan harta karun telah tertanam di dasar Selat Melaka buat sekian lama. Hanya melalui asset seumpama misi pencarian MH370 di `deploy’, kemungkinan imbasan dapat dilakukan.

No comments:

Post a Comment